Wednesday, August 19, 2009

Pra-sambutan hari jadi Umar..

Okey...
Let's admit...
I'm sooooooooooooo excited!
Yes! I am!
Why?

Tidak sabar menunggu Umar setahun...

Gigi kedua dia baru tumbuh diiringi dengan demam panas yang sungguh menakutkan saya...39.8 degree..

Jam 4 pagi saya tidak tidur... Panas lagi. Jam itu juga bersiap-siap. Mandikan dia siap-siap untuk menurunkan suhu badan, dan terus ke Emergency Unit di Salmaniya Medical Centre... Nabulizer... Adol supressant... Brufen...mandikan lagi sekali di hospital.. x-ray... Doctor ini kata dia ada Viral Disease... Masa dia meraung selepas dimandikan... (tangisan paling kuat selama ini yang pernah saya dengar) saat itu juga jururawat jabbed dia!

Apa lagi yang Doktor pernah cakap Umar ada...
Doktor lain hari itu... cough & flu...
Paed lain pula cakap mild athma...
Paed lain pula kata larigngitis....
Sekarang rasanya semua mungkin sudah baik... insyaAllah.
Yang tinggal hanya kahak dia dan batuk yang sekali sekala saya dengar... Mungkin nanti saya akan pergi jumpa doktor lagi... kahak, susah benar hendak hilang... Kasihan Umar... Ya Allah, hilangkanlah kahak Umar biar tidak berbekas lagi... Sembuhkanlah dia... ameen...

Ubat pula... Bkonspan, Adol, ezitect, cadoflex... menidex... Banyak sangat.. Air zam-zam.. Err.. Apa entah.. (Nanti saya semak balik ejaannya)

Okey..
Berbalik kepada perkara asal...
Kenapa saya teruja?

Sebab saya hendak menyambut hari jadi Umar setahun, besar-besaran!
(Ini gara-gara terpengaruh dengan warga Filipina di sini sebenarnya.. Pada mereka sambutan Umur setahun, 7 tahun dan 18/21 tahun adalah sangat penting dalam hidup seseorang)

Hehe.. besar-besaran bagi saya dan suami yang tidak pernah disambut harijadinya semasa kecil... (mungkin bagi orang lain, kecil sahaja)
Sebab dahulu, bila sudah ada duit sendiri (sekolah menengah/matriks/universiti) baru pandai belikan kek yang sedap untuk mengingati hari jadi sendiri... dan ada kawan2 yang berikan hadiah...

Saya bercadang hendak menyambutnya di mungkin kedai makanan segera Jasmi's atau Marrybrown atau KFC di sini.. insyaAllah... Saya sudah beriya-iya hendak menempah kek yang paling cantik dan lazat (untuk Ibunya makan, hehe...) hendak pakaikan baju yang cantik (walaupun tidaklah mahal atau berjenama- cantik pada mata saya cukuplah). Sudah berkira-kira berapa tetamu hendak dijemput (tidaklah ramai manapun)

Ini adalah kerana saya hendak merasa menyambut hari jadi yang sempurna... dengan clown dan menyanyi lagu hari jadi dan games... dan hadiah yang banyak...

Ya!
Saya tahu, bukanlah Umar faham apa-apa barangkali... cuma untuk Ibunya saja yang kempunan dan Abinya yang tidak pernah merasa, mungkin inilah ketikanya... Err.. lebih kepada Ibunya, sebenarnya.

Segalanya insyaAllah, dengan izin Allah di atas rezeki dan masa... jika umur masih ada. November 23, 2009... Mungkin sekali seumur hidup, sebab selepas ini belum tentu lagi... mungkin doa selamat atau meraikan bertiga sahaja... tetapi yang pertama ini, Terima kasih Allah untuk limpah kurnia 12 bulan yang sungguh indah...

Eh, baruku sedar.... lambat lagi! Haha... Entah jadi atau tidak. Sekali mood masa itu hilang rasa teruja pula... Hehe...

Kenapa saya menulis entry ini?
Ya! Sebab hari ini Khamis... Esok Jumaat... dan mungkin ini yang terakhir sebelum melangkah masuk ke Ramadhan 2009... Dan.. rakan kerja, semua tidak datang hari ini... Cuma saya dan bos sahaja! Haha... Sesuka hati sahaja ya!

Selamat merebut pahala segala pahala... dari derma 10 sen kepada pahala tersenyum ikhlas kepada orang di tepi jalan... Dari pahala belanja kurma sebiji kepada ajak berbuka penuh meja... dari pahala bersolat wajib kepada yang sunat... Yang pasti atmosfera Ramadhan, memang terasa berbeza... Panas yang berbeza...

Jangan lupa, kata kuncinya ya: berkat dan redha Allah semata-mata!

Baiklah...
Itu sahaja... Sekian Terima kasih...

p/s: Terima undangan berbuka puasa untuk kesemua perunding projek team-infra. Aduh! Selalu dalam undangan, tidak boleh bawak partner... Inilah yang merencatkan rasa hendak pergi... Gulf Hotel pulak itu...

Tahun lepas sudah tidak pergi di atas sebab yang sama... Tetapi tadi, Alhamdulillah, Suami cakap, pergilah sebab bila lagi hendak merasa berbuka di hotel. Dan dia dengan sikap yang selalu baik-sangat-memahami-jiwaku-ini, mengizinkan sesungguhnya... (abang, nanti ada can, saya tapau ya, Hehe...)

Then, tell me, how i can stop loving him for being soooo the-very-kind-and-generous to me? Like, Oh.. seriously, this man... i want to meet him again in Jannatul-Firdaus and eat together with Rasulullah S.A.W... Ameen...

.noktah.

Tuesday, August 18, 2009

Sebelum Ramadhan 2009

Esok Khamis... Minggu depan sudah bermula Ramadhan 2009...

Oh ya! Saya di site, waktu bekerja hanya dari pukul 8 pagi hingga 2 petang. Best bukan? Itulah sebabnya saya sungguh gembira bekerja di Bahrain... Bulan puasa balik awal separuh hari! Baik betul King Hamad Sheikh Khalifa! Terima kasih banyak King!
Hasil tangkapan lautnya segar-segar... udang ketam.. ikan pula manis-manis rasanya... Memang segar dari Laut Arab! Sayur juga manis-manis di sini... Sebab itulah saya seronok tinggal di sini walaupun cuacanya agak panas. Alhamdulillah di atas segalanya...

Oh, ya... lagi satu...
InsyaAllah, sepanjang Ramadhan saya tidak akan update entry baru dalam Dunia Penulisan Umi ini...
...kecualilah saya kemaruk sangat hendak menulis entry... Jadi sesiapa yang rindukan bacaan saya, belasah sajalah entry lama2 itu ya... (Adakah yang rindukan saya? Hahaha...)

Sempena Ramadhan bolehlah lawat blog http://www.saifulislam.com/ untuk muhasabah diri...
ATAU
ke blog http://tiffinbiru.blogspot.com/ untuk resipi berbuka puasa. Blog yang penuh dengan resipi dan gambar yang sungguh menarik daripada Mat Gebu (Sayapun baru tahu tentang blog ini minggu lepas semasa men-google mencari idea makan malam)
Sebelum terlupa.. terima kasih kepada semua yang menyinggah di sini, terutamanya yang jerit di kotak jeritan itu dan tinggalkan komen. Saya sangat hargainya. Sungguh!

Cerita Berfoto...

Haziq- sebaya Umar, anak sepupu di Terengganu, yang lahir dengan jantung berlubang... Saya menatapnya dengan airmata. Sungguh! Hati Ibu mana yang tahan melihat bayi suci menanggung sakit begini... saya menceduknya dari blog: http://jahtelipot.blogspot.com/
Singah ke blog teman...http://nueazzahra.blogspot.com/
Oh, ada foto pantai kampung saya... (semua pantai di Terengganu saya rasakan sama seperti kampung saya) Cantik bukan?
Bicara sepi pohon rhu... penuh zikir rindu kepada Pencipta.
Saya suka foto ini... Mesra sang kakak dan si adik... Oh Haziqah, Acik Umi rindu celoteh mulutmu yang manis itu! http://mimimarina.blogspot.com/ Dunia sains Aiman-Siri 6
.
Hadiah cuti puasa dan raya untuk adik-adik yang menantikan lebih fakta sains yang diolah santai dalam penceritaan Dunia Sains Aiman...
Kali ini lebih istimewa kerana Aiman menggali harta karun! (Oh, ya! Cover-nya rasa-rasa warna gold-keemasan... Wah! tidak sabar saya hendak melihatnya... ) Boleh semak di pentas sesawang PTS: http://www.pts.com.my/ untuk update terkini.
.
Doa Untuk Mereka Yang Saya Sayang
.
Abang saya menyambut harijadinya lagi. Sudah angka 4 di depan. Dahulu semasa dia di luar negara untuk belajar, sering dia mengirimkan saya kad supaya belajar rajin-rajin... Saya sungguh bermotvasi mendapat kad sebegitu. Apatah lagi apabila setem di kiriman adalah dari luar negara.
.
Dan sebelum berkahwin, beliaulah yang banyak membawa saya, adik saya dan bonda saya berjalan... melawat itu ini... snorkeling... Pertama kali merasa McDonald adalah dengan dia... Fish fillet... makan aiskrim sambil menikmati persekitaran...
.
Pertama kali masuk pawagam, dialah yang membawa kami- Cerita Free Williy! Sangat teruja! Dan sempena itulah emel pertama saya bernama Blue Whale!
Dan yang paling best lagi tentang dia... Saya boleh tanya apa saja, dan dia akan ada jawapannya!
Sungguh! Kalau tidak percaya, tanyalah dia tentang bagaimana taufan mendapat namanya.
Haha... jawapan yang saya terima, macam National Geographic! Atau cuba tanya tentang kontrak sosial di Malaysia... Jawapan di hujung jari! Atau bagaiman posmen mengepos surat! Tentu dia tahu.
.
Oh, ya! Dia memang bijak! Bukan setakat bidang dia, general knowledge dia cukup bagus. Kalau dia bekerja di Bahrain, saya akan syorkan dia tinggal di Miami Park- tempat paling best di Bahrain!
Saya sering lupa untuk wish siapa-siapa di dalam keluarga kecuali bonda sahaja... Apatah lagi sudah berkahwin, hanya suami dan anakanda sahaja dalam kepala. Namun biarpun begitu, nama-nama aArwah ayahanda, bang, kakak, adik... sering masuk dalam senarai doa saya yang baik-baik...
.
Dan doa saya kian panjang dengan senarai nama... Kalau sebut nama abang, kenalah sebut nama isterinya sekali. Jika sebut nama kakak, kenalah sebut nama suaminya sekali... dan anak-anak mereka juga... Sebab kebahagian mereka tentunya dengan keluarga mereka juga.
Juga yang mempunyai masalah, mengadu dengan saya... Nama mereka juga saya titipkan dalam doa saya. Saya di antara mereka yang sangat percaya kepada KUASA DOA KEPADA ALLAH.
.
Oklah...
.
Sekian sahaja untuk kali ini... Bertemu lagi, insyaAllah di Syawal nanti... Semoga kita semua keluar dari Ramadhan sesuci bayi. Teruslah berdoa untuk MASUK PENUH BERGAYA ke dalam SYURGA FIRDAUS dan bertemu Rasulullah dan menatap wajah Allah di akhirat.
.
p/s: Saya akan pasti sangat rindukan suara buluh perindu Ustaz Asri Rabbani... lirik nasyidnya setiap kali menusuk kalbu bila dihayati...
.
Sekian, Terima kasih semua...

Monday, August 17, 2009

Bos saya

MENHALANG CAHAYA

Oh ya,
Saya memang tidak begitu gemar dengan entry yang melankolik.. ala-ala sedih dan bermuram durja... Memang banyak perkara yang boleh diratapi di sekeliling sekarang... sebab itulah saya cepat-cepat tulis lagi satu entry ini... semoga perasaan kelam saya terubat.

Semalam bos say kejar payment certificate contractor sebab day before saya tidak datang kerana Umar tidak sihat- jadinya saya juga tidak sihat. Setiap setengah jam bos berdiri depan meja saya... Saya pula memang tidak selesa orang duk pandang kerja saya tengah buat...

"How far?" soalan favourite dia.
"Bos, tidak siap lagi, nanti sudah siap, saya bagitahulah," kata saya.

Dia terus saja berdiri dan memerhati... Bayangkan lelaki Afrika berbadan besar berdiri depan kita.. rasanya terhalang cahaya pendaflour ofis ke meja saya.

"Saya tidak selesalah bos berdiri depan saya. I'm tremble." kata saya jujur.
Dia tergelak, hahaha...

"Oh, jadinya kamu tidak boleh bekerja dengan tekanan nampaknya,"komen dia dan terus berlalu... kemudian 30 minit kemudian, dia datang lagi!

Aduh bos saya!

MASTER EXCEL

"Saya rasa mahu mendalami microsoft excel dengan lebih lanjut," ujar bos saya semalam.
"Oh, di kedai ada buku fasal itu. Excel for Dummies... Saya dengar buku itu sungguh bagus," kata saya memberi cadangan.

"Saya rasa sangat bagus mendalami excel dan juga access outlook. Kita boleh buat planning dan financial dan sebagainya menggunakan program tersebut. Saya ingin master perkara itu," tambah bos saya lagi.

"Oh, lagi bagus kalau bos belajar tajwid Quran, bos," provok saya.
"Saya memang selalu membaca Quran," Bos saya tidak mahu kalah.
"Memanglah, tapi master tajwid Quran lagi bagus bos. Banyak kebaikannya," tambah saya lagi. Bos saya tersenyum ketawa.

Mood sedih

Emosi terganggu. Ada perkara yang membuatkan saya sedih. Sebelum berkahwin, kakak ada bercerita tentang perkara 'c' yang diketahui berlaku di sekitarnya. Mendalami kehidupan selepas 'c' yang diceritakan, memang boleh dibayangkan kesukarannya, fizikal dan emosi.

Nasihatnya pada saya, "Terima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya. Tiada siapapun yang lebih bagus di antara pasangan suami isteri. Selebihnya, banyakkanlah berdoa yang baik-baik pada Allah," ujarnya.

Saat ada yang menangis gembira di atas ijab kabul, di sudut peta dunia lain, arasy Allah bergegar mendengar lafaz 't'. Bolehkah cerucuk bahagia didirikan di atas pasak airmata insan yang lain?

Semua kuasa Allah. Memang ya. Tetapi tegar sangatkah hati untuk bersama yang 'dicintai sepenuh jiwa dan raga' hingga ke hujung nyawa, walau terpaksa berjuang dengan 'meruntuhkan' istana cinta pasangan yang sudah bertahun menyemai cinta? (Oh, saya sangat tidak gemar menggunakan perkataan 'meruntuhkan'- kurang positif rasanya). Bukan setahun dua, tetapi hasilnya sudah beranak enam dan lima... Pohon cinta yang sangat rendang tiba-tiba diracun rumpai dan lalang... Saya tertelan air liur melihat senyuman 'saat bahagia mereka'.

Saya masih sedih...

Ya! Saya sedih jika istana cinta yang halal lagi diberkati Allah tiba-tiba hilang. Ya, memang 'c' halal. Memang 't' sah! Siapa bisa melawan noktah cinta yang ditetapkan di Luh Mahfuz. Tiada siapapun. Cuma hati ini masih sedih...

Saya mendoakan yang baik-baik untuk yang baru hilang mahligai bahagia dan juga yang baik-baik untuk yang baru memasuki gerbang bahagia.

-Semoga Britney Spears terus positif dengan kehidupannya bersama anak-anaknya!-

Thursday, August 13, 2009

Bulan Membeli Pahala

Membeli Property Di Syurga

Jualan Murah Pahala di Bulan Ramadhan... Beli satu berganda 10 atau lebih!
Anjuran dari Tuan Punya Dunia. Jom Rebut Jualan Murah ini!

Ya! Saya juga tidak sabar. Terasa penantian Ramadhan kali ini agak berbeza. Entah kenapa, terasa di hati saya ianya insyaAllah lebih berbeza... Saya harap troli saya lebih besar untuk mengangkut pahala yang dilelong murah oleh Allah pada setiap Ramadhan. Pahala berjenama yang dijual pada harga yang jauh lebih rendah.

Bulan untuk membersihkan buku amalan. Moga-moga kitab lebih bersih dan cantik untuk ditunjukkan di Al-Mizan nanti. Bulan untuk mengejar bonus cabutan bertuah Lailatulqadar untuk memenangi 1000 bulan beribadah (83 tahun). Siapa tidak mahu?

Oh.. dan paling menarik. Tawaran istimewa untuk pengampunan dari Tuan Punya jiwa dan dijauhkan dari azab neraka yang maha berat dan azab. Oh, jauhkan.. jauhkan... Semoga kita keluar dari Ramadhan penuh dengan redha Allah...

Saya ingin membeli property di Syurga Firdaus... Kalau dapat beberapa puluh rumah agam dan berpuluh-puluh buah istana persinggahan.. 100 ribu ladang buah-buahan dan 200 ribu kebun bunga yang wangi seluruh syurga. Tilam emas, cangkir perak, tilam baldu, budak-budak suruhan bermata jeli... meneguk air telaga Kauthar atau dari sungai Sallsabil... Bersapa dengan jiran yang saya kenali dari Dunia... "Salam, salam..."

Juga tiket untuk makan malam, tengahari dan sarapan semeja dengan Rasulullah SAW dan keluarga Baginda setiap minggu. Untuk saya, suami dan Umar serta ibu bapa dan ahli keluarga saya. Dan tiket paling mahal- eksklusif kelas satu (gold class) bertemu Allah dan menikmati wajah Pencipta Semesta.

Jom berjual-beli dengan Allah!

******************
Operasi Mata

Semalam suami buat minor operasi di Hospital Nafees. Saya cakap pada dia, "Abang, kawan saya cakap, doktor pernah bagitahu dia. Orang bulu mata panjang begini memang senang dapat penyakit mata, kerana bulu mata yang panjang memerangkap habuk dan sebarang organisma di udara."
"Iyakah?"
"Iyalah. Sebab dia juga selalu sakit mata kerana bulu mata dia juga lebat dan panjang," tambah saya.

Pagi tadi, saya letakkan Umar di Baby seat belakang. Menangis dia tidak mahu. Akhirnya terpaksalah saya memangkunya di depan sambil memandu perlahan ke rumah yaya. Risau juga kalau bertembung polis trafik, sebab di sini polis selalu membuat tinjauan menjaga keamanan!

Suami terlantar di rumah selepas operasi mata semalam. Semoga dia cepat-cepat baik, ameen...

*******************
Hari Jadi Saya!

Hari ini saya dapat kek keju yang lazat dari kedai kek paling ngetop di Bahrain- Le Chocolate. Surprise Party untuk saya, dari teman sekerja sempena Hari Jadi Saya!

Celebrating a birthday in the workplace is HIGHLY UNPROFESSIONAL, VERY UNPRODUCTIVE and generally FROWNED UPON by the management..

........that's why we love it!

********************
Zara dan Zariz

....dan akhirnya saya ketemu Zara dan Zariz di alam realiti... Semoga jodoh mereka hingga ke hujung nyawa...

Saya hendak meletak wajah mereka di sini, tetapi risau pula tuan punya diri tidak bersetuju. Jadi biarlah saya menatapnya sendiri. Memang sebijik macam Zara (model/pelakon iklan)-Zariz (kerja Petronas) dalam Horizon Cinta! Bernikah cepat-cepat ya!

Tuesday, August 11, 2009

Laskar Pelangi

Saya menerima emel dari kekanda saya di Penang. Saya sangat senang dengan isinya. Biar saya kongsikan di sini.

****************
"Elok sangat lah Me...memetik kata-kata Pak Harfan dalam Laskar Pelangi "Kita perlulah banyak memberi dari menerima"......mungkin kata-kata itu perlu kita ingat sentiasa Me...lagipun Allah kira apa yang kita beri bukanya apa yang kita dapat......

kalau ada peluang best juga kalau kita dapat tengok Laskar Pelangi sama-sama kan...lepas tu...kita ulas sama-sama.....

"Menarilah dan terus ketawa.. walau hidup tak seindah syurga...bersyukurlah kepada Yang Kuasa cinta kita di dunia....." Laskar Pelangi

Dr. Ratna Roshida Abdul Razak
Bahagian Falsafah dan Tamadun
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia

********************
Kekanda saya sudah terkena penangan Laskar Pelangi!

"Menarilah dan terus ketawa.. walau hidup tak seindah syurga...bersyukurlah kepada Yang Kuasa cinta kita di dunia....."

Sebaris ayat yang menusuk kalbu saya di pagi ini... Alhamdulillah di atas segalanya...

Saturday, August 8, 2009

Waktu yang comel

12.34.56.07.08.09
Cantikkan masa tersebut?

Haha... Dan yang paling cantik adalah, UMAR SUDAH TUMBUH SEBATANG GIGI pada waktu tersebut. Gigi bawah depan. Saya ingin beritahu satu dunia. UMAR SUDAH TUMBUH GIGI!
Alhamdulillah!

Dia sudah merangkak laju, sampai ke tandas dan dapur dia merangkak, habis rumah di jelajah. Bila saya mengemas baju, dia juga hendak tolong. Dia merangkak masuk ke dalam almari dan tarik-tarik baju. Ini mesti rajin macam Abi dia ini. Bagus-bagus! Abi dia pegang raket badminton juga, dia pegang raket lagi satu. Genggaman yang kemas dan erat. Aduh! Persis juara!

Dia sudah berpaut pada kabinet dan kaki, mungkin hendak mula berjalan nanti. Haha... Seronok tengok. Dan dua hari lepas, Umar terbalik aksi Ultraman dari dalam baby cot ke luar baby cot, terjatuh dan terlanggar rak piala di rumah yaya lalu terjelepuk di atas lantai... Meraung dan menangis dan luka di atas bibirnya. Saya tiba di rumah yaya dan buku pintu, yaya terus cakap dengan matanya yang sembab, "Umar fall down!"

Saya tidak sempat hendak bersedih, kerana YAYA SUDAH MENANGIS DAHULU! Saya pula yang pujuk dia supaya jangan rasa bersalah. Saya mengambil peristiwa itu sebagai, growing-up process. Namun dalam hati si ibu, aduh, berkilo-kilo doa saya titipkan agar Allah tetap memelihara Umar sebaik-baiknya. Ibu mana tidak takut perkara begitu berlaku pada intan payungnya bukan?

Oh ya, sejak minum vitamin, pengambilan susu Umar di rumah yaya bertambah dari satu botol kepada dua botol setengah. Alhamdulillah. Pencapaian yang sudah baik bagi saya! Terima kasih Allah!


**Saya merasakan yang wajah Umar saling tidak tumpah dengan Nazurah, sepupunya ini. Ada iras-iras, bukan?

Dipetik dengan izin dari http://haiyskidsstuff.blogspot.com/

Wednesday, August 5, 2009

Engkar dalam Percaya

“Mereka ingkar dengannya sedangkan diri mereka mempercayainya dengan penuh yakin” (An-Naml : 14)

Ya! Selalunya hidup (bagi yang lemah iman) begitulah... Termasuk juga saya. Percaya tapi masih engkar. Tidakkah kurang cerdik begitu? Ya! Memangpun! Kerana mengikut telunjuk hati yang kurang bersih barangkali. Kita tidak nampak, tapi rasanya begitulah.

Seorang rakan pernah bertanya, macam mana hendak tahu perkara yang kita pilih itu dari Allah atau syaitan? Rules of tumb dia senang saja: jika ianya membawa kebaikan, tentunya dari Allah, jika ianya membawa keburukan atau maksiat, tentunya ia dari dorongan syaitan. Sebab Allah hanya memberikan petunjuk ke arah kebaikan. Belum pernah rasanya ada ustaz yang beritahu dalam ceramah mereka yang ada hidayah kepada kejahatan.

“Dan apabila datang kepada mereka perkara yang mereka ketahui, mereka (sengaja) mengkufurinya” (Al-Baqarah 89)

Yang ini juga saya takut. Syurga dan neraka jelas sudah. Dosa maksiat jelas sudah. Dosa lambat subuh dan isyak jelas sudah. Tapi hakikatnya, sehari-hari, begitu juga!

“Dan tidaklah sekali-kali Allah menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah itu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya (kepada orang-orang yang beriman).” (Al-Baqarah: 143)

Alhamdulillah, dan akhirnya ada sebaris ayat yang menyenangkan hati saya. Seorang yang mengucap dua kalimah syahadah memang tetap berbeza bagaikan warna putih dan hitam. Namun, jauh benar bezanya akhlak kita dengan akhlak Rasulullah yang langsung tidak mengenepikan perintah Allah dalam apa jua perkara. Bukannya main pilih mana kita hendak lakukan, mana yang memberi faedah kepada sendiri. Muslim yang patuh adalah "Saya dengar dan saya turut".

Oh! Susahnya menjadi Supermuslim! Yang paling saya risau adalah soal solat sendiri. Sebab sudah jelasnya perkara solat adalah paling utama untuk diri sendiri. Perkara antara Allah dan diri sendiri. Ianya bukan melibatkan jiwa orang lain, ianya antara kita dan Allah. Dan itulah piawaian yang akan diukur Allah di mahkamahNya nanti.

Oh ya! Entry yang saya tulis adalah untuk pesanan kepada sendiri. Jika ada yang merasakan ianya bermanafaat untuk mereka, baguslah. Jika terasa kurang selesa, banyak lagi pilihan blogspot lain di ruang maya ini.

Sebenarnya saya tension dengan diri sendiri!!!! (Calon syurga Firdauskah begini?)

************************
SERIUS

Sudah tidak sabar hendak menatap cover DSA siri 6. Terbayang warna emas berkelip-kelipan. Haha... Saya memang sangat sukakan Aiman Zainal!

"Kenapakah langit dan laut berwarna biru? kenapa bukan hijau atau kuning?"
"Stokin putih yang direndam dalam Laut Merah akan menghasilkan warna apa?"
"Kenapakah matahari kelihatan lebih besar di Horizon Cinta?"

Manuskrip lain? Semuanya 70%... Terbengkalai kerana penulisnya sedang mengalami masalah jiwa yang tidak keruan sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana saya TERLALU SERIUS BERFIKIR tetapi TIDAK SERIUS MELAKUKANNYA! Jadinya, ia sungguh menyesakkan serebrum kiri dan kanan serta abolongata saya malah arteri dan bronkiol saya jadi serba tidak kena. Serve me right! Alhamdulillah.

*****************
JATUH CINTA BERKALI-KALI

Saya angkat telefon, "Hello, Abang. Buat apa?"
"Sedang review drawing semalam. Nanti ada discussion dengan engineer."
"Ohh... " Saya mengangguk. Mesti sedang makan kek coklat bekal sarapan tadi sebab kedengaran mulutnya mengunyah.
"Kenapa?"soalnya.
"Rindu!"

Entah apa-apa saya ini, setiap hari selepas bersalaman dan cakap, 'ampunkan dosa-dosa saya' dan suami kucup dahi saya, saya menekan pedal minyak kereta. Semerta hati saya terus digamit rindu. Benar agaknya jauh menjadikan kita rindu. Padahal karang bertemu lagi.

Rasanya setiap hari, saya jatuh cinta berkali-kali pada suami saya. Menatap wajahnya yang bersih dan tenang membuatkan sayang saya bercambah...

Merenung wajahnya dengan peluh merenik apabila dia mengangkat tong air besar yang berat atau menukar tayar pancit, cinta saya kian merendang...

Apabila saya bangun tidur, dia sudah bersiap-siap menggsosok bajunya dan bertanya, "Sayang hendak pakai baju mana?" Haha... Terus jatuh cinta lagi, tidak sempat baca doa bangun tidur. Perasaan cinta dahulu berputik.

Apabila saya sedang memasak, dia sibuk mesin baju dalam mesin basuh semi-auto, saya spontan termenung di tepi sink, Cinta datang lagi!

Subhanallah!

Ish! Tak sesuai hendak berjiwang di pejabat dan menitik air mata syahdu masa begini. Terima kasih Allah kerana melimpahkan rahmat dan kasih sayangMu ke dalam rumahtangga kami. Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami hingga ke Syurga Firdaus-Mu Ya Allah.

Tuesday, August 4, 2009

Hari yang ringkas

Pagi tadi, selepas yaya mengambil Umar ke dakapannya, saya melambai dengan ucapan 'bye-bye'. Yang ketara membuatkan saya agak terkesima, Umar mengangkat tangganya separuh bahu dan menggoyangkan tangan ke atas dan ke bawah pada kami. Ya! Umar sudah pandai melambai. Allahuakbar! Melihat perkembangan Umar setiap hari, nikmat yang bagaimana lagikah yang saya inginkan dari Allah?

Setiap pagi apabila bangkit jaga, Umar biasa akan turut terjaga. Saya tersenyum padanya, dan dia membalas senyuman saya dengan gusi tanpa giginya. Matanya penuh cahaya seperti mentari memancar waktu dinihari. Alhamdulillah! Alangkah comelnya bagi saya! Nikmat yang bagaimana lagikah yang saya inginkan dari Allah?

Apabila mengagahnya, dia akan membalas dengan perbualan yang panjang.. tata.. mama...baba... Oh! Banyak sungguh vocab-nya sekarang. Subhanallah, Nikmat yang bagaimana lagikah yang saya inginkan dari Allah?

Selepas memakaikan pakaian dan Umar diletakkan di atas lantai, dia menegakkan badannya bersedia untuk merangkak. Pertamanya dia akan menggoyangkan punggungnya ke depan dan belakang beberapa kali, sebelum mula melangkah ke hadapan. MasyaAllah, Nikmat yang bagaimana lagikah yang saya inginkan dari Allah?

Bendanya simple sahaja... cuma melalui hari-hari yang ringkas dalam hidup. Tapi Alhamdulillah, segala-galanya, nikmat anugerah Allah. Ianya berlaku spontan, saya tersedar dan memerhati seketika, menarik nafas dan melepaskannya kembali seraya bersyukur dengan apa yang saya lalui.

Umar masih lagi tidak sihat walaupun jauh lebih baik daripada beberapa bulan yang lalu. Semalam ke pakar Paedtriatric yang ketiga. Berhabis juga dengan kos perundingan dan ubat serta membeli satu alat nebulizer. Sekurang-kurangnya kami masih berusaha. Berhabis di sana, saya akan cuba berjimat di sini. Saya cuba mengawal cash flow dompet suami.

Terlalu banyak perkara yang saya fikirkan berkenaan soalan-soalan Allah di dalam kitabNya kini. Memikirkannya membuatkan saya akan pause seketika apabila sedang giat melalui masa dengan persoalan, "adakah ini dikira amalan ahli syurga Firdaus?"

Saya menelan air liur!

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

p/s: Ya Allah! Mantapkanlah dada Umar dengan Al-Quran. Jadikanlah dia di antara hambaMu yang mewarisi mukjizat Rasul Mu itu, ameen...

Sunday, August 2, 2009

Kurangkan Tidur!

Bismillahirahmanirahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani...
"Ibu, bacakan Umar satu cerita!"
************************
“Bagaimana Prof. membahagikan masa antara kerja, dakwah dan anak-anak?,” tanya Muhaimin. Saya termenung memikirkan bagaimana mahu menjawab setepat mungkin. Seperti biasa, saya tidak mahu orang salah sangka dengan rutin kehidupan saya.
“Kurangkan tidur!”. Itulah kesimpulan kepada sedikit penerangan kepada beliau. “Ikhlas, bersihkan hati dalam setiap tindakan. Mohon pada Allah. InsyaAllah susunan kehidupan kita akan terbahagi dengan teratur”.

Dipetik dari: http://muhdkamil.net/kehidupan/page/3/

Masalah saya ialah saya harus cukup tidur. Jika tidak kepala saya pening dan badan saya tidak larat. Terasa sengal-sengal. Dan definasi cukup bagi saya adalah tidur banyak jam. Sekurang-kurangnya 8 jam dan selebih-lebihnya- ikut suka badan. Badan sudah terlalu penat melunasi tugas di pejabat dan hujung minggu jika tidak ke mana-mana saya akan berehat semahunya di syurga dunia saya- Rumahku Syurgaku. Saya penat untuk menulis, dan saya penat untuk membaca al-Quran. Beginikah ciri-ciri calon penghuni Syurga Firdaus?

Ada sesuatu di situ yang saya sering fikirkan. Banyak tidur mengurangkan perkara yang saya lakukan. Perkara yang saya lakukan hanya 'cukup-cukup makan'. Tiada yang sunat, hanya yang wajib sahaja. Jarang-jarang khusyuk hadir- tidak hanya di dalam solat, malah kerja pejabat atau perkara lain, ianya lebih kepada melakukannya kerana tugas yang tergalas. Adakah ia dikira ikhlas kerana Allah? Beginikah ciri-ciri calon penghuni Syurga Firdaus?

Tidur memang nikmat. Di saat jiwa kita dipegang Allah dan roh melawat kebun mimpi, jasad sedang tidur. Namun tidur yang banyak tanpa pekerjaan lain yang bermanafaat, bagaimana harus mengumpul skor catatan amalan sebelah kanan yang tertinggi? Beginikah ciri-ciri calon penghuni Syurga Firdaus?

Bukan! Bukan! Bukan!

Calon Syurga Firdaus dicatatkan dalam surah Al-Mukminun yang digariskan Tuan-Punya Dunia, Pemilik Bumi dan Langit serta seisinya adalah:

Orang yang;
1-khusyuk solatnya,
2-menjauhkan dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,
3-membersihkan hartanya,
4-menjaga kehormatannya,
5-berpegang pada amanah dan janji,
6-memelihara solatnya.

Merekalah yang akan mewarisi Syurga Firdaus dan kekal di dalamnya... dengan rahmat Allah jua...

Selebihnya,
Kurangkanlah Tidur! Tambahkanlah aktiviti yang bermanafaat untuk akhirat, seikhlasnya kerana Allah semata-mata.
Sekian, terima kasih.
***********************************

"Abi, mari kita ke masjid!"

***************************

Astaghfirullahalaziim.... Astaghfirullahalaziim.... Astaghfirullahalaziim... Saya kembali pada-Nya. Semoga Allah ampunkan dosa saya sekiranya ada kesalahan pada catatan saya sepanjang saya menulis entry di 'Dunia Penulisan Umi' ini. Bukankah segala anggota yang dipinjamkan ini akan disoal-Nya nanti?

Hijrah Baru

Saya sudah berhijah ke rumah baru. Lebih kecil, satu langkah masuk ke bilik tidur, dua langkah menuju ke dapur dan kurang setengah langkah masuk ke tandas. Flat ini lebih dekat dengan pejabat suami. Buka tingkap sudah boleh menjenguk ke bangunan ibu pejabat. Tapi saya seperti biasa, harus memandu jauh ke tapak projek.

Umar nampak kehairanan, semalam. Lama dia memandang ke sekeliling- dinding dan siling rumah malah berkali-kali dia merenung wajah saya, menoleh ke sekeliling dan memandang saya kembali, seolah-olah bertanya, "Ibu, ini rumah kitakah? Nampak lain!"

Ya! Inilah syurga baru kami. Ringkas dan kecil. Satu unit flat yang hanya sebesar ruang tamu rumah agam Bonda di Terengganu. Namun doa saya rumahtangga kami tetap melimpah-ruah dengan rahmat dan berkat dari Yang-Maha-Pemberi-Segala-Rahmat-Dan-Berkat. Rumah kecil berbilik satu ini akan terus dipayungi kasih sayang dari Yang-Maha-Pemberi-Segala-Kasih-Sayang.

Allah, terima kasih kerana memberi kami ruang berteduh di atas mukabumi milik-Mu ini. Hati kami semua milik-Mu, maka Engkau dekatkanlah hati kami pada-Mu. Semoga hijrah baru ini akan lebih mendekatkan kami pada-Mu. Ameen....

p/s: Namun, jika ada rakan-rakan yang datang ke Bahrain, jangan segan hendak bermalam di rumah saya. Ringkas tapi signifikan, insyaAllah!