Thursday, July 30, 2009

Apabila gembira dan galau berbaur.

Pagi tadi henset saya berbunyi dengan lagu 'Words' kegemaran saya.
"Siapa pula telefon ini?"
Ya! Henset saya sangat jarang berdering di sini. Suami hanya menghubungi saya ke talian terus di pejabat jika ada apa-apa, sebab saya tidak gemar bergayut di henset, kerana radiasi gelombangnya buat saya pening.
"Saya dari... bla.. bla..."
"Hah? Err..."
Hati saya tergamam! Terkedu, tapi cepat-cepat memberi respon yang perlu. Setelah selesai, hati saya terus terpercik perasaan gembira. Ya! Gembira! Tadi adalah khabar gembira yang saya terima...

Namun tiba-tiba saya dipagut rasa takut. Semerta rasa risau dan galau... Muka yang tadi melebar senyum, kini kening saya hampir bertaut. Saya jadi takut untuk menerima khabar gembira, kerana risau di hujungnya di noktah dengan sebaliknya. Saya ingin melompat setinggi awan, namun kerisauan yang entah-apa-apa-entah memaku kaki saya di rumput bumi. Lantas gagang telefon dicapai menghubungi bonda di kampung.

"Hello... tadi ada orang dari.... telefon.. bla.. bla..."
"Oh! Baguslah! Alhamdulillah!"
"Tapi takut.... bla.. bla.. bla.."
"Tidak mengapalah.. itu semua kerja Allah..."
"Bonda tolong doakan ya!"
"Ya! InsyaAllah..."

Kini, hati lebih lega. Biar apapun keputusannya, segalanya sudah diatur Tuan-Punya-Dunia. Alhamdulillah, di atas segala-galanya...

Monday, July 27, 2009

ADSA ke-2, percuma untuk Kaizar.

Untuk pemilik blog: http://adammale.blogspot.com/, Kaizar, saya akan menghadiahkan buku ADSA siri ke-2 secara PERCUMA jika sudah terbit nanti (walaupun mungkin agak lambat kerana ada manuskrip lain yang perlu disudahkan dahulu) kerana ulasan yang diberikan di bawah. Saya menjangkakan akan ada komen buku ADSA 'begini'- (banding HP dengan ADSA), tetapi tidak menjangkakan sampai 'begini'-(halus dan teliti).

Terima kasih kerana membaca karya saya dan nampak apa yang ingin saya sampaikan. Percubaan pertama saya untuk mendampingi watak yang terkenal dalam cerita fiksyen saya sendiri dan berfantasi di bawah lautan Atlantis.

...Dan saya juga menyukai kata-kata Prof Clament Chong di dalam bab 8 (rujuk: Quotes)

********************

Friday, July 24, 2009
Read: Armand di Siber Atlantis - Langkah Pertama Di Dunia Baru (Kajian Perbandingan Dengan Siri Harry Potter)

"Imitation is the best form of flattery". Tidak salah meniru asalkan bukan menciplak sepenuhnya. Armand di Siber Atlantis (ADSA) adalah Harry Potter (HP) untuk Melayu. Cuma jika siri Harry Potter berlatarbelakangkan sekolah magis Hogwarts yang penuh tradisi, ADSA pula berlatarkan Sekolah Bistari Siber Atlantis yang penuh kemodenan. Mari kita kaji selidik persamaan dan perbezaan kedua-dua novel.

Karakter - Pencirian & Perwatakan
Armand (manusia berdarah duyung, bercermin mata, telinga kanan sopek kerana Umbrella) - Harry Potter (Muggle + Wizard, parut di dahi kerana Voldemort)
Adam & Hawa - Lily & James Potter

Salleh (kurus, orang terkaya Pulau Pinang, bekerja sebagai pembekal susu), Sumayyah (gemuk, kakak Hawa) & Syuib - Petunia, Vernon & Dudley Dursley (keluarga normal)
Dr Burma - Prof McGonagall

Prof Razak Baginda - Dumbledore (suka makan karipap pusing, gemar berjenaka, menolak perlantikan menjadi PM & Pemerintah Tertinggi Dunia Atlantis)
Si Bibir Tebal @ Umbrella - He-Who-Must-Not-Be-Named @ Tom Riddle (duyung berdarah tulen, takut Prof Razak Baginda)
Irman Shah (pengawal SBSA, berambut sesungut sotong kurita, memasak kek yang sedap tapi berbentuk buruk, lemah ejaan) - Hagrid

Sebastian (obor-obor, pembekal alatan sekolah) - Sirius Black?
Puan Mariam - Mrs Figg? (Dursley's neigbour)
Friday (adik Sunday & berbangsa Cina, berambut ceracak, ayahnya Saturday Tan pembawa bas pelancong) - Ron Weasley
Monday (adik Friday, nama sekadar disebut tapi belum muncul) - Ginny Weasley
Sunday & Timberlake Josh (bukan kembar, gemar berjenaka, otak berniaga) - Fred & George
Keluarga Saturday Tan - Wednesday (kakak sulung bekerja di Bank Atlantis), Tuesday (abang sulung, jurutera kapal selam)

Merlin D'Ortis (dalam Bab 5 disebut Merlin tapi dalam bab 12 disebut Martin D'Ortis?) - Nicolas Flamel?
Tengku Saiful Nizam & Tengku Khairul Nizam (kembar, rambut berketak, kulit sawo matang, hidung mancung mamak) - Draco Malfoy tapi versi kembar
Betty Suarez (berambut panjang & keras; merujuk kepada "rambut penyapu", mata bundar, hidung mancung bak seludang, pipi bagai pauh dilayang, berasal dari Mexico, ulat buku) - Hermione Granger

Ursula (mungkin akan jadi watak jahat)
Oyuki Lohan (adik Timberlake, rambut blonde, mata biru cerah, Armand terpikat dengannya) - Cho Chang?
Tony Blair (Tukang Kebun Sekolah) - Argus Filch
Dr Yugoslavia Brados (dari Jerman) - Prof Severus Snape

Hang Nadim, Batik & Naruto - Crabbe & Goyle
Puan Karisma - Madam Pomfrey
Titi DJ (pengawas baru yang skema) - Percy Weasley

Guru-guru matapelajaran:
Dr Yugoslavia Brados - Sejarah Peradaban & Geografi Dunia Atlantis
Dr Majeedol Mahmood - Matematik & Algebra Bangunan
Dr Burmaa - Penawar & Ramuan
Prof Shah Rukh Khan - Pertahanan Diri

Ir Venus - Sains & Teknologi (dikaitkan dengan bunga matahari)
Ir Kris Dayanti Marcello - Kejuruteraan (sangat cantik)
Prof Clament Chong - Seni Bina & Seni Lukis. (Selekeh, serius, suka menukar topi, baju hitam @ putih berbeza jenama sentiasa ada corak ukiran awan larat)

Lain-lain watak
Zakiah Anas & Nasarudin - penyampai ramalan cuaca
Siti Nurhaliza (bercerita tentang populariti artis tersebut)

Aisha Gill - mungkin makcik dewan makan (disebut oleh Prof Razak Baginda)
Mei Ling - rakan sekelas Armand, Friday dan Betty Suarez
Robert - musuh Timberlake & Sunday?

Item
Majalah Anti Sapienata - The Quibbler (?)
Sapienata (Homo Sapiens) - Muggles (manusia biasa)
Burung hantu (owls) - Camar laut

Hoki - Quidditch
Judul buku - Penyamaran Di Zon Berbeza oleh Dr Tamura Tanaki
Penjara Pudu Pulau Barbados - Azkaban

Plot
- Prolog Plato dari Greek menceritakan tentang Atlantis, ciptaan Tuhan kepada dewa Neptune yang mempunyai lima pasang anak kembar. Akibat takbur dan dosa, Atlantis tenggelam ke dasar laut kerana letupan gunung berapi Atlas.

- Bab 1 kejadian di mana ibu bapa Armand, Adam dan Hawa cuba melindungi Armand dari Si Bibir Tebal. Ibu Armand menggunakan setitis darahnya untuk melindungi Armand dari bangsa manusia berdarah duyung Atlantis.

- Bab 2 dunia Atlantis meraikan kematian Si Bibir Tebal atau nama sebenarnya Umbrella. Manusia berdarah duyung berpakaian selempang biru dengan pendayung, berkalung biru dengan bakul tiram. Dr Burmaa menyamar sebagai anjing laut di Lot 88, Lorong Duyung, Teluk Ketumbar, Pulau Pinang (No 4, Privet Drive, Little Whinging, Surreys untuk HP). Prof Razak Baginda mengeluarkan siput (HP- lighter) memadamkan lampu jalan. Dr Burmaa kurang percaya dengan kebolehan Irman Shah. Irman Shah muncul dari langit menaiki tiram sebesar Kelisa, diperolehi dari Sebastian, si obor-obor (Sirius?). Perbualan antara Dr Burmaa dan Prof Razak Baginda yang merujuk kepada populariti Armand. Irman Shah sedih untuk meninggalkan Armand.

- Bab 3 harijadi Syuib & Armand. Armand tinggal di dalam stor. Syuib selalu membuli Armand. Syuib mengira-ngira hadiah yang kurang dari tahun lepas. Noted: Playstation, BMW 7 Series. Kejadian di Pusat Akuarium, dinding kaca akuarium jerung tiba-tiba ghaib. Armand boleh bercakap dengan jerung berasal dari Amerika Tengah (ular - HP).

- Bab 4 Irman Shah datang membawa kek hari jadi dan surat tawaran kemasukan ke SBSA untuk Armand.

- Bab 5 Armand menaiki bot laju Atlantis (sebuah kapal besar). Cara memasukinya adalah dengan menyanyi lagu Tiga Kupang. (meluru masuk ke tiang untuk Hogwarts Express). Berkenalan dengan adik-beradik Friday. Makcik Ariel @ Mak Duyung menjual coklat (rumpair celup coklat, kerang coklat, gula-gula tiram (Chocolate Frogs, Every Flavour Beans)

- Bab 6 Bertemu Betty Suarez. Menaiki ikan pari gergasi (kacukan pari dan aloi - dikaitkan dengan Transformers). Tiba di Sekolah Bestari Siber Atlantis (dikaitkan dengan Disneyland) Bertemu Ursula, Ursula memberi Armand sebatang pena daripada gigi jerung (Mungkin akan ada kesinambungan tentang pena ini dalam cerita seterusnya)

- Bab 7 Katil memilih tuannya. Armand ditempatkan bersebelahan Friday. Noted: Sejadah, Peti Pesanan. Jamuan makan malam pertama semester. Ucapan Prof Razak Baginda, hanya dua pesanan, larangan ke Taman Laut Singgahsana dan larangan muslihat seni pertahanan diri atau senjata laser, dan menyimpan pesanan ketiga untuk perhimpunan sekolah. Kelas Pertahanan Diri dengan Prof Shah Rukh Khan.

- Bab 8 Bertemu Oyuki Lohan. Kelas Sains & Teknologi - Ir Venus. Kelas Seni Bina & Seni Lukis - Prof Clament Chong. Sesi soal jawab antara Brados dan Armand. (Snape & HP). Noted: Laptop. Kelas Ramuan & Penawar - Dr Burmaa. Noted: Sengatan obor-obor - Rumpai laut berwarna biru & hijau ditambah kikisan kupang merah, Luka jerung putih - Balut dengan rumput Skykopus semalaman. Dr Burmaa meminjamkan buku teks lama yang berconteng-conteng pernah dimiliki Kapten Archimedes (Half-Blood Prince dalam HP). Armand berjaya membuat ramuan penyembuh bisa disengat ular air dengan bantuan buku tersebut. Antara langkahnya adalah menghancurkan ramuan, bukan memotong. Armand berjaya dan Dr Burmaa menghadiahkannya batu hikmat yang boleh menawar apa sahaja penyakit tetapi terhad kepada tiga kali penggunaan (Felix Felicis - Liquid Luck dalam HP)

- Bab 9 Betty Suarez terdengar Friday mengutuknya dan menangis di bilik air. Berdepan dengan jerung berbadan sotong, Seponis Seposa. Ir Venus rupanya jahat dan ingin mendapatkan mutiara sakti milik Gabenor Engku Zeti Engku Aziz yang tersimpan di Peti Keselamatan Bank Atlantis tetapi apabila dibawa ke SBSA, terjatuh di tandas perempuan (Rasanya akan diterangkan dalam novel seterusnya) Ir Venus pencipta kapal selam yang melanggar ibu bapa Armand. Brados menyelamatkan mereka bertiga. Noted: Jalan Petaling Moluska. Mereka bertiga dirawat oleh Puan Karisma. Timberlake menyukai Betty dan dicemburui Friday. Timberlake memberikan kad coklat dengan gambar ibu bapa Armand.

- Bab 10 Noted: Jambatan Akuakakasia, Ramuan Rajawali. Mereka bertiga belajar bersama. Armand baru mengetahui bahawa buku teks Ramuan & Penawar asalnya kepunyaan "Kapten Archimedes". Melawat Irman Shah.

- Bab 11 Melalui nota buku Kapten Archimedes, Armand berjaya menyelesaikan Prinsip Penawar ke-13 dengan mata sotong. Betty Suarez bercerita tentang Gunung Atlas merujuk Sinar Harian Atlantis dan Kembara Atlantis. Kononnya, Umbrella bersembunyi di gunung tersebut. Lawatan ke Bandaraya Atlantis beserta surat kebenaran. Dr Burmaa dan Irman Shah turut serta. Irman Shah mempunyai urusan ke Bank Negara Atlantis oleh Prof Razak Baginda yang dirahsiakan (Gringotts Bank). Betty mengadakan kuiz untuk memilih seorang perempuan menyertai kumpulannya beserta Armand dan Friday.

- Bab 12 Mereka bertiga bercerita tentang kedudukan Gunung Atlas yang kemungkinan besar berada di kawasan lingkaran api iaitu nusantara. Makhluk duyung pertama yang menemui kota Atlantis adalah Alexander the Great atau Iskandar Zulkarnain. Juga dikaitkan dengan banjir besar Nabi Nuh a.s. Noted: E.T., Lord of the Rings, Puncak Bukit Bali. Armand dan Friday bercerita tentang keluarga. Operasi Jerangkap Samar Tengku Berkembar bersambung dalam buku dua.

Quotes
- Bab 7: "Saya tak sabar hendak merasa makanan di Sekolah Siber Atlantis ini. Dulu Sunday beritahu saya yang ketua tukang masaknya dari Hotel Hilton Siberjaya," - Friday.

- Bab 8: "Saya, profesor lulusan dari Itali, belajar fesyen. Lulusan dari Istanbul pula dalam seni bina dan juga lulusan dari Perancis dalam jurusan seni lukis. Saya tidak perlukan duit lebih bagi membuat acara silap mata dari rumah ke rumah. Saya hormati profesion saya ini sebagai pendidik. Silap mata hanyalah bagi menggembirakan anak murid saya yang datang menuntut dengan saya. Hati yang riang memudahkan kita mendapat ilham yang baik. Hati yang riang juga memudahkan kita mendapat pemandangan indah semasa melukis. Hidup bukanlah sekadar mendapat syiling titanium ataupun memperoleh kuasa. Makna hidup adalah lebih mendalam daripada itu" - Prof Clament Chong.

- Bab 9: "Hahaha! Raksasa tak ada otak, mari sini. Muka sahaja nampak garang, tapi macam pakai skirt sotong pondan!" - Friday

- Bab 11: "Baiklah, Britney Bears saja yang sertai kita kerana dia seolah-olah cuba berfikir dan mencari jawapan bagi soalan tadi. Manakala Paris Milton nampaknya langsung tidak mahu berfikir dan menunjukkan seolah-olah soalan saya tadi adalah tidak logik dan tiada dalam silibus kita" - Betty Suarez

Nota Tambahan
- Novel ini hampir dikategorikan sebagi parodi Harry Potter jika tidak kerana temanya yang berbeza. Pelbagai elemen dalam buku ini merujuk kepada unsur-unsur semasa yang popular, terutamanya pemilihan nama-nama watak.

- Pelbagai jenis makanan disebut di dalam novel ADSA terutamanya dalam bab 7 sewaktu di dewan makan. Kuih koci inti obor-obor laut, kailan ikan masin, kangkung belacan dan banyak lagi.

- Elemen buku teks Ramuan & Penawar milik Kapten Archimedes melangkau ke buku Harry Potter keenam, Half-Blood Prince!

Blog berkaitan
http://umi-azrini.blogspot.com/2009/04/bicara-buku-armand-2.html
http://umi-azrini.blogspot.com/2009/05/cek-royalti-siapa-paling-gemilang.html

Shout Box Msg:
umi azrini salam, terima kasih untuk ulasan ADSA. cukup bernas.. harap yang kedua nanti, anda juga boleh mengulasnya begini detail.

kaizar terima kasih kerana sudi singgah, kak umi. tak sabar menanti buku yang kedua. saya peminat buku harry potter jadi it's natural for me 2 like your book

kaizar tp apa yg plg mbezakn adalah buku akak ada flavour melayu dan elemen humornya pula lebih dekat dgn budaya kita.

Saturday, July 25, 2009

Umar pada Umur 8 bulan.

Hari ini 23 July 2009, genap Umar 8 bulan. Pagi tadi menghantarnya ke rumah yaya, PERTAMA KALI Umar menangis... terkejut saya! Ya! Umar sudah mengerti, siapa Ibu dan Abinya. Dia kini mengerti yang kami tinggalkan dia dengan orang lain, bukan darah dagingnya.

Dari umurnya sebulan hingga ke bulan ke enam bulan, mukanya ceria, melompat-lompat di dalam dakapan di depan pintu rumah yaya. Menginjak ke umur tujuh bulan, saya dapati mukanya keruh didakap yaya semasa kami menghantarnya. Saya perasan perubahan perilaku Umar. Dan pagi ini, usianya lapan bulan, dia manangis dan menjerit "ma... mam.. maa...." saya tidak sampai hati melihatnya, bergegas saya turun tangga dengan abinya.

Umur 1 bulan, sering menangis dan meraung semahunya pabila waktu menjengah maghrib hingga ke isyak... dia boleh merenung lampu rumah dan pintu rumah yang berwarna merah kemudian terlelap keletihan. saya trauma apabila waktu itu tiba. Mula ajar flash card.

Umur 2 bulan- hanya mahu susu ibu. boikot susu botol. Alhamdulillah, ke rumah yaya, dia boleh minum hingga 5 botol kecil.

Umur 3 bulan- minum susu botol dalam 3 kecil (4 oz). sikit benar berbanding sepupunya yang lain. Mula batuk, sejak balik Malaysia.

Umur 4 bulan, dia meniarap buat pertama kalinya. dan mula diberikan sedikit makanan cerelec. boleh minum susu hingga 4 botol kecil.

Umur 5 bulan dia duduk dengan sokongan. Suka menendang-nendang kakinya di dalam air. daya fokus juga tinggi ketika diberi bahan bacaan.

Umur 6 bulan duduk tanpa sokongan dan mula meniarap dan berpusing. menjelir lidahnya dan sangat suka makan pisang lecek. mula belajar genggam tangan dan buka semula- menurut Filipino, saat ini bermakna mereka mula memahami. Abi belikan Piano mainan yang Ibunya suka lagu twinkle-twinkle little star...

Umur 7 bulan dia berpusing dan mengelak memakai lampin. berpusing 360 darjah dan mengesot dari ruang tamu ke hujung dapur. sekali sekali punggungnya diangkat untuk cuba merangkak. Selebihnya dia selesa berenang di atas lantai dan kadang-kadang menjilat lantai untuk merasa tekstur lantai rumah. Namum kini dia minum susu kini hanya 1 BOTOL KECIL sehari di rumah yaya! Selera makannya kini benar-benar merosot seiring dengan tahap kesihatan yang tidak memberansangkan. masih batuk dan berhingus! Minggu depan jumpa paed for 3rd oppnion, insyaAllah.

Sering saya bersolat, saya cuma letakkan Umar di atas lantai tepi saya. Saya mahu dia faham ritual ibadah pada Allah yang kami lakukan. "Ibu solat sekejap, Umar jangan menangis ya!" Biasanya dia diam dan memerhati. Jarang dia menangis sewaktu diletak begitu, kecuali jika saya bersolat terlalu lama dan dia tidak tahan tanpa perhatian.

Bayi dididik dan diasuh ibu dan abinya, hakikatnya Allah lah yang menjadikan dia bijaksana penuh hikmah dan tetap istiqomah...

"Umar, Ibu dan Abi sayang Umar."

Wednesday, July 22, 2009

Surirumah Dan Ahli Perniagaan e-Sesawang

Berniaga secara e-sawang (e-biz) atau laman web secara online sungguh menarik. Jimat kos sewa bangunan dan segala mak-nenek yang memerlukan kos. Memang bagus memulakan peniagaan secara online.

Saya dapati ramai yang berijazah luar negara daripada disiplin pengajian berbeza sekalipun contohnya: kejuruteraan biologi, kejuruteraan maritim dan editor majalah yang terkenal, mula berminat untuk memulakan bisnes secara online begini.

Contohnya banyak, seperti kek cawan, jubah, barang kanak-kanak, hadiah bakul... Segalanya boleh dijual online. Secara profesional mereka mula membina kiosk secara online dan mengembangkan perniagaan. Semoga terus berjaya dalam rumahtangga dan perniagaan mereka.

Ya! Ramadhan makin dekat, semoga rezeki yang halal terus melimpah ruah kepada mereka... dan rezeki yang mereka perolehi lebih berkat... ameen... You go ladies!

p/s: Blog: http://www.umi-azrini.blogspot.com/, ini menyokong semua surirumah yang mempunyai perniagaan dari rumah.

http://www.hidayahstyle.com/blog/

http://haiyskidsstuff.blogspot.com/

******************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 10

"Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.
Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH".
Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya! Di jalan-jalan rayasuasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.
Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya..."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

Wednesday, July 15, 2009

My scientist is YOU!!

Ain selalu beremel dengan saya kerana meminati DSA. Kali ini saya kongsikan emel dia kerana dia ada bagi saya pantun yang saya rasakan sungguh comel. Memang keletah kanak-kanak cilik membuatkan orang yang kononnya dewasa macam saya ini tersenyum panjang sambil memandu pulang dari pejabat.

Salam Kak Umi,
Nak tanye gi, au...
hehehe banyak tanya betoilah budak ni.. kan 'Aiman' tak kisah..

1. Betulkah fasal citer segitiga bermuda tu?
2. Cam ne nak hilangkan rase malas? hehehe ain ni 'pemalaskan..'
3. Boleh tak akak citer ape2 fakta sains kt ain?
Ok, sampai sini ajer... be happy everyday, nak bagi pantun, ah..

I like to piss,
My piss for you,
I have a clever 'sainstis',
My 'sainstis' is YOU!!

Semoga akak tersenyum dgan pantun 4 kerat ain ni..
(kakak yg beri idea sbnrnyer) hehehe Ok, semoga akak terhibur..
Wassalam

Terima kasih Ain Izzudin yang comel.. akak suka pantun itu... Fakta sains lain dengan cerita yang lebih 'advanture', nantikan DSA siri 6... kata editor, tidak lama lagi... insyaAllah... tapi akak juga tidak pasti bila. Ceria selalu ya!

**************************

DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 9
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"
"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusullagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema.... "Cintaku berlabuh di persada rahmat Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta....... stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

Tuesday, July 14, 2009

Berperang Syahid di Kamar Hospital

Seorang teman baik semasa di TJ, mengumumkan yang dia sedang pening & loya sekarang. membacanya membuatkan saya terus mencapai beg untuk mendapatkan henset bagi menghubunginya, kerana TERLALU GEMBIRA! Ini bakal anak ketiga baginya. Sungguh saya teruja... Malangnya... henset tertinggal di rumah!

Tiba-tiba, semacam ada hormon estrogen kembali merembes di dalam biologi diri... perasaan teruja untuk mengandung lagi.... terasa rindukan waktu 9 bulan membawa Umar di dalam rahim tahun lepas... Perasaan rindu itu terasa menyelinap ke setiap saraf dan sendi... begitu indah rasanya itu, tidak tergambar oleh kata-kata... sungguh!

Walaupun semasa meneran beranak, sudah berkata pada diri sendiri, takut hendak beranak lagi... sebab SAKITNYA TERAMATLAH.... namun kuasa Allah itu sungguh luas... perasaan sakit teramat itu terubat demi melihat kelahiran dari rahim sendiri... Alhamdulillah...

Lepas beranak dahulu, saya ada tulis satu entry pasal pengalaman beranak.. tapi rasa terlalu 'seram' untuk saya publish di blog, jadi saya batalkan niat untuk letak di sini. Cukuplah yang indah2 sahaja...

Memang berat membawa kandungan... tidak tahan dengan alahan seawal 4 bulan pertama... kemudian tidak lena apabila menjengah ke 8 bulan seterusnya... berdebar apabila menghitung hari... ke hospital... berdebar membayangkan kesakitan itu... dan...MERASAI SAKIT ITU SENDIRI... kontraksi setiap minit... Aduh!

Memang berperang syahid di atas kamar hospital... Yang pastinya sebelum masuk ke bilik beranak (labour room) maaf dan halal segala dengan suami, itu yang pasti... harapan dengan redhanya sahaja yang dapat memudahkan urusan saya di medan jihad... semasa kontraksi, setiap minit meminta pada Allah Yang Maha Mencipta, dengan titisan air mata agar diringankan sakit... (Lepas itu kena tegur dengan jururawat: "Jangan menangis, nanti lagi kurang tenaga... kawal pernafasan sahaja, ingat Allah," katanya)

Berbual dengan beberapa para ibu, semuanya memberi pengalaman berbeza. Ada yang mudah amat, ada yang sukar sedikit, ada yang azab betul!

Ya Allah... rindunya rasa hendak mengandung lagi!

***********************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 8

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapatdisembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya?

Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudianmenyusul namanama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA
Oh...Oh ...seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terusmenekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI"
Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan laguyang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.

Monday, July 13, 2009

Team Bob The Builder

Sebahagian kerja QS adalah membuat anggaran atau cost estimate untuk sebarang kerja kontraktor di tapak pembinaan. Peralatan dan jentera yang diguna berbeza-beza dengan kos yang berbeza-beza. Contohnya projek sekarang, kos Dozer D6 dan D7 adalah BD9.8 sejam, tetapi kos sewa untuk Dozer D8 adalah BD 42! Besar sangat perbezaannya... dan yang paling leceh, ianya tidak tertulis di dalam kontrak, subject to further argument... letih betul!

Caterpillar
Excavator
Cranes
200T Kobelco 7150 Lattice jib crawler
140T P & H 9125 Lattice jib truck mount
90T P & H 790 TC Lattice jib truck mount
80T Grove TM 875 Hydraulic jib truck mount
60 T Tadano 600 XL Rough Terrain hydraulic jib
40 T Nissha Lattice jib crawler
35 T Linkbelt HTC 35 Hydraulic jib truck mount
30 T Linkbelt HTC 30 Hydraulic jib truck mount
25 T Komatsu LW250 Rough Terrain hydraulic jib
2T Isuzu Boom Truck (2)
20 T Franna AT-20
Excavators
50T CAT 350 Excavator
45T CAT 345 Excavator
30T Hitachi EX300 Excavator
30T Kobelco SK310 Excavator
30T Kobelco SK300 Excavator
20T CAT 320N Excavator
20T CAT 320N Excavator
12T CAT 120 Excavator
10T Komatsu PC100 Excavator
7.5T Komatsu PC75
Back hoe (3 No.)
Compactors/Loaders/Dozers
CAT 980 Loader
CAT 966 Loader
CAT 936 Loader (2)
Fiat Allis 645B Loader (2)
Bobcat skid steer (2)
Bomag 15T Sheeps foot Roller
Bomag 15T Smooth drum Roller
CAT D3 Dozer
CAT D8 Dozer
Komatsu D355 Dozer
Water Trucks (2)

Dozer D6
Dozer D7
Dozer 8
**********************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 7
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepadapelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma..."

Saturday, July 11, 2009

Kerja Kosong Di Bahrain

Untuk sesiapa yang mengemel pada saya bertanyakan kerja kosong di Bahrain, cubalah mohon untuk jawatan di bawah ini. Kerja dengan kerajaan bahrain memang best! 5 kali ganda bestnya daripada yang bekerja dengan syarikat swasta seperti saya... Serius!

p/s: Doa saya agar saya dan suami juga dapat bekerja dengan ministry of work/housing di Bahrain sebagai QS pada tahun 2010, ameen... Jom mohon, sama-sama!

"The Ministry of Works provides infrastructure in accordance with the legal frameworks set out in the National Strategic Master Plan for Bahrain, outlook 2030. The Ministry of Works is the construction arm of the government of the Kingdom of Bahrain, and has oversight in the following areas, in accordance with the Master Plan:

Infrastructure development consisting of the strategic planning, design, construction and maintenance of the public road network and the drainage systems for the Kingdom.
Design, construction, project management and maintenance of public buildings.
MOW is recruiting following professionals for its operation

Chief, Project Management Office (PMO)
Specialist, Project Management Office (PMO)
Chief, Information System Development (P8)
Sr. Engineers & Engineers
Quantity Surveyors (QS)
Materials Testing
Sr. Quality Management Specialist
Quality Management Specialist

Interested Candidates, send your details resume with reference to alyab@works.gov.bh
For more details visit www.works.gov.bh (Tekan bahasa Inggeris lepas itu pergi bahagian career... nanti ada detail keperluan untuk setiap post yang ingin dimohon)

*********************************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 6

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram. direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengandulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengansopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkapdengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kerasumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaahSubuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja "Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalantadi, seorang puntak mahu terima sedekah ana " Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orangmiskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pulaterima sedekah kita."
keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta nimelalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulahbila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

Thursday, July 9, 2009

Royalti lagi...

30 Pengarang PTS yang Menerima Royalti Tertinggi bagi Jualan Tahun 2008
Eksekutif Kewangan PTS (royalti), Cik Norizah Wahid, melaporkan nama 30 orang pengarang PTS yang paling banyak menerima royalti bagi jualan tahun 2008:

1. Dr. Danial Zainal Abidin
2. Ain Maisarah
3. Ainon Mohd.
4. Farihah Iskandar
5. Abdul Latip Talip
6. Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim
7. Ezee Rahmani
8. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
9. Sophia Qistina
10. Ann Wan Seng
11. Ahmad Fadzli Yusof
12. Zaid Akhtar
13. Kusyi Hirdan
14. Dato' Dr. Haron Din
15. Mohammad Rozani Pawan Chek
16. Ainin Naufal

17. Umi Kauthar Abdul Razak

18. Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
19. Shamsuddin Abdul Kadir
20. Dato' Abd. Hadi Awang
21. Aizam Aiman
22. Salina Ibrahim
23. Natasya Effyzal
24. Razzi Armansur
25. Fred Suriya
26. Meor Shariman
27. Ahmad Naim Jaafar
28. Sunthara Segar
29. Mardzelah Makhsin
30. Umi Kalthum Ngah

Nota: Peraturan kewangan PTS tidak mengizinkan orang lain tahu jumlah royalti yang diterima oleh seseorang penulis, melainkan dengan arahan mahkamah.
Dari web: http://universitipts.com/

p/s: Alhamdulillah... Semua dari Allah... Semua hak Allah... Duit hanya alat, bukan matlamat. Itulah yang saya sering ingatkan diri apabila saya mula berasa tamak. Apapun, tahun depan, 2010 saya akan cuba rebut tahkta nombor satu dalam senarai ini dari Dr. Danial Zainal Abidin, Haha.... (Hah, bukankah sudah tamak begitu! Hehe...)

*****************

DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 5

Lelaki itu tersenyum.
"Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kitasudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu.Tak ada diskriminasi wanita di sini,tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan adaisteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khususuntuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistempemerintahan kapitalis,sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagiyang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

Wednesday, July 8, 2009

Gambar ceria

Ini kompilasi cerita fantasi dari PTS. saya menjenguk ke : http://pts-one.blogspot.com/.. Oh, rupa-rupanya mereka telah berpindah ke: http://ptsone.com.my/ Tapi bila saya masuk, hanya ada kertas dinding warna oren sahaja... mungkin kerja-kerja pemindahan masih tidak selesai...

Ya! Buku Armand di Siber Atlantis adalah buku fantasia di bulan madu... hehe... semoga sempatlah buat yang kedua pada tahun ini... dan juga ada re-print pada tahun ini supaya saya dapat menatap wajah baru Armand... Ameen...
Ini pula gambar perhimpunan agung penulis Alaf21. Jelous amat saya di sini... kerana tidak dapat menyertai mereka di sana... haha.. tapi tidak mengapa kerana saya tahu, Kak Laila Kamilia di Berlin, Kak Iris Ixora di Turki dan Umi Azrini di Bahrain tidak menyertai... nasib badan...
Dan ini... saya suka tengok foto separuh kartun ini. Kenapa si-tudung-hijau (the-you-know-who) berisi sedikit daripada si-tudung-biru (the-cannot-be-named-here) ya? mereka adalah editor PTS-one yang menerbitkan buku Dunia Sains Aiman saya! Terima kasih ya.
***********************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 4

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ... Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Sunday, July 5, 2009

Majlis kahwin orang Bahrain

Rasanya sejak akhir-akhir ini, banyak benar aktiviti selepas kerja saya. Kalau dahulu setiap hujung minggu memenuhi undangan makan-makan. Orang2 Malaysia di Bahrain ini memang pemurah, semoga dilimpahkan lebih rezeki yang halal untuk mereka yang rajin menjemput dan buat makan2 ini... ameen...

Seminggu ini bukan sahaja hujung minggu dengan makan bufet di dewan restoren dan juga di Miami Park, malah malam juga menghadiri makan malam di rumah duta, semalam pula ada undangan majlis kahwin orang Bahrain, teman sekerja...

Saya memandu seorang diri pukul 9.30 malam, sebab majlis di sini untuk perempuan sahaja... dan tentu sekali, pastikan Umar tidur dahulu... saya juga terlelap keletihan, ingat malas sudah keluar rumah, tetapi memikirkan jemputan rakan sekerja yang beria-ia mahu saya hadir, saya gagahkan. Saya ajak suami/Umar ikut sekali, tetapi Suami enggan, mungkin takut bosan. Kalau dia datang dia akan duduk dalam bilik khas lain-jauh dari dewan bersama saudara lelaki pengantin. Saya pula tidak betah keluar seorang2, malam2 pula itu...

Masuk dewan, GulfAir Club... aduh mak ai! Macam menghadiri red carpet grammy awards sahaja... pakaiannya mengalahkan Angelina Jolie dan Celopatra... Eva Longoria dan Paris Hilton. Di luar semua berjubah hitam, masuk saja... semua tanggal jubah dan menampakkan rekaan fesyen yang barangkali dari D&G dan Vera Wang. Ada yang menari2.. tergelek2... kalau saya ada teman satu geng, mahu juga saya menari bersama, dengan muzik arab yang memang syok juga sekali sekala layan... hehe... sambil itu dihidang teh, dan kudapan.

Malangnya, saya seorang saja orang asing di situ... Saya membayangkan Liza dan Mazlia ada, mungkin juga Zah dan Tikah atau rakan penulis Alaf & PTS ada, dan kami menari tidak ingat dunia... haha... dan Chandilier dewan, aduh.. memang lawa bangat! Rasa hendak dibawa pulang letak di dapur rumah satu.

Semasa pengantin melangkah, saya mengambil gambar, tetapi kemudian diarah oleh seorang lain (saundara maranya barangkali) untuk delete balik gambar yang saya ambil tadi... maklumlah, aktiviti begini, mana boleh gambar2 tersebut ter-exposed pada orang bukan muhrim.

Yang perempuan kebanyakan pakai baju dedah bahu, asyik betulkan baju bahagian dada saja, takut terlurut barangkali... lepas itu diselak-selak rambut yang di dye dan extend berjela... mekap tebal... bulu mata tebal... macam2 gaya... memang cantik. Ada yang cantik bergaya, ada juga yang cantik mengada-ngada. Dewannya besar kalah dewan sivik kampung saya.

Kata kawan saya pukul 10 malam dia akan sampai, tapi sebenarnya pukul 11.20 malam baru dia masuk dewan... Dalam hati sudah risau... sekejap2 lirik jam... Umar ok-kah? Umar terjaga minta susukah? Ok-kah suami menjaga Umar?

Hampir pukul 12 malam barulah saya dapat makan nasi briyani ayam yang sangat lazat... Macam2 hidangan di atas meja... tapi sudah tengah malam, besar mana sangatlah selera masa itu ya? pukul 12.10 saya naik atas pentas salam dengan pengantin-kawan saya itu, lalu grab satu door gift tepi kek (saya nampak semua buat begitu) lepas itu mendesup laju balik rumah. Perut pula tiba-tiba tidak tahan hendak mencari tandas... boleh pula tersesat jalan pula....

Balik rumah... Umar & suami tidur.. nampak botol susu...
"Umar menangiskah?"
"Sekejap tadi,"
Saya memandang susu di sebelah katil yang masih bersisa,"Umar minum susukah?"
"Sikit saja, lepas itu tertidur,"
Saya lega...

*********************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 3

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."

Saturday, July 4, 2009

Tip

Hari ini saya sungguh down... iman down... diri down... motivasi down.. masak karipap inti masin.. buat sambal terpedas giler (suami tidak tahan pedas)... punat dan sambungan wayar periuk nasi rosak dan sekarang saya mengeluarkan periuk nasi itu dan dimasak di atas api dapur... manuskrip kena rejek dan yang kedua dihantar ada unsur2 kena rejek... Manuskrip lain yang hendak disiapkan terasa berat bagaikan mendaki langit... Tergagap-gagap mengaji kini-tidak selaju biasa kerana sudah lama tidak mengaji... geram jadinya! Ramadhan kian menghampiri...

Umar masih batuk. Saya rasa menyalahkan diri sendiri kerana dia masih batuk. Pasti kerana dosa saya ibunya yang kadang-kadang lewat solat, pasti dosa saya ibunya yang kadang-kadang mengeluh geram di dalam hati. Pasti dosa saya kerana kadang-kadang engkar kata suami. Ya! Umar masih batuk, pasti kerana dosa saya Ibunya. Dia bayi yang suci. Jika ada yang berlaku padanya, pasti salah Ibunya. Kasihan betul tengok dia. Segala-galanya tentang diri sendiri terasa sungguh DOWN and DOWN.... aduh!

(Alhamdulillah a'la kullihal... May Allah grant Umar Shifaa'.. ameen...)

************
Kawan saya emelkan sesuatu yang saya ingin letakkan di sini sebagai rekod. Untuk tip2 lanjut bolehlah lah ke blog dia:http://leeya-myra.blogspot.com/ untuk penulisan yang baik. Saya juga membacanya untuk rujukan. Malah untuk membalas emel orang yang tanyakan tip juga, saya copy&paste dari blog dia.

Tip Menjadi Penulis Bestseller
(dipetik daripada buku Tip Menjadi Bestseller oleh Zamri Muhamad terbitan PTS Profesional)
Penulis akan gagal jika menulis kerana duit semata-mata.
- lihat wang sebagai alat bukan matlamat.
Menulis dan merancang kejayaan buku adalah dua perkara berbeza.
-tulis buku dengan menilai banyak aspek – permintaan dan potensi jualan.
Penulis bestseller memberi kemudahan kepada orang lain melalui bakatnya.
- penulis boleh membantu orang melalui karya yang dihasilkan; memberi ilmu, semangat, harapan.
Menulislah dan kesempurnaan akan datang secara berperingkat.
- proses pembelajaran berlaku sepanjang masa.

Fokus semasa menulis.
- fokus kepada pembaca sasaran membantu penulis menulis khusus untuk keperluan mereka.
Raikan kejayaan kecil, kejayaan besar akan menyusul.
- jangan tamak.
Pendorong menjadikan penulis bersemangat untuk berkarya.
- pendorong mungkin terdiri daripada ahli keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.
Komited dan disiplin.
- tepati deadline. Kesungguhan dan disiplin penulis memberi imej baik di mata penerbit.
-kegagalan menepati deadline menyebabkan penulis terpaksa menyusun semula jadual.
Bina pasaran melalui media dan internet.
- promosi penulis berperanan besar.
Sentiasa bergantung harap dan positif kepada Tuhan.
- motivasi penulis ada turun naiknya. Masalah akan muncul, tetapi sentiasa beruasaha dan tawakal. Doa adalah senjata orang Mukmin.

************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 2

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuan sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbun tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku.
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu.

Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja da kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

Thursday, July 2, 2009

Untuk pemilik kasut yang banyak

Serius, masa baca entry ini saya tersenyum seorang...
Untuk orang seperti saya yang hanya tahu organize folder dalam PC dan file dalam kabinet ofis, tidak terfikir pula untuk organize kasut begini. Siap dengan gambar di kotak kasut lagi, canggih tidak canggih. Saya hanya label rempah di dapur sebab kadang2 saya selalu tidak pasti apa yang saya guna itu serbuk ketumbar atau lada putih.. apatah lagi di sini terlalu banyak rempah...

Boleh baca lebih lanjut di http://soho-mama.blogspot.com/2009/06/like-martha-stewart.html.

Kasut saya?

Hehe... saya hanya ada satu selipar jepun-ala2 Croc yang dibeli di Mydin, satu kasut Alain Delon-hadiah suami sebelum pergi Pakistan yang setiap hari saya pakai ke pejabat atau majlis formal di sini (masih elok lagi, memang tahan lasak)- buat naik kapal terbang, naik bas naik kereta... dan satu selipar Polo yang ada 50% diskaun di Sogo tahun lepas... Oh, dan satu kasut sukan Nike yang adik saya hadiahkan dari US.

Untuk sesiapa yang mempunyai koleksi kasut yang pelbagai seperti foto di atas, belajar2 lah organize seperti soho-mama ini. Elok terletak di dalam almari segala seluar dalam anak dengan baju mana... Betul juga! Sebab apabila melihatkan baju Umar yang kecil2 itu terlalu banyak, sebenarnya elok barang berlabel begini.

*****

DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR
Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langi dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak d udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dar busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.

Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.