Bau itu datang lagi...
Ya! Saya digamit bau itu lagi.
Bau yang sungguh sinonim dengan kehidupan saya 10 tahun yang lampau...
di asrama TJ.
Bau pada daun pelam hijau takala basah selepas hujan.
Bau pada putik bunga pelam muda yang sering dipetik pelajar walaupun belum cukup umur.
Rindu itu menjengah minda separa sedar saya...
Mereka yang saya nampak, semuanya kawan-kawan saya yang bersatu bawah satu ukhuwah berpayung di bawah bumbung asrama dan sekolah.
Kehidupan yang sendiri dan berdikari... kehidupan yang kadang-kadang terasa sunyi sepi...
berlari menuju ke dewan makan, menerpa pada hidangan dalam dulang besi... keletang! keletung! Masakan yang tidak selazat bufet hotel, tetapi dengan nasi kawah itulah yang membesar dan membajainya tubuh, untuk kami terus melangkah, belajar di sekolah.
"Lari! Lari!"
Kadang-kadang ada siren berbunyi dari kakak2 lain apabila ada lelaki bukan muhrim memanjat pagar zink ringkas yang memisahkan blok asrama dengan kampung luar...
"Baca ayat kursi, baca surah Yasin!"
Arahan yang kadang-kadang berbunyi apabila ada yang tersampuk hesteria...
"Hah? Cuci tandas blok kilat? Aduh!"
Rungutan yang kadang kala terdengar di hari Jumaat apabila gotong royong terkena pada tempat yang paling dielakkan.
"Oklah, dari kena cuci tandas Blok A!" sampuk seorang lagi.
Di situlah rutin membesar 10 tahun yang lampau... 5 tahun di TJ penuh perisa...
Bau haruman rindu itu akan datang dan pergi... mimpi semalam akan sekala sekala hadir memberi peringatan pada diri...
Ya! Kita sudah melangkah jauh ke hadapan...
Monday, June 29, 2009
Sunday, June 28, 2009
Alamat doa yang dikirim...
Kemuncak yang ingin ku tawan itulah jua yang kau impikan...
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus..
Terbang ke langit menggapai awan..
Demi kejayaan ada harga yang perlu di bayar..
Kau menjadi perisai ku apabila pandangan ku jadi hiba..
"Abang, berjanji ya... alamat doa kita mesti sama... Syurga Firdaus ya!"

Labels:
kehidupan,
kembara di bumi bahrain
Wednesday, June 24, 2009
Alam tidak pernah berhenti.
Jangan berhenti.
Jangan berhenti untuk semua yang kita lakukan...
melunasi tugas sehari-hari.. bekerja, berkarya..
senyum pada kejayaan, menangis pada satu kegagalan... teruslah memberi inspirasi...
Bukan kerana berhenti akan memperlambatkan kemajuan dan pencapaian diri sendiri.
Sesungguhnya alam mengajarkan bahawa kita tidak akan pernah boleh berhenti. Meskipun kita berdiam di situ, bersembunyi di dalam bilik gelap atau bersendiri di gua Hira', bumi tetap megajak kita mengelilingi matahari.... Sang bulan akan sentiasa menemani kita di malam hari... Burung akan setia menyanyi apabila pagi... Ombak tidak pernah lelah mengunjungi pantai membawa buihnya yang putih suci...
Harry Potter cakap: "Never give-up!"
Barrack Obama kata: "Keep up the good work!"
Oprah Winfrey ucap: "Keep moving and never turn back!"
Amdang81 catat: "Tiada rehat dalam perjuangan!"
Ustaz saya kabo: "Man jadda, wa jada..."
... dan yang utama, azan tetap berkumandang 5 kali pada waktu yang tetap setiap hari. Wajarlah kita bergegas membersihkan anggota untuk mengadap Empunya Dunia... Pemilik Jiwa...
p/s: Err... rehat seketika boleh, sebab itulah adanya pusat Rehat & Rawat di lebuhraya.
Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen di Comments & Shout Box.

Tuesday, June 16, 2009
Waktu yang mengembirakan...
Inilah waktu Umar paling banyak senyum dan menjerit kesukaan! Umar nak mandi! Umar nak mandi...
Mula-mula mandi dengan buih-buih yang berserakan... Saya suka buih... dan saya rasa buih pun sukakan saya!
Lepas itu, saya mula hendak belajar duduk dalam kolam... Dahulu Abi tidak percaya saya sudah boleh duduk, dia asyik suruh saya baring saja bila mandi... sekali ini saya buktikan, saya boleh duduk dan bersandar, lagi!
Bergaya sedikit. Tidak boleh kencing dalam kolam ini, jika tidak Abi akan angkat saya kembali, jadi saya terpaksa menahan kencing setiap kali berada di dalam kolam ini. (Itulah yang kadang-kadang ter- wee-wee semasa tukar lampin, maaf ya Ibu, sori ya Abi!)
Oklah! Cukup-cukup! Privacy Please! Saya mahu mandi pula ini... Bye-bye... Sudah Ibu, tutup kamera itu, marilah mandikan Umar pula!
Labels:
kembara di bumi bahrain
Monday, June 15, 2009
Alhamdulillah...
Terima kasih Allah kerana masih lagi memberi diri ini segala nikmatMu free-of-charge! Aku berdoa hati ini terus sujud dan tunduk padaMu, makin tekun beribadat dan solat on-time!Terima kasih untuk doa-doa yang Engkau makbulkan.. juga doa-doa yang Engkau tidak makbulkan...
Terima kasih kerana memberi diriku peluang untuk mengutip sedikit pahala di sana dan di sini... dan menyucikan dosaku di sana dan di sini...
Terima kasih kerana melapangkan urusan suamiku, anakku, ibu dan mertuaku, adik beradikku, ipar-duai ku, kawan2 penulis ku, kawan2 sekolah ku, cikgu dan pensyarahku, ustaz2 ku, saudara mara ku...
"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Labels:
kembara di bumi bahrain
Sunday, June 14, 2009
Buku Baru & Kembalikan Stadium Itu...
Buat Kak Lily Haslina Nasir... Sungguh kagum kerana dia begitu komited menghasilkan karya. Semoga rak anda akan lebih meriah dengan koleksi buku kanak-kanak/remaja ini...
Lawati beliau di: http://lilyhaslinanasir.blogspot.com/
Boleh beli di kedai maya beliau dan mendapat hadiah percuma yang comel!
Abang saya yang tinggal di Saujana Impian pulang ke kampung minggu lepas. Kemudian dia mengemel kejadian ini kepada saya...
--->Ultraman: Binatang engkau ini!
Cuba bagitahu kenapakah engkau meruntuhkan Stadium sampai jahanam begini?
Lebih baik engkau bagitahu, jika tidak nahas engkau aku kerjakan!
--->Raksasa: Cis! Engkau Ultraman yang tidak sedarkan diri!
Hendak menunjuk Hero sahaja!
Sudahlah bina stadium di atas tanah yang aku tinggal, siapa suruh, Hah?
Lampu engkau sudah berkelip-kelip merah, masih ada hati mahu melawan aku!
--->Penonton: Rasanya Ultraman kali ini akan kalah juga...
(Dialog sudah dialih bahasakan kepada bahasa Melayu Tinggi, kerana raksasa dan ultraman di atas berasal dari Terengganu dan memakai bahasa dialek harian mereka.)
Boleh beli di kedai maya beliau dan mendapat hadiah percuma yang comel!
Abang saya yang tinggal di Saujana Impian pulang ke kampung minggu lepas. Kemudian dia mengemel kejadian ini kepada saya...
--->Ultraman: Binatang engkau ini!Cuba bagitahu kenapakah engkau meruntuhkan Stadium sampai jahanam begini?
Lebih baik engkau bagitahu, jika tidak nahas engkau aku kerjakan!
--->Raksasa: Cis! Engkau Ultraman yang tidak sedarkan diri!
Hendak menunjuk Hero sahaja!
Sudahlah bina stadium di atas tanah yang aku tinggal, siapa suruh, Hah?
Lampu engkau sudah berkelip-kelip merah, masih ada hati mahu melawan aku!
--->Penonton: Rasanya Ultraman kali ini akan kalah juga...
(Dialog sudah dialih bahasakan kepada bahasa Melayu Tinggi, kerana raksasa dan ultraman di atas berasal dari Terengganu dan memakai bahasa dialek harian mereka.)
Thursday, June 11, 2009
KAD JEMPUTAN DARI ILAHI
Saya teringin menunaikan haji.
Saya teringin menerima jemputan dari Allah menjadi tetamunya di Kaabah.
Kad jemputan dari Ilahi itu tiba ke hati.
Ya! Saya ada keinginan itu, tetapi saat ini masih sama-samar nekad itu. Masih ada ragu-ragu dengan seribu satu persoalan, bersediakah ini dan ini? Ianya tidak akan berkesudahan tanpa nekad, dan tentunya penting kiriman kad jemputan Ilahi untuk tiba ke hati sendiri- yang kita panggil seru!
Kini saya masih lagi memikirkan, saya benar-beanr ingin menunaikan rukun ke lima itu. Ya! Sungguh! Saya juga ingin menjadi tetamu Allah. Siapa tidak mahu?
Pernah berbual dengan kakak dan emak di kampung, kata mereka jika ingin menunaikan haji tinggalkan saja Umar di Terengganu, nenek boleh menjaganya. Biar saya dan suami saja ke sana. Aduh! Berat! Sungguh saya berat hati meninggalkan Umar 45 hari dengan neneknya. Biar saya tahu yang besar pahala nenek yang menjaga sementelah ibu dan abinya menunaikan haji, bukan sebarang tugas! Tugas pada Ilahi- pemilik segala isi bumi!
Ya! Tapi saya tetap rasa kurang selesa, kerana:
1- Saya sungguh tidak suka menyusahkan orang. Itulah sebab utama. Hati sentiasa tidak selesa jika merasakan diri menyusahkan orang, walaupun saya tahu, nenek ikhlas.
2- Rasa tidak betah meninggalkan Umar tanpa ibu dan abi. Cukuplah siang hari 5 hari seminggu. Waktu lain saya tidak mahu.
Namun, saya ingin menjadi tetamu Allah. Tolak tepi segala masalah. Benar-benar khusyuk beribadah di Mekah dan Madinah.. Menadah rahmat di Padang Arafah... membasuh dosa dengan air zam-zam di kawasan Kaabah... Mengucup haruman batu Syurga-Hajaratul Aswad... Mengharap redha di Multazam... bertamu di Jabal Rahmah... melontar Iblis di tiga jamrah....
Ya! Segala-gala rukun haji- tapi dengan suami dan anak di sisi! Saya mula berdoa kini. Untuk kami juga menerima jemputan dari Ilahi menjadi tetamu di majlis besar, Musim Haji- untuk saya, Wan Mohd Rizal dan Wan Umar. Dipermudahkan... dilorongkan...
"Dan nikmat Kami yang manakah yang kamu ingkari?"

Tuesday, June 9, 2009
Bos, Doa & Syurga
BOS
Saya pernah cakap, "I'm ready to become boss now!"
No! I AM NOT!
Menjadi bos bukan setakat tahu beberapa perkara teknikal, bukan setakat buat laporan kos, bukan setakat sertai mesyuarat, ia memerlukan lebih daripada itu. Saya rasa saya tidak mampu. Saya hanya boleh coordinate kerja pada sub ordinat saya. Banyak perkara lagi yang saya tidak mampu buat. Argh! Saya tengah runsing sekarang.
Minggu ini, Che Abott- Si Daddy-Long-Legs (I really mean it, he is single and have a very long legs- Eurosian! And did i tell you that he is superficially, good looking man? Tetapi di matahati saya sekarang tentunya suami saya paling hensem... hehe) meninggalkan saya dengan satu tugas kecil yang nampak simple. (Saya ramai boss, sama macam masa di Penang dahulu)
Bila saya tengok, aduh mak ai! Susahnya. Pedestrian Bridge. Eh, bukannya saya pernah buat masa di Penang dahulu? Ya! Tapi entahlah, sekarang saya rasa saya ini macam blank-in-black-blurr-burberry!
DOA
Saya sangat cemburrukan orang yang bijak. Kadang-kadang saya berdoa saya jadi bijak segala-galanya. Mantap dan mudah mengingat segala benda, tajam fikiran dalam semua perkara. Super and Superb! Adik saya sangat cerdik, kakak saya sangat pandai... Abang-abang saya bijak-bijak belaka... BUT, I AM NOT! Saya, biasa-biasa sungguh!
Matematik tambahan dan fizik- subjek paling sukar bagi saya... Saya hanya fahami konsep 'bahagi' dalam Darjah Enam! Eh, hendak UPSR semasa itu! Selama setahun saya selalu menadah tangan untuk dirotan kerana sering gagal dalam 'bahagi' semasa darjah lima. Dan matematik tambahan, nasib baik tidak gagal! Saya paling tidak gemar subjek itu, kerana bagi saya ianya amat payah... cuma matematik moden saja saya cemerlang... maklumlah, asas saja!
Eh, sekarang kerja melibatkan matematik setiap hari... dalam subjek yang saya tidak gemar... Ironinya hidup! Hati saya sering berdoa, yang Wan Umar bijak matematik seperti Acik B dia... bagi saya mamtematik itu penting... sungguh penting.. nak kira zakat... nak berniaga... strategi perang... keperluan itu! (selain daripada doa-doa lain, banyak sungguh doa ibu untuk anak dia, kan?)
Saya tidak bijak pandai. Rasanya dalam satu-satu perkara yang berlaku dalam hidup saya, saya hanya survive.. Just Survive… setiap kali ada benda menimpa, saya tiada kekuatan minda atau apa-apa saja yang boleh membantu saya. Berdoa saja yang saya mampu.
Seriuslah…
Apatah lagi duduk jauh2 begini… kalau ada apa2 berlaku, memang doa saja yang menimbun-nimbun saya buat. Yang lain2 saya tidak mampu. Bila nak lemas dengan pelbagai isu dan masalah… saya hanya boleh doa…
"Ya Allah, mudahkanlah... mudahkanlah... lorongkanlah.. lorongkanlah..."
Itu yang saya ulang dan Alhamdulillah, saya survive! Pernah saya fikir, takkan saya nak kena berdoa begini setipa kali ada masalah? Penatnya, setiap kali ada masalah kena berdoa… Tidak adakah kekuatan dalam diri saya sendiri? Jawapannya, "Memang saya tiada kekuatan, dan saya memang perlu berdoa- DOA PADA ALLAH!"
Serius!
Saya tidak bijak, saya tidak pandai, saya tidaklah kuat beribadat, saya tidak alim… saya hanya seorang biasa di tengah umat manusia ini yang sedang kembara di dunia… bekerja di pejabat, memasak di rumah, menjaga anak dan suami.. kadang-kadang menulis sedikit-sedikit... Meladeni kehidupan yang sungguh biasa dan saya hanya survive dengan perjalanan hidup saya… dengan DOA…
Kadang-kadang saya telefon emak di kampung... Ya! Semakin besar masalah saya, semakin keraplah saya telefon sekadar ber'hai' dengan emak saya! Selagi tidak mendengar suaranya, saya gelisah. Tidaklah saya bercerita detail pada emak.. sekadar mendengar ocehan dia... saya bagaikan mendapat sedikit kekuatan...
Dan pantang saya, meninggikan suara pada suami sekarang! ITU PANTANG UTAMA! Hendak marah sekalipun, saya akan cuba halau rasa geram. Diam lebih baik dari bersuara. (Tapi mungkin pinggan mangkuk di sinki bunyinya lebih kuat dari biasa...hehe..)
SYURGA
Teringat Ustaz Ismail Kamus pernah berceramah, "Kalau nak minta Syurga dengan Allah, minta Syurga Firdaus ya!" (Mungkin dia berlelucon, tetapi saya mengambil ia sebagai satu yang serius!)
Katanya Syurga Firdaus yang paling dekat dengan ALLAH nanti. Syurga paling tinggi di dalam syurga. Sayapun tidak dapat membayangkan syurga itu bagaimana. Kadang-kadang membaca terjemahan Quran menggambarkan syurga itu bagaimana tetapi tetapi masih tidak dapat membayangkan secara benar dan total. Bolehkah saya memandu kereta Porche di dalam Syurga?
Tetapi setiap doa saya saya akan cakap, "Ya! Allah bagilah kami Syurga FirdausMu…"
Walaupun saya tahu, kalau sudah lepas azab kubur, menerima buku amalan sebelah kanan, dilindungi Allah semasa padang Mahsyar… selamat meniti sirat dan tidak masuk ke dalam neraka, sudah amat-amat-amat-amat-amat mujur! Masuk Syurga? Alhamdulillah…
Syurga Firdaus pula? MasyaAllah… Alhamdulillah… Memang Maha Pengasih Allah!
Saya tahu saya tidak layak! Tetapi jika sebut Syurga, saya akan tetap sebutkan nama Syurga Firdaus. Saya tidak mahu di akhirat nanti saya menyesal kerana tidak meminta Syurga Firdaus dengan Allah semasa di dunia dahulu, bila mana Allah memberi peluang untuk memakbulkan doa hambaNya. Ya! Mari kita berdoa minta Syurga Firdaus! Mudah-mudahan kita berada dekat dengan Allah di Akhirat kelak!
Bayangkan… akhirat itu abadi.. kalau boleh mestilah hendak yang paling best, kan?
P/S: terima kasih kepada semua yang menjejak ke sini, dengan jejak atau tanpa jejak!

Saturday, June 6, 2009
Sebab stadium kampung saya runtuh...
Banyak faktor stadium kampung saya runtuh...
Ada yang kata...
1- Design fault- kegagalan rekabentuk
2- Poor workmanship- kerjabina yang tidak bagus. Mungkin joint problem between steel structure to the reinforced structure... ada bolt yang longgar atau tidak di-grout.
3- Cost cutting yang melampau menyebabkan harga RM292 juta menjadi 2.92 juta. Struktur bumbung cap ayam, mungkin...
4- Foundation problem- mungkin asas binaan untuk menyokong struktur bumbung sendiri tidak kukuh..pasir lebih daripada simen, mungkin...
Macam2 teori lagi yang kita boleh buat dan boleh diandaikan . Siapa yang harus bertanggungjawab? Dan senarai faktor runtuhan ini akan menjadi sangat panjang, boleh buat satu esei atau tajuk tesis, kes studi.
Err.... Namun setelah menerima satu emel ini, saya rasa, mungkin teori ini lebih tepat!
5- Perhimpunan Agung Ultraman secara besar-besaran di Stadium kampung saya minggu lepas...
... Memberi peluang untuk raksasa membalas dendam!

Tuesday, June 2, 2009
Stadium kampung saya!
Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah. Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter. Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP). (Dipetik: http://www.utusan.com.my/)Tersentak saya!
Itu Stadium kampung saya tu! Gong Badak!
Hah! Runtuh?
Sayapun tak sempat melawat lagi stadium yang baru dibina, gah di tengah-tengah belukar tu!
Sebagai orang yang turut terlibat dalam bidang pembinaan, saya menggeleng kepala... aduh! sebab bina kat kampung saya, negeri saya.. mestilah saya rasa ianya milik saya juga!
sedih... sedih...
kalau yang dengar bangunan lain runtuh, sekolah lain runtuh, terasa juga... tapi kalau dah berlaku kat kampung sendiri, bagaikan terhantuk ke dinding rasanya! Auch!
Jawapan Yang Pasti... Cuma Dia!
…Kadang-kadang sebelum bercuti lama (sebulan atau dua) Bos tinggalkan kita dengan sedikit ilmu yang dia rasakan kita perlu tahu untuk buat kerja dia Tapi tentunya dia tidak bagi tahu semua benda pada kita untuk kita semak kerja dia yang kita lakukan. .. (Dalam hati, mungkin dia ada berkata, "I'm pity you sister!"—Or maybe he said, "May Allah bless you!") Sebab jika kita sudah tahu semua kerja dia dengan sempurna, maka bila dia balik bercuti, kita boleh buat semua kerja dia. Dan dalam keadaan ekonomi yang tidak bagus ini, itu bukanlah satu pentunjuk yang baik.
Haha… dan seminggu dua ini saya sudah 'jatuh dalam lubang gelap'! …dan kini, apabila berada di dalam lubang itu, saya mula meneroka dan meraba-raba, terhantuk dinding gua, terlanggar batuan stalagmite dan stalagtit… terpijak cicak dan tahi kelawar. Dan kini saya sudah tahu 'terowong kecil' untuk saya keluar dari 'lubang gelap' itu!
Alhamdulillah…. Allah is very kind to me… What else I should ask for? More money? More popular? Haha… All I ask is that Allah will give me more discipline to perform on-time my 5 time Prayers! All I ask is that I can see Allah''s face at the Akhirah… What's more precious than that? Please Allah! Please!
Dan… tentunya saya boleh buat semua kerja bos saya selepas ini…. Haha… Nampaknya saya sudah bersedia untuk naik pangkat kalau begini! (Err.. tidak hendak naik pangkat, hanya mahu naik gaji atau kerja dengan Ministry!)
Dan untuk semua pembaca budiman dan budiwoman… Buku baru daripada kak EKA FAHARA: http://ekafahara.blogspot.com/
Kuintai KABUS KASIH waktu NILAI CINTAMU menyeru BELAIAN JIWA.
Dan kini terimalah: JAWAPAN YANG PASTI! I will say "YES, I DO!"
Juga buku CUMA DIA dari penulis prolifik aka Chef popular: Norzailina Nordin http://norzailina.blogspot.com/ -
Haha… dan seminggu dua ini saya sudah 'jatuh dalam lubang gelap'! …dan kini, apabila berada di dalam lubang itu, saya mula meneroka dan meraba-raba, terhantuk dinding gua, terlanggar batuan stalagmite dan stalagtit… terpijak cicak dan tahi kelawar. Dan kini saya sudah tahu 'terowong kecil' untuk saya keluar dari 'lubang gelap' itu!
Alhamdulillah…. Allah is very kind to me… What else I should ask for? More money? More popular? Haha… All I ask is that Allah will give me more discipline to perform on-time my 5 time Prayers! All I ask is that I can see Allah''s face at the Akhirah… What's more precious than that? Please Allah! Please!
Dan… tentunya saya boleh buat semua kerja bos saya selepas ini…. Haha… Nampaknya saya sudah bersedia untuk naik pangkat kalau begini! (Err.. tidak hendak naik pangkat, hanya mahu naik gaji atau kerja dengan Ministry!)
Dan untuk semua pembaca budiman dan budiwoman… Buku baru daripada kak EKA FAHARA: http://ekafahara.blogspot.com/
Kuintai KABUS KASIH waktu NILAI CINTAMU menyeru BELAIAN JIWA.
Dan kini terimalah: JAWAPAN YANG PASTI! I will say "YES, I DO!"
Juga buku CUMA DIA dari penulis prolifik aka Chef popular: Norzailina Nordin http://norzailina.blogspot.com/ - Saya suka bangat sama IMPIAN TERINDAH… cereka fiksyen romantic yang ngetop! I bought it for myself two years ago!
Monday, June 1, 2009
Bahrain Bay
Rupa tapak projek Bahrain Bay, mula2, macam inilah lebih kurang... panas sangat2 di sini.. kalau ribut pasir, lagilah alamak berkabus dengan pasir dan debu sahaja... kalah jerebu di Malaysia...
Asal tapak projek hanyalah laut... biru bak nilam. Ini sudah mula sedikit tambakan.
lepas itu ditambak... diuji ketahanan tambakan dan pelbagai ujian...
Labels:
kembara di bumi bahrain
Subscribe to:
Posts (Atom)