Monday, May 25, 2009

Gambate Kudasai!

Tengkuk saya sakit.. Bahu saya lenguh... Saya sedang berusaha sekarang.. Betul! Saya betul-betul berusaha! Walaupun payah, saya tetap berdoa, Allah mudahkan.. berusaha dan bersolat, itukan cara orang Islam.. (maknanya, kerja-kerja juga, tapi solat jangan lambat) Saya mesti siapkan! Mesti!

Umur Umar sudah 6 bulan... Alhamdulillah, dia masih menyusu www.susuibu.com . Syukur, rezeki Umar... Sekarang dah mula bekalkan Cerelac pada pengasuh... It's weaning time! Setiap petang bila tiba di rumah yaya, nampak Umar ghairah betul merenung si ikan emas... macam dia berbicara dengan mereka pula... Nak! Itulah ciptaan Yang Maha Esa!

Sekarang Umar tidak sihat... berkat hingus dan batuk dia yang masih bersisa, matanya pula keluar hingus.. kuning dan melekat apabila bangun tidur... kasihan dia saya tengok! Comot betul! saya pasti dia benar-benar tidak selesa. Dua hari lagi ada imunisasi lagi untuk bulan ke enam...

Ya Allah, jika Engkau menduga kesihatan anakku kerana dosa kami Ibu dan Abinya, maka ampunkanlah kami kerana sering cuai dalam beribadat padaMu dan sembuhkanlah anak kami...

p/s: Terima kasih kepada semua yang menyinggah.. yang senyap-senyap ataupun 'berting-tong'! Luv u all!

Thursday, May 21, 2009

The Mama & The Papa


Ini gambar Umar minggu lepas. (Rasa macam sama pula dengan gambar kartun 'mak' kat bawah tu, sebijik! Sudahlah dengan rambut yang 'tiga urat' saja) Kami tengok Abi dia main badminton... Pasukan Kelab Malaysia-Bahrain.

Wah! Abi Umar dapat Naib Juara... sebelum pergi perlawanan itu, saya cakap pada suami saya, "Abang kalau tak menang, saya dan Umar keluar dewan, tau!" Dia cuma gelak... Jauh di sudut hati saya, saya titipkan doa supaya Allah gembirakan suami saya hari itu... Alhamdulillah... Pingat disampaikan oleh Duta Malaysia di Bahrain.

Saya jarang memetik komen pembaca tentang DSA. Semasa meng'google' DSA dalam internet... saya tak sangka banyak feedback dari alam maya yang tersangkut di sesawang ini rupanya... Nanti senang2 saya kongsikan di sini. Begitu juga dalam inbox. Ramai juga adik-adik yang sukakan DSA. Sebagaimana Umar yang sukakannya (hehe... ayat perasan!)

Emel dari The Papa:
Semalam, Amsyar ikut KakMillie beli barang kat kedai runcit kat Saujana Impian – Ai Sha Impian Mart. Tiba-tiba dia nampak buku DSA, terus dia mintak beli. Malam tadi dia kata dia nak bawak buku tu balik Terengganu nak tunjuk.
a) Buku DSA ni, bukan saja kat MPH, bahkan kat kedai runcit jual sayur pun dah ada jual dah!
b) Amsyar dah jadi peminat setia DSA.

Komen dari The Mama di web: http://soho-mama.blogspot.com/
Pagi tadi singgah convenience store kat depan rumah, Amsyar nampak Dunia Sains Aiman (Alam Ria Cuti Sekolah) so dia kata "Ma, Abang nak beli ni..Abang kena beli sebab ni Acik Umi tulis buku ni kan". So pagi tadi dia dok baca je buku tu :)

***Ya! Memang saya teruja! Setiap kali membaca komen pembaca cilik ini, saya akan tersenyum dan kadang-kadang ketawa sendiri... Indah rasa sukma jiwa. Tersemai kepuasan menulis menerima feedback begini.***

Amsyar! Terima kasih kerana menyokong karya Acik Umi! :)
Kepada pembaca/peninggal komen, terima kasih kerana sudi singgah ke sini. :)

(Umar sudah 6 bulan usianya.. Subhanallah... Cepatnya masa beredar..."Dan sesungguhnya, demi masa, manusia itu di dalam kerugian...")

Wednesday, May 6, 2009

Hari ini hati saya kembang setaman... burung juga menyanyi riang...

Judul-Judul Buku Laris yang Sudah Habis Licin dalam Setor PTS dan Menunggu Ulangcetak
dari web: http://universitipts.com/

Berikut adalah judul-judul yang saat ini habis licin dalam setor PTS sedang permintaan dari kedai masih ada:

PTS One Sdn. Bhd.

1. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
2. Tak Bisa Memilihmu
3. Adam Kecil: Hampir Kena Tangkap

4. Dunia Sains Aiman 4: Diari Ramadan Aiman
5. Dunia Sains Aiman 3: Dunia Semut

6. Impiana
7. Sahabat Kole Kacang
2: Jiwa Pendekar
8. Dua Dunia
9. Kembar Terpilih: Jatuh Hati
10. Penyiasat Ekstrovert: Kucing Utusan
11. Emilda

12. Dunia Sains Aiman 2: Jiran Baru -Dari Rusia Ke Malaysia

13. Kaki Bola
14. Si Manis Amni: Sumpahan Tok Malas
15. Rusdin Budak Pintar
16. Untuk Syampoo
17. Siapa Aku?
18. Elergi Tupai Dan Sepet
19. Cerita Antara Kita
20. Adli Di Alam Fantasi: Misi Monyet Putih
21. Dunia Ini Sederhana Kecil
22. Hantu Silap Mata
23. Pelangi Kasih
24. Doa Untuk Aku

25. Dunia Sains Aiman 1: Kereta Solar

26. Nomik: Impian Harlina
27. Bermula Dengan Alif2
8. Mendung Tidak Bererti Hujan
29. Aku Mahu Buli
30. Tekad
31. Aku Mahu Ke New York 1
32. Sherlock Holmes 2: Detektif Yang Penuh Kejutan
33. Puteri Salsabila
34. Gitar Dan Lolipop
35. Adam Kecil: Sakit Gigi
36. Bacakan Saya Satu Cerita
37. Di Mana Abang Saya?

38. Dunia Sains Aiman 5: Alam Ria Cuti Sekolah

39. Dear Yayah 3
40. Aku Mahu Ke New York 2

P/s: Alhamdulillah.. hayat DSA masih panjang rupanya... kesemua siri DSA masih mendapat permintaan kedai buku... Terima kasih ya adik2 yang sudi baca... Err... Mana pergi si Armand ni? tinggal di bawah laut, langsung tak mahu naik-naik, sudah? Siri Aku Mahu dan Dear Yayah, memang meletooops! Cayalah...

Saya harap Puan Ainon mendapat dana sebanyak rm1juta untuk mengulang-cetak buku2 tersebut.. ameen...

Adik-adik, baca buku, memanglah baca ya... tapi masuk waktu solat tu, cepat2 ambil wudhuk tahu! pergi solat! nanti Allah sayang!

Cek royalti siapa paling gemilang?

Saya suka menempek catatan dari blog lain yang saya kira sesuatu yang saya ingin rekodkan. Kalau ikutkan, saya mahu buat link kat sidebar sebelah.. link kepada kawan2 penulis dan kawan2 lama yang saya tahu ada blog atau sumber info yang menarik.

Tapi saya rasa saya tak pandai. percubaan pertama, hasilnya tertulis link alaffc dengan nama yang panjang itu. lepas tu tak berani cuba nak link sudah.. kadang2 sya masuk blog orang dan link dari blog itu... Sebab itulah kadang2 saya menulis dan letak link dalam entry saya.. senang nak u-turn.

Kali ini, sumber: http://universitipts.com/index.php/P120/

10 Penulis PTS Paling Popular bagi Jualan Tahun 2008
1. Ain Maisarah (43,917 naskhah)
2. Dr. Danial Zainal Abidin (23,812 naskhah)
3. Farihah Iskandar (19,538 naskhah)
4. Dr. Tengku Asmadi (18,182 naskhah)
5. Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim (16,914 naskhah)
6. Ezee Rahmani (13,070 naskhah)
7. Ann Wan Seng (9,443 naskhah)
8. Zaid Akhtar (8,835 naskhah)
9. Natasha Effyzal (5,523 naskhah)
10. Aizam Aiman (5,375 naskhah)

Kenapa saya tempek di situ.. hehe.. sebab nama kawan saya tertera kat situ... aduh! cemburu saya padanya!

Jualan 2008: Judul Paling Tinggi Perolehan RM
Berdasarkan data jualan bagi tahun 2008, berikut adalah senarai 50 judul teratas mengikut jumlah perolehan dalam bentuk ringgit dan sen.

Nota: Adalah menjadi dasar pengurusan PTS tidak mendedahkan maklumat kewangan penulis. Semua judul dalam senarai ini terjual melebihi RM75 ribu berdasarkan harga tercetak pada kulit buku. Buku paling laris melepasi nilai suku juta ringgit.

1. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - Prof. Kamil Ibrahim
2. Bacakan Saya Satu Cerita - banyak penulis
3. Minda Muslim Super - Dr. Danial Zainal Abidin
4. Salju Sakinah - Zaid Akhtar
5. Quran Saintifik - Dr. Danial Zainal Abidin
6. 99Q: Kecerdasan Berasaskan Asmaul - Sulaiman Alkumayi
7. Dear Yayah The Diary - Farihah Iskandar
8. Motivasi Alihan Untuk Pelajar - Dr. Tengku Asmadi
9. Terapi Solat Tahajud - Mohammad Salleh
10. Dear Yayah 4 - Farihah Iskandar
11. Bukan Yang Pertama - Salina Ibrahim
12. Tak Bisa Memilihmu - Ain Maisarah
13. Change! - Rhenald Kasali
14. Aku Mahu Teman Tapi Mesra - Ain Maisarah
15. Tip-tip Cemerlang Daripada Quran - Danial Zainal Abidin
16. Tunnels - Roderick Gordon, Brian Williams
17. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif - Dr. Tengku Asmadi
18. Aisyah: Keanggunan Sejati - Sulaiman An-Nadawi
19. Master Your Mind, Design Your Destiny - Adam Khoo, Stuart Tan
20. Aku Mahu Buli - Ain Maisarah
21. Aku Mahu Saiz S - Ain Maisarah
22. Aku Mahu Ke New York - Ain Maisarah

Hehe.. nampaknya, berapalah yang saya dapat tahun ini yer dari buku DSA saya? Nampaknya kena ikut nasihat Puan Ainon ni... buat buku yang jangka hayat rak yang panjang... DAPAT CEK ROYALTI BERULANG-ULANG! hehe...

Persaingan di PTS Semakin Sengit

PTS akan terus menerus menerbitkan buku, dan lebih banyak buku. Ini adalah dasar bisnes PTS yang sudah ditetapkan oleh lembaga pengarah.

Semakin hari PTS semakin berkembang. Sebagai penerbit utama buku-buku komersial Melayu, PTS menjanjikan peningkatan kualiti buku-bukunya.

Jumlah penulis PTS semakin hari semakin banyak. Pada masa ini jumlah penulis PTS sudah mencecah angka 300 orang.

Masing-masing penulis PTS juga semakin banyak menghasilkan manuskrip untuk memenuhi permintaan PTS. Ada sekumpulan penulis PTS yang sangat produktif. Mereka menghasilkan manuskrip secara konsisten, dan ini membolehkan mereka menerbitkan antara 2 - 6 judul setahun, malah ada yang lebih.

Semakin hari PTS menerima semakin banyak proposal dalam bentuk sinopsis karya fiksyen daripada penulis-penulis PTS yang sedia ada. Ini bermakna ada persaingan antara penulis-penulis PTS sendiri.

PTS juga menerima semakin banyak manuskrip fiksyen daripada penulis yang tidak pernah menghadiri kursus PTS, dan belum pernah mempunyai karya dengan PTS.

Sebagai sebuah penerbit komersial, PTS akan memilih manuskrip fiksyen yang mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) Kualiti cerita yang menjanjikan jumlah jualan yang baik.
Kualiti cerita adalah prioriti paling tinggi. Pasaran hanya mahukan cerita yang sedap. Inilah yang menyebabkan PTS mewajibkan penulis menghantar sinopsis yang terperinci sebab editor perlu menilai kualiti cerita terlebih dahulu, yakni sebelum karya itu ditulis.

(ii) Jabatan editorial memilih manuskrip yang murah kos editingnya.
Kualiti bahasa adalah sangat penting. Manuskrip yang memerlukan banyak editing menaikkan kos dan melambatkan jadual pengeluaran. Justeru, semakin 'bersih' sesuatu manuskrip itu, semakin tinggi peluang ia diterima oleh editor yang menilainya.

Ok, sekian sahaja entry saya kali ini... Majulah bahasa Melayu kita... untuk Malaysia juga!

Tuesday, May 5, 2009

Selamat Hari Ibu... Hajjah Napisah Jusoh! I luv u!!!

Tahun ini saya menjadi Ibu... suami sudah ajar Umar sambut hari ibu... bulan lepas dia telah hadiahkan saya kek coklat yang sangattttt sedappppp sempena hari ibu! thanx Abang & Umar!
Hari ini Hari Ibu, Abang saya, Kapten Ahmad Nazulan bagi emel untuk semua adik-beradiknya... rasa nak menangis membaca kebenaran ayat2 ini...

Umar pon kalau menangis... dia akan jerit "Mommm Maaaa!!!" (dan saya membaca ayat2 di bawah dari sudut Umar sendiri... rasa hibanya hati...)
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
p/s: Umar... Ingat pesan Ibu dan Abi ya... jadi anak soleh, taat Allah, taat Rasul, taat Ibu & Abi!

Kenapa Menulis?

Dipetik dari :http://novelcintamelayu.blogdrive.com/ -Yang dalam kurungan tu, tulisan saya...

Dari Meja Carriekirana : Kemilau Dunia Penulisan
Dalam dunia penulisan kreatif, tidak ada salah atau betul. Saya rasa kebanyakan penulis-penulis masih lagi tercari-cari identiti mereka dalam memantapkan lagi karya mereka. Dan, seseorang penulis tidak dapat lari daripada memiliki jiwa yang sensitif. Itu lumrah orang kreatif.

(Betul2... jiwa penulis ni memang sensitif.. tapi kena kental... bila nangis, kena kesat air mata.. lepas tu senyum balik dan melangkah semula)

Tetapi, berjuang untuk sebuah penulisan dalam lambakan novel-novel di pasaran adalah sama dengan berjuang dalam bidang yang lain. Penulis harus ada jiwa yang kental dan telinga kuali yang tebal, menahan setiap lontaran komen yang diajukan oleh peminat/pembaca karya mereka. Jiwa yang lemah akan lemas dihanyut terus ke lautan lepas. Tenggelam. Jiwa penulis yang gigih dan tidak mengenal erti kalah akan membuka pintu-pintu peluang keemasan.

(Saya kena ambik kata2 ni untuk semangat QS sya... kadang2 memang rasa nak give-up jer... tak laratlah nak buat keje qs lagi... tapi kalau tak keje QS saya nak keje apa? Nak jadi full time SOHO pun saya tak boleh sebab saya bukan jenis yang disiplin tinggi.. kalau tak duk ofis macam ni, memang melangut jerlah duk rumah)

Penulis-penulis yang lama berkecimpung dalam dunia penulisan yang masih kekal bertahan adalah mereka yang berjiwa kental dan tidak henti-henti menulis mengikut acuan mereka meski dilanda sepak terajang kata-kata tajam menghiris daripada persekitaran mereka. Lalu, mereka ini menjadi kebal dan terus menulis, mencari ruang untuk nama mereka bertapak. Dan, mereka mempunyai golongan pembaca yang masih setia.

(Saya menulis bukan untuk kumpul peminat atau mejadi popular kerananya... saya menulis kerana sebab yang tak matang, iaitu.. suka-suka... lama-lama jadi sumber duit bayar hutang-piutang! Hehe... duit royaltilah yang saya guna buat bayar PTPTN (Juga, tambah dengan duit hantaran kahwin... orang lain beli barang kemas, saya guna duit hantaran untuk jelaskan hutang). Adik beradik saya mostly dapat biasiswa belajar, tetapi sebab saya ni dalam golongan yang tak-lah-pandai-sangat- maka, saya kenalah belajar guna pinjaman kerajaan.)

Inilah yang saya perhatikan di Pesta Buku. Ramlee Awang Murshid yang dihentam kerana penulisannya tetap mennghasilkan karya dan mempunyai kelab peminatnya; Norhayati Berahim yang sudah melalui penat jerih dalam bidang penulisan masih lagi menulis secara aktif dan membuka boothnya sendiri untuk peminat-peminatnya yang datang dari pelbagai lapisan; mungkin ada juga penulis-penulis lain yang masih lagi gigih berkarya walaupun dihenyak atau dilontar dengan pelbagai label.

(Ya! Ya! Saya juga kagum dengan mereka ni.. Gifted. Mereka bukan orang yang tewas... merekalah ikon-ikon penulis yang wajar dicontohi... saya bukan ingin menjadi seperti mereka. Saya tetap saya, penulis yang biasa-biasa... pun bukan bercita-cita besar untuk kaya raya. Saya... ada yang kenal, ramai yang tak kenal... tapi tak mengapa, sebab suami saya tetap gembira dengan siapa juga diri saya. Keluarga tetap berlapang dada dengan siapa saja saya.. yanag penting, jangan susahkan sesiapa!

Dan saya sentiasa ingatkan diri, "Peliharakanlah solat.. itulah yang lebih utama!")

Dipetik dari: http://saifulislam.com/?p=5438#more-5438 -Bila membaca entry dari web ini, saya akan terus, check-and-balance semula apa yang saya buat... i always like to follow this web... Menulis bukan untuk memberitahu, tetapi untuk mencetus mahu! Kembara insan mencari Tuhan!

"Makin ramai yang beli buku, makin berat rasa beban di kepala dan jiwa.Terasa makin besar tanggungjawab, kerana setiap sen yang dilaburkan pembeli, adalah dengan niat untuk mencari apa yang mereka cari. Ilmu, panduan, kebaikan, petunjuk, motivasi… semua yang diperlukan untuk hidup lebih baik daripada semalam.

Kesediaan masyarakat kita untuk membaca, melabur duit membeli buku di era recession ini, adalah suatu petanda yang baik ke arah transformasi jati diri… namun besarlah tanggungjawab penulis, penerbit dan sekalian yang mendukung kalimah dakwah, menghasilkan karya yang sebaik mungkin."

Pandangan saya dari Bahrain Bay Site Office, pula...

Boleh kata pandangan saya jauh tak matang berbanding mereka yang saya ceduk dari web mereka... kalau saya dengan kawan baik, dengan keluarga dan suami... saya akan tanpa segan silu bagitahu.. saya menulis suka-suka.. syok-syok.. saja-saja... hmm memang jawapan tak matang kan?

Saya tak rasa hobi saya menulis, sebab saya tidak menulis secara konsisten, pada waktu dan masa yang terjadual.. sekarang lagilah! Dengan Umar yang tersenyum simpul dan gelak tawanya, buat saya tenggelam terus, tak menulis...

Cuma lately saja suami sering benar mengingatkan, menulis sayang! Menulis! Bila saya cakap jer nak menulis (kadang-kadang, jokingly said) dia akan terus ambil Umar dan kesediannya untuk menjaga Umar sementara saya menulis... dia tidurkan Umar atau temankan saya di ruang tamu... supaya saya rasa tidak terganggu... atau rasa takut keseorangan.

Kesimpulannya kalau saya menulis juga, adalah kerana rasa bersalah saya pada suami yang tidak 'kering gusi dan kontang airliur' untuk mengingati saya yang saya sebenarnya seorang penulis!

Kenapa saya menulis yer?
Menulis blog? Saja suka-suka.. kadang2 nak hilang stress jer... cara berhubung dengan kawan-kawan dan terasa ada circle of friends bila menulis di blog.

Menulis buku? Hmm... rasa seronok bila tengok buku sendiri kut. Rasa seronok mendapat cek royalti adalah perkara yang menjadi sebahagian daripadanya. Selebihnya, bila saya menulis saya rasa saya sebahagian daripada dunia penulisan di Malaysia.

One fine day, maybe i will tell Umar, "Been there...seen that and done that...." Fullstop.
Oh! Son.. be better than me, ok! Pintar macam Luqman-Hakim- pintar agama, pintar ikhtiar hidup!

p/s: terima kasih kepada semua yang singgah ke sini. Luv you all!