Thursday, April 30, 2009

One more Entry...

Baiklah, satu lagi entry untuk April... wah! Aktifnya April Snow saya... banyak entry! bukti kerja yang entah apa-apa...
Saya sukakan benda2 yang fancy.. ceria, menarik... tersendiri...
Sesiapa yang bercadang nak buat hantaran kahwin atau apa saja aktiviti, bolehlah buat tempahan di sini: http://www.azgiftbaskets.com.my/
Owner dia adalah seorang SOHO-Mama... Small-Office-Home-Office! Siapa cakap surirumah tak sibuk?
Ini sebahagian hantaran kahwin saya dulu.. Tema: Kupu-Kupu di Udara...

Yang Ini pula sebahagian Hantaran tunang: Tema- Puspa Kembang Setaman... i always like putih gading dengan merah hati... macam warna lovely lace.. kombinasi yang memarakkan rasa cinta dariku untuk si dia yang kini dah jadi laki pun! hehe... lagi semarak cinta!

Dan Ini Hantaran adik saya masa akad nikah dia dulu: Peti Kotak Harta Karun... Dia bagi buku... ilmuan betul!
Ok, that's all.. bukan selalu saya dapat update entry banyak2 gini... mungkin lepas ni semput balik! tapi satu saja saya nak pesan pada semua pembaca blog ini dan juga pelawat yang menyinggah....
"Bertakwalah pada Allah... Peliharakanlah solat dan lindungilah orang yang lemah di kalangan kamu..."
Jadi, kalau dah masuk waktu solat tu, dahlah ber-blogging tu... pergi ambil wudhuk! Subuh tu, belajar2lah solat di awal waktu... kan solat lebih baik dari tidur... hehe...

Ulangtahun

Selamat Hari Pekerja...
Malam ni dinner saya tak masak, lately balik lambat... dan penat... dan tak de mood nak masak... minggu ni rasanya banyk beli kat kantin jer makanan dinner saya sekeluarga...
Malam ini, saya akan jamu suami saya dengan nasi putih, itik panggang, ayam cendawan, daging bonsai, terung hijau... hahaha... berbekas2 makanan saya beli tadi....
Ini untuk menghargai diri sendiri sebagai pekerja... ya! dah bertahun kami menjadi pekerja!
dan saya nak hadiahkan suami saya setingkat kek yang paling besar kat bawah ni untuk dia, sebab rajin tukar lampin Umar dan selalu mandikan Umar...
Dipetik dari laman web Zurina's Kek ini: http://www.geocities.com/zauqi/wedding/index.html#

(Ohh... Kek ini sesuai untuk ulangtahun setahun kami bekerja di Bahrain. April, Tahun lepas saya datang Bahrain, Umar baru 6 minggu dalam kandungan.. sekarang.. aduh! Dah jadi Young Man!)

P/s: Entry ini ditulis semasa saya tengah sangat2 banyak kerja.. hingga tak tahu nak buat apa! Tension-nyerrrrrrrrrrrrrr! Go Back and rest! (Badan saja yang rehat.. tapi otak ligat fikir kerja lagi... Ish! tak laratnyer! Aduh!)

Tuesday, April 28, 2009

cupcakekasih

Oh ya, saya memang suka pergi web masak memasak... like: http://www.myresipi.com/
Ini web favourite saya... kalau blank nak masak apa, inilah web rujukan saya.... biasanya sebelum balik, mesti singgah sini jap, nak cek bahan2 kat umah cukup tak nak masak...

Hari tu boleh buat kerepok lekor lagi... tapi lekornya pendek lah.. dan keropok tu macam kenyal... bukan liat, tapi kenyal! nasib baik rasanya di tekak saya ok... boleh lepas! next time kena guna tepung sago saja kut.

Lepas tu saya suka sangat2, lawat web yang ada gambar kek dan kapkek! memang gila tengok design yang cantik2 dan lawa2... paling saya suka web ini: http://sayasukacupcake.blogspot.com/

Memang cun giler design dia. Detail dan kemas! memang salute betul pada kakak ni...
Sebab saya duk jauh ke sini, nak order pun susah.. tapi hati saya dah terdetik, macam nak bagi hadiah juga kek ni pada orang2 yang saya sayang!
Untuk Bonda di Terengganu... moden sangat beg ni, cari design klasik, tak de plak...
Untuk suami ter-Chinta.... yang suka sangat dengan bola dan result bola...
Untuk anakanda ter-Chinta, Umar yang soleh...
Untuk diri sendiri yang suka sangat patung comel2 ni...
Juga untuk diri sendiri lagi satu, sebab masa kecik tak pernah dapat barbie doll yang cantik comel macam ni.. terpaksalah hadiahkan untuk diri sendiri saja!
Jadi siapa2 nak buat pesanan, bolehlah melayari blog kapkekkasih ini... InsyaAllah, saya pun nak order nanti.. hehe... :)

Sunday, April 26, 2009

Talqin

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai fulan Bin fulan, wahai fulan Bin fulan, wahai fulan Bin fulan, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Wahai fulan Bin fulan tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

wahai fulan Bin fulan, bahawasenya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Al-Fatihah..

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.”Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat.

disalin dari blog ini:
http://heliconia.wordpress.com

p/s: terima kasih semua yang sudi menyinggah ke sini... luv u all!

Sunday, April 19, 2009

Karya Hayat Panjang

QS...
Memang bukan dalam minda semasa belajar dahulu.. boleh kata tercampak sebenarnya... Alhamdulillah, Allah beri saya bidang kerja yang menarik ini... makin dilolosi bidang ini, makin mulus pula rasanya...

Penulis...
Tak tercita-cita saya menjadi penulis dahulu.. mula2 hanya sekadar meninta pena di atas kertas kajang, mana tahu nilai komersial ada pada garapan tersebut... dengan itu terhasillah Novel Cinta pertama saya dengan Alaf21...

Seorang kawan baik/editor/penulis mengajak saya ke satu bengkel menulis di Janda Baik... ya! Di situlah bermulanya saya dengan manuskrip pertama Dunia Sains Aiman...
Untuk dia, dia sebenarnya menjadi sifu saya dalam bidang ini secara tak rasmi. Hormat saya padanya kerana 'passion' dia yang jauh menyimpang dari ijazah yang digenggam.

Saya sukakan pesta buku, walaupun dari jauh, tempiasnya tetap terasa pada diri saya... saya suka tengok gelagat orang membeli buku. Begitu teruja jika ada seorang pembeli yang membeli buku sendiri! Itulah nikmat menjadi penulis.. Memetik tulisan Puan Ainon di dalam kuliahnya di: http://universitipts.com/

"Penerbit hanya mahukan buku-buku yang panjang hayat raknya. Buku-buku jenis ini amat menguntungkan. Justeru pengarang perlu menghasilkan manuskrip yang hayat raknya panjang... sangat panjang! "

Saya juga tertarik dengan ayat ini:

"Ada faktor-faktor yang menyebabkan hayat rak sesuatu buku itu panjang ataupun pendek. Yang ini pengarang mesti tahu dan ambil serius, sebab jika hayat rak bukunya pendek, rezeki pengarang pun pendek, sebab cek royalti cuma datang sekali sahaja.

Salah satu faktor yang memendekkan hayat rak karya fiksyen adalah bahasa rendah yang digunakan dalam buku. Novel-novel yang dialognya ditulis menggunakan bahasa cakap harian tidak dapat bertahan lama dalam pasaran, sebab fitrah bahasa cakap harian adalah trendy, cepat berubah, cepat basi."

Hmm….
Saya juga harus menghasilkan produk yang bernyawa panjang, bukannya bernyawa2 ikan… hehe… Entry ini, sekali lagi sempena Pesta Buku 2009...

5 BINTANG UNTUK HORIZON CINTA

Puteri Salju Seremban,
N. Sembilan

TAHNIAH adalah ucapan ikhlas dari saya untuk penulis UMI AZRINI. Sebenarnya saya baru sahaja selesai membaca novel terbaru beliau bertajuk HORIZON CINTA. Tanpa berselindung, saya berikan 5 bintang untuk novel ini kerana ini adalah novel pertama nukilan beliau yang saya baca. Dalam masa setengah hari sahaja saya telah menyelesaikan bacaan saya. Saya begitu teruja dan tertarik untuk mengetahui cerita selanjutnya. Bab demi bab… memang satu pengembaraan pembacaan yang menyeronokkan!

Kisah Zara dan Kapten Zariz... membuatkan saya tersenyum sendirian semasa membacanya. Kedua-dua watak tersebut sungguh nakal. Jalan ceritanya yang gila-gila, watak Zariz yang ada kalanya romantik, serius dan nakal di dalam sebuah kapal kargo apabila bertemu dengan Zara. Watak Zara, seorang gadis yang lincah dan peramah ada kalanya pula bertindak mengikut perasaan dan membuat keputusan tanpa usul periksa. Bila bertemu, bertingkah bagai anjing dan kucing… so sweet!

Saya tidak teragak-agak untuk mendapatkan novel lain nukilan UMI AZRINI. Hasil tulisan beliau berkualiti dan harap teruskan usaha anda untuk keluaran novel yang seterusnya. Semoga berjaya!

dipetik dari: http://www.alaf21.com.my/page22.htm

p/s: Alhamdulillah, HC menerima banyak komen dari luar sana...95% adalah positif! 5% yang negatif itu datangnya dari saya sendiri! Nanti senang2, saya post-kan sebagai entry untuk kongsikan emel/blog komen pembaca. ada yang tulis emel panjang lebar- saya suka membacanya... ada yang pendek, dua ayat saja! Terima kasih banyak2 kepada pembaca HC. Terutama kepada mak saya yang sangat sukakan HC. Katanya, "Horizon Cinta ni lebih best dari Sejujur Hatimu!" (Anyway, teste orang berbeza...)

Jadi, apa kata, dapatkan HC dan SH (yang sudah diulangcetak banyak kali... tak ingat berapa...)

Umi Azrini menjual buku...

Pertama2nya saya memang respek sangat2 penulis yang jual buku mereka sendiri. Sebab seorang jutawan Malaysia- Azizi Ali, pernah bagitahu saya... penulis adalah promoter bukunya sendiri! Go and promote!

Jadi yang masuk list saya: www.ainmaisarah.blogspot.com www.lilyhaslinanasir.blogspot.com www.aizam-aiman.blospot.com www.roseharissa.blogspot.com. Okey! They gain my respect coz they- as a writer know they have to promote themselves! You Go Ladies!

Anyway, Umi Azrini bukan jual buku... dia tolong beli buku untuk kawan kepada Abang dia yang berada di Malaysia saja.... Kebetulan naskah buku yang dia hendak itu beribu pejabat di Bahrain! Patutlah Abang saya sering menemani kawan dia yang tinggal di Bangi untuk ke Dubai... sayapun tak pernah sampai Dubai lagi... rupa2nya, Abang saya ke Pesta Buku.. membeli buku2... Arab, dari seluruh Semenanjung Arab!

Aduh! Saya? Bahasa Arab setakat nak taaruf tu, ingatlah.. nak baca buku Arab? Abang saya nan sorang ni, siap langgan astro saluran arab lagi.. pastu kalau benda kelakar, dia sorang saja yang ketawa.. orang lain terpinga2.. sebab dia sorang saja faham!

Kawan dia ni kontraktor buku rupanya... sayapun tak tahu... lepas diminta untuk membelikan buku Shariah-apa-benda-entah, baru saya tahu... dan buku tu bukannya murah! Satu buku nilainya USD 125! Kena shipping kos plak dalam USD30 sebuah!
Mahalnya buku ilmiah tu! (sebab tu umi azrini dulu, kerjanya masa di universiti, fotostat buku pelajaran yang dipinjam dari orang atau pustaka saja, sebab nak cut-cost) And those books probably will go to all the universites in Malaysia, insyaAllah!

Entry ini sempena Pesta Buku 2009.. Jom penulis raikan karya sendiri! Dan Pembaca, raikan hasil tulisan mantap Dunia Buku dan Penulisan Malaysia! (umi azrini teringin memiliki buku karya www.saifulislam.com bertajuk: Bercinta Hingga Ke Syurga dan Aku Terima Nikahnya)

Wednesday, April 15, 2009

Sampai hati betul!!! Bagi sayalah bayi tu!

MasyaAllah... Punyalah comel bayi.. sampai hati betul mak dia buang dengan dihurung semut begitu....

D Journey...

d 'yellow'
d 'tupai-tupai'
d 'are you ready, Abi? Ibu?'
d 'classmates/ qs / future qs'

D Journey... again

d 'thank you!
d ' i miss ayah face'
d 'fish spa'
d 'yellow, red, blue and pink'
d 'future'
d 'blue.. sky and sea'

More.. D Journey

d 'happy hour everyone!'
d 'it's okey, i wait here!'
d 'mickey'
d ' think you are okey, dear!' d 'you are safe dear!'
d 'pacifier'

D Journey... continues...

d 'QS'
d 'Lecturer Tamadun Islam'
d 'Doctor'
d 'COO Pos Laju'
d' Architect & Interior Designer'

Suddenly i feel like putting photos: 'D Journey'

d 'anywhere i can sleep'
d 'anak baba'
d 'i'm good' d 'Pasar Khadijah'
d 'Pantai Mengabang Telipot'

Tuesday, April 14, 2009

Bayi Anda!

Kak mimi, Umar sihat dan gagah perkasa sekarang! hehe... apa tak gagahnya? masaj bodi segala... hari2 minum susu S26 dan susuibu. ibu makan nasi, dia makan nasi, ibu makan keropok lekor, diapun merasa keropok lekor...

Dulu saya tak percaya, orang tua cakap, susu kiri dan kanan lain2.. kiri air, kanan nasi... sekarang, menengok telatah Umar, rasanya percaya juga kut... kadang2 dia nak susu kiri jer... kadang2 dia nak kanan jer... kadang2 dua2 dia nak....

Tadi terbaca pasal telatah baby2 dalam http://www.susuibu.com/ ... saya suka melawat ke sini. belajar dari pengalaman orang macam mana handle baby dan etc...
sya nak komen kat situ tak boleh, jadi saya tulis lah dekat blog sendiri.

eh, memang betullah!
Umar pun tak boleh letak sendiri. kalau letak jer, 5 minit dia akan terjaga... malam pun macam tu... masa dalam 40 hari ari tu lagi dasyat.... asal aja masuk maghrib hingga ke isyak... aduh mak! dia akan meraung semahu2nya... sampai kita panik betul! hari2 macam tu, sampai saya akan risau bila masuk pukul 4.30 petang....

Jenuhlah mak saya, abi umar duk selawat lah dengan zikir segala.... bila dia dah penat, barulah dia berenti... memang kadang2 rasa mcm tak percaya orang lain boleh menempuh situasi begitu dengan baby... dahlah masa pantang kita tak berapa nak kuat, tapi segala2 dah berlalu... bila2 dikenang, rasanya.... penuh pelbagai rasa hingga tak terkata!

Alhamdulillah, lepas pantang, malam2 dia dah tak meraung macam dulu lagi... syukur sangat! setakat nangis2 manja tu, boleh tahan lagilah... tapi kalau hujung minggu di rumah, dia memang tak tidur siang kalau saya tak kepit dia bawah ketiak saya. jadi, memang susah untuk saya melakukan kerja2 lain sebab Umar mahu sentiasa ditemani.

Sekarang pun, kalau balik dari rumah yaya, dia tak boleh diletak langsung... macam nak rebel balik masa kita seharian yang tak de dengan dia... dia nak dikepit saja... saya pun tak sangka yang Umar akan lebih manja dengan saya. sebab masa pantang, rasanya Abi dia yang lebih take care Umar sebab ibunya tak larat.

Pengalaman betul menjaga anak pertama... bila nak naik flight, 1st time cuba bagi pacifier, tapi langsung dia tak nak.... kalau dengan saya, langsung botol susu dia tak nak. mula2 risau sangat, takut nak tinggal rumah yaya. abinya sampai siap paksa2 Umar minum susu botol, sampai Umar meraung dan merah muka dan panas kepala.... sudahnya kat rumah memang Umar baikot susu botol.

Alhamdulillah sgt2... sekurang2-nya Umar tahu di mana dia... kat umah yaya= susubotol, umah ibu-abi= susuibu!

Oh ya! Happy hour Umar adalah waktu mandi! oh, dia sungguh suka mandi dan bermain air. selalunya Abi lah yang mandikan dia... baiknya Abi, swimming dengan Umar! lepas tu pakaikan baju, pakaikan lampin... thanx Abang!

Lepas tu, dah wangi2, pas pada ibu, ibu pulak ambik turn susukan Umar... Abi pulak layan Prison break.
Hehe... Dyiha Zafira pun tengok prison break rupanya... geng lah kita! lawatilah dia di:
http://www.violet-azure.blogspot.com/
Dhiya, seorang kawan saya sangat meminati Rindu Belum Berhenti nukilan Dhiya. Bila dia puji ari tu, saya sungguh terkejut sebab sikapnya yang jarang memuji! Tahniah untuk manuskrip yang ketiga dah siap!

Kak Mimi, sekarang Umar dah baca iqra buku 6! Haha.... tak lama lagi hafal surah yasin dan doa matsurat segalalah nampaknya! maklumlah, Umar bagi tahu saya pagi tadi, dia nak jadi Imam of the community! hehe...

p/s: terima kasih banyak2 kepada pengomen buku2 tulisan saya(kanak2 & dewasa), dalam shout box, dalam mesej box, dalam inbox... saya sangat2 hargai komen2 tersebut! Juga buat kawan2 yang datang menyinggah ke sini... especially zah & tikah dan whom-cannot-be-named-here! luv u all!

Monday, April 13, 2009

Ujian Memori

Gambar ni tak de kena mengena dengan saya pun... tapi si baju merah tu, nampak cantik pulak dalam gambar ni. dan dia cuba memperkenalkan pada saya 'bakal raja di hatinya'.

InsyaAllah, jika jodohnya dengan lelaki itu...
Jangan lupa masakkan saya kek keju coklat paling sedap, dengan soto dan lontong ya!
Dan jangan lupa nasi minyaknya kenalah warna warni macam saya punya!


Oh ya!
Ini gambar form 3...
Tudung litup putih bersih... hehe...
(Sumber foto adalah dari: http://nueazzahra.blogspot.com/ . sori zah, saya cilok gambar ni dr blog. lupa plak tulis semalam)

Meh nak test daya ingatan ni....
yuswandy, fadhil, fairudin, nizam, fendi, izzat, fakhrus, ?, zulkarnain, ????, ann... tikah, nadia, naimah, zah, salisa, ?, fazlinawati, roselina, ?, rosmaini, hamidah, diana, zunaidah,norliana, junainah, ?, jann, marini, cikgu roseelina, sara, umi, jah, latifah.

Nampaknya saya tak berjaya 100% dalam test ini...
Let me list down, kawan2 sekolah dulu yg saya tahu ada blog sendiri...

http://nueazzahra.blogspot.com/
http://nuratikahseman.blogspot.com/
http://jannatuladnin.blogspot.com/
http://amdang81.blogspot.com/

Hehe... yang lain saya tak tahu...
tapi rasanya kawan2 skolah dulu, semuanya menjadi orang yang berguna pada masyarakat belaka...

Susahnya... 2

Jadi Qs pun dah susah,
Jadi penulis, lagi susah,
Jadi isteri pun ada kesusahannya,
Jadi Ibu pula bertambah susahnya.

...Alhamdulillah ada suami yang banyak membantu...
fizikal, mental.. emosi dan segala!

Harusnya dalam hidup, apa saja yang tidak susah?
Hidup sendiri lagiiiiiiiiii payah!

susahnya...

Tiba-tiba..
Rasa susahnyalah buat kerja QS ni...

Dah dekat 7 tahun saya jadi QS. tahun 2003 grad, terus kerja sebagai qs...
tahun pertama rasa susahnya jadi qs... dari buku nak adapt kepada practical....

Lepas tu, tahun seterusnya.. senang jer qs ni... ulang alik... buat benda sama jer.... modern math pun yang kita belajar tu jer... bukan macam add math, yg pelik2.. dgn fungsi segala tu...

Tapi tiba2 sekarang...
rasa susahnya jadi qs ni...

am i at the bottle-neck?
Letihnya...

Thursday, April 9, 2009

Bicara Buku Armand 2

REZEKI

Esok Jumaat... cost report, masih belum sya master lagi... tak lama lagi bos nak bercuti.. mood bos pun nampak tak baik, malas nak tanya banyak2...

"Buku Langkah Pertama Ke Dunia Baru terpilih untuk projek PNM (Perpustakaan Negara Malaysia). PNM nak beli banyak. Nanti kalau ada orang sms/kol, sila jawab!"

Itu bunyi sms yang saya terima 2 hari sebelum beranakkan Umar. Terus saya hubungi suami. Teruja menerima khabar itu... agaknya rezeki Umar...

Dua hari selepas beranak saya terima emel... (lebih kurang gini isinya)

"Maaf Cik Umi. Pihak kami terpaksa membatalkan kemasukan buku Langkah Pertama Ke Dunia Baru kerana anda berada di Bahrain. Sukar untuk menandatangani Surat Tawaran oleh PNM"

Saya tergamam seketika...
kemudian.... Saya baling semua barang atas meja, dan pecahkan pinggan mangkuk dan patahkan pintu rumah dan kaki meja.... Meroyan!

Hahaha... Tak delah.... Saya gelak jer... bagitahu suami, dia juga terdiam... lepas itu saya pandang Umar yang masih merah lagi.... "Tak de rezeki, nak..."

Ya..
Cakap pasal rezeki, dulu saya selalu fikir... bila lahir anak, orang selalu dapat duit lebih ke, naik pangkat ke... orang cakap itu rezeki anak... saya pula, lepas lahir Umar, senarai buku Armand dikeluarkan atas sebab yang dinyatakan... terlepaskah rezeki saya? Terpulang pada definasi masing-masing...

Alhamdulillah, sebagai Ibu yang bekerja, Allah anugerahkan rezeki lain yang saya benar-benar perlukan... Umar di rumah tidak minum susu botol... sungguh saya risau meningglkannya di rumah yaya (pengasuh- dalam bahasa tagalog) dia juga pantang diletak sendiri apabila di rumah.. Saya memangkunya sepanjang hari, rotate dengan Abi-nya. Memang penat, apatah lagi pertama kali menjadi Ibu, rasa bagaikan kejutan budaya sahaja... Namun di rumah yaya, yang dilaporkan berbeza dengan imaginasi saya sebelum ini, seperti: meraung.. menangis... hendak berdukung sahaja...

Lahirnya Umar dan segala onak cabaran yang datang setiap hari... saya sungguh syukur pada Allah yang sentiasa melindungi saya dan kami tiga beranak... Lama kelamaan, saya kian sedar, rezeki bukan hanya dari duit, makanan atau sebarang bentuk material yang boleh saya tengok....
Allah sungguh Maha Pemurah... Dia mudahkan urusan saya setiap hari... banyak yang saya lalui, sampai saya sendiri tidak sempat catat dalam memori... Segala-gala yang saya tempuhi, berlalu begitu, hari demi hari...

Jatuh bangun kami, Allah sering melorongkan jalan.. satu persatu Allah tunjukkan... saat saya sedih dan rasa sungguh tak keruan... Rasa jalan mati yang ada di hadapan, 'ting' kabus berlalu dan saya nampak jalan lain...

Perkara-perkara yang 'worse-case-scenario' yang pernah saya bayangkan.. menjadi ringan.... ya Allah.. apalagi yang saya mahukan? Rezeki yang bagaimana lagikah yang saya tagihkan, selain daripada dipermudahkan urusan hidup saya...

Bila mencatat nikmat Allah bagi pada saya, rasa sungguh kufur diri ini jika melewatkan-lewatkan solat... rasa sungguh kufur hati ini, jika masih mengenangkan apa yang saya tak dapat sedangkan terbentang seluas-luasnya nikmat yang Allah bagi pada saya setiap saat....

Dalam doa dan air mata... saya takut melalui hidup ini sendirian tanpa bimbingan Allah... kadang, bila hati ini walang, saya kol ibu di kampung, mengadu dalam talian-hayat...

Pesan emak, "Allah-lah sebaik-baik Pelindung!"
Rasanya itulah yang mampu emak saya katakan, sebab memang dari jauh, apa sajakah yang dia boleh tolong? Doa? Ya! Doa!
Namun sepotong kata-kata emak saya itulah yang membuatkan saya menitis air mata. Sebak rasa dada... Ya! Allah jualah sebaik-baik Pelindung dan Pemberi rezeki... Ar-Razzak!

Setiap hari menghantar Umar ke rumah yaya... doa saya 'tawakkal tu al'Allah..'. mengiringi setiap anak tangga yang saya panjat... ibu mana tak risau meninggalkan anaknya di rumah orang...

Hahaha... mesti adik-adik pening, kan? Apalah... isu lain, cerita lain pula...Melalut, cerita pasal rezeki.... Hmm... Bukan, dik! Sebab hal ini akan saya ingar bila saya pandang buku Armand... PNM oh PNM! Mungkin lain kali, untuk buku lain...

ILHAM

Saya sudah lama mendapat ilham untuk menulis buku pasal Atlantis... rasanya tahun 2006. Semasa membaca artikel dalam akhbar tentang Dunia Atlantis, saya sudah mula merangkanya... Jika ada yang membandingkannya dengan cerita Harry Potter, itu terpulang pada persepsi masing-masing. Buat saya, i take it as a compliment!

JK Rowling memberi kebenaran pada saya untuk menulis versi Melayu Harry Potter dalam lewat sms yang saya terima tahun lepas....
Hahaha... Tak delah...

Sebut HP, saya mesti ingat arkitek saya di Penang dahulu. Dia juga gilakan HP... Masa HP last episod nak keluar, saya beria-ia tempah di Popular dengan wang cagaran RM50.. Hari pelancaran baru tahu Tesco jual murah giler... Berapa ya? RM60 ke? Lupa! Saya pergi balik Popular dan minta duit saya, kemudian pergi Tesco, beli satu dengan harga yang berkali ganda murahnya!

Dunia Atlantis memnag sudah terlakar dalam minda saya, dan itulah yang saya cuba wujudkan dalam buku Armand. Masa ada orang komen buku Armand macam HP, saya tergamam sebentar... saya cuba memperhalusi plot dan karakter buku Armand untuk memahami komen mereka.
Eh? Buku Armand tiada ahli sihir, tiada permainan quiditch, tiada entah apa lagi yang menjadi key-words HP... Dunia Atlantis di dalam laut... high-tech... dan sebenarnya jika disambung dengan siri kedua nanti, mungkin adik-adik akan lebih jelas yang dalam buku Armand, tiada Voldemort!

Ok, karakter...
Entah kenapa, buku kanak-kanak saya tercenderung menulis untuk watak lelaki... Aiman.. Armand... rasanya lepas ni nak tulis guna watak perempuan pulak lah... Nafis Aiman! Ok tak?
Mungkin sebab watak lelaki paling popular ketika itu adalah HP, makanya ada tempias terkena pada watak Armand.
Tapi saya tak salahkan Armand, kesian dia... dahlah anak yatim, pastu dikatakan seperti HP pula... dahlah tiada tongakt sakti, diapun tak tahu kewujudan HP...

Hmm... nak jelaskan lagi?
Tak larat dah nak menulis... kalau suka, bacalah...kalau rasa tak suka dengan Armand tu, tak payah bacapun tak mengapa... tak payah nak keliru-keliru... banyak lagi perkara dalam dunia ini mengelirukan...

Harap pembaca Sejujur Hatimu tidak keliru dengan Horizon Cinta!

I rest my case...

P/S:
Sebut pasal PNM saya akan teringatkan penulis PTS ini. Sebab rasanya buku dia juga terpilih untuk projek PNM dulu... dia ada hasilkan karya terbaru, jadi dapatkan di booth PTS dalam Pesta buku nanti ya... http://natashaeffyzal.blogspot.com/


Dan saya sudah dapatkan Dear Yayah-The Diary sebagai hadiah untuk adik ipar- Nafis Aiman... dia sukaaaaaaaaaa sangat! Sayapun suka. Adik-adik bila lagi? Dia ada buku baru, lawatilah kak yayah di sini: http://farihah-iskandar.blogspot.com/

Dan kak Lily Haslina... Tiada istilah kecil-kecilan dalam sebuah buku yang terbit, kerana setiap karya melalui perit getir yang sama dalam menghasilkannya... Jadi apa lagi? Dapatkan karya Lily Haslina, Aku Bukan Superstar, ni dik!

Semalam mimpi Aizam Aiman diserbu peminat! hehe...

Sunday, April 5, 2009

Ketakutan yang tiba-tiba

Di celah-celah kesibukan kerja yang berlambak, bos pula hendak bercuti... rakan kerja juga hendak bercuti... saya jadi takut... celah lubang masa yang sedikit ini, saya menulis entry ini...

Kenapa saya rasakan masa begitu suntuk sekarang?
Terasa bagai diperhambat oleh malaikat maut masuk ke lubang kubur!

Mengajikah saya semalam? Menangiskah saya kerana takutkan neraka semalam? Merayukah saya pada Allah akan syurga Firdaus-Nya semalam?
Awalkah subuh saya pagi tadi? Solat saya di awal waktukah selama ini? Suami saya gembira atau tidak dengan saya? Adakah saya sering menyusahkan dia? Atau adakah dia berkecil hati dengan saya akan perkara yang saya tidak perasan melukakannya? Ibu saya di kampung, redhakah dia dengan saya?

Atau saya masih merintih pada perkara yang sama... duit yang tak pernah-pernah cukup... kerja yang tak pernah2 siap... manuskrip yang belum sudah... dugaan yang tak pernah kering... kemudian mengeluh... cepatnya masa berlalu...

Dengan amal yang sedikit ini, akan terangkah kubur saya nanti? atau malap dan kelam seperti malam tanpa bulan? Dilawat malaikat mungkar dan nakir membawa persoalan Rabb... yang bukan boleh ditanda dengan pencil 2B... atau dihitamkan mana yang betul! Akan beradu dengan amankah seperti pengantin baru... atau sentiasa ngeri dengan azab berat... tiba-tiba saya jadi takut! Sangat2 takut!

Saturday, April 4, 2009

Bicara Buku Armand


Banyak yang saya ingin bicarakan tentang buku Armand ini...
banyak berlaku di sebalik tabir...
juga banyak emel yang saya terima (walaupun banyak yang tak sempat saya jawab)
adik-adik yang tertanya2.. nanti akak tulis ya..
sekarang nak kena siapkan payment ceritificate and final account contractor dulu... nanti akak cerita tentang buku ini dan jawab keraguan adik2 ya!

********************************

Dapatkan di Pesta Buku April 2009

Kadang-kadang saya cemburukan mereka ini....
Lajunya menaip! lajunya menulis! banyaknya ilham cinta... melimpah ruah rasa rindu yang dibicarakan dalam cerita indah mereka...

Pasti tak rugi untuk anda yang gemar membaca membeli buku2 ini... sila dapatkan di Pesta buku April 2009, PWTC ini... saya tak ada di sana.. namun dari jauh, saya titipkan doa agar karya mereka mengutip hasil yang tak muat poket untuk disimpan... tak cukup tangan nak tanda-tangan... :)

Semoga usaha gigih mereka membuahkan hasil yang ranum untuk dinikmati...

**********************
Buat peminat Leeya-Myra...
isikan rak buku anda dengan koleksi penulis ini... rasanya anda takkan kecewa.. sebab saya dah baca manuskrip awal Ceritera Rindu ini! memang best! Olahan bahasa Leeya-Myra memang saya gemar dan tak pernah tak suka.

p/s: tapi jangan buang surat cinta merata-rata ya... kesian pakcik tukang sapu!

Yang ni pun saya baca manuskrip awal! hehe... ini adalah saingan buku Sejujur Hatimu dahulu... kami bersaing, cover siapa paling lawa.. dan tajuk siapa paling best... :)

Yang ni juga!
Siap tolong teman gi ambik cek dekat alaf21! bangga jadi teman penulis yang glemer ni! Buku ini sungguh laku di pasaran... poket leeya-myra penuh waktu ni hasil tangkapan bangau-bangau yang terbang dalam cover buku tu... baik betul bangau tu, tolong kutip duit untuk leeya-myra... lawati beliau di:
*************
Lagi... oleh penulis yang ekspress konsortium!
Ini pula genre terbaru oleh kak lily haslina nasir... wah2... memang canggih manggih! Siapa tak mahu jadi superstar! saya pun nak!

Buat peminat Rose harissa/ Nora Ismail... simpan koleksi buku ni tahu! tak rugi... sebab cerita benar memang susah nak buat dari cerita berangan!