ibu: kan umar kena pergi nursery.
Sunday, February 8, 2009
Watak Manusia...
Sebagai expat, kami dibayar untuk buat kerja… kalaupun ada orang local yang tak buat kerja, kami tak de masanya nak kritik tugas mereka yang tak terlaksana. Kalau dia tak buat filing yang memang tugas dia, kami buat.. kalau dia bersembang telefon sampai panas gagang telefon dan ada dokumen nak kena fotostat, kami fotostat sendiri…
kami memang tak de masa nak campur urusan mereka walaupun mereka datang ke ofis lambat dan hanya untuk bersembang telefon dan main internet… dan dokumen yang penting tinggal sepah sana sini… kami tak peduli… tapi kalau klien sendiri yang kritik, jangan salahkan kami.. jangan heret kami sama dalam lubang masalah yang korang sendiri cipta. Jangan kata kami juga bergayut telefon bilamasa kami langsung tak de masa nak buat kerja berfaedah begitu… sedaramara kami jauh… takkan nak bergayut lama2 macam korang…
Hati ini geram bila ada local yang berperangai macam ular! Menyusup senyap untuk mematuk dari belakang! Dah faham bahasa Quran, tapi janganlah perangai macam munafik, tipu sana kelentong sini! Berdosa! Kalau kat dunia selamat, belum tentu kat sana aman!
Korang dapat gaji buta, kami tak heran, cuma jangan babitkan kami dalam masalah yang korang sendiri ciptakan! Kami tak kisah, tapi kalau klien yang labur duit kat korang suruh buat kerja tapi korang bergayut jer, takkan kami nak campur tangan bila klien nak pecat engkau! Itu bukan kami punya kuasa. Pun bukan kami yang buka cerita. Kami buat kerja kami sahaja. Ingat sikit, Quran cakap, fitnah tu memang lebih besar dari membunuh!
***************
Bahasa kali in agak kasar, sebab hati tengah benar-benar geram dengan perangai hitam manusia yang seagama…
Kalau dah geram.. baik layan Umar lagi bagus… hati yang mendung kelabu boleh bertukar menjadi cahaya berseri… teringat kata-kata 'Nenek'… "masa kecik, comel belaka.. dah besar nanti tak tahulah…" sebab 'nenek' dah beranak 8 dan bercucu 14… masak dengan asam garam kehidupan manusia… dari kecil dibelai hingga ke besar, doanya agar menjadi manusia yang benar-benar manusia… Sebab itulah kita kena sentiasa berdoa yang baik-baik.
Doa dan pesan yang selalu saya bisikkan ke telinga dan ungkapkan takala Umar memandang mata saya…"Umar… jadilah anak soleh yang taat Allah, taat Rasul, taat Ibu Abi… jangan murtad atau syirik.. sesungguhnya itulah kezaliman paling besar untuk diri sendiri… semoga tetap dalam iman dan Islam… sihat selalu… istikomah dan pengakhiran yang husnulkhatimah…. Amiin…"
Selalu saya pesan bila dia tersenyum atau cuba berbicara dalam lingo tersendiri… "Umar… takut siapa? Takut Allah! Doa pada siapa? Doa pada Allah!"
Semoga Wan Umar mengenal Penciptanya… Allah yang menguasai bumi dan langit serta seisinya…
*************
Oh ya! Kepada yang bertanya kerja kosong di Bahrain… ekonomi krisis yang melanda dunia turut tempias pada kami di Bahrain. Kompeni saya sendiri juga telah 'mengugurkan' banyak 'watak' penting dari syarikat kerana banyak projek tak jalan atau ditangguhkan ekoran krisis kewangan. Saspen juga kami! Nak dapat kerja kosong memang agak sukar pada waktu ini. Jika ada saya akan war-warkan semula.
*************
Sesiapa yang sukar mendapatkan novel cinta ALAF21… yang baru(seperti Horizon Cinta) dan yang lama (seperti Sejujur Hatimu)… bolehlah hubungi pihak langganan Alaf21 di 03-5511 8820. Mereka memang komited untuk menghantar novel yang dipesan… jangan bimbang, yang jawab telefon tu semua peramah dan professional!
*************
Dan novel yang tengah ngetop karya pereka besi… Rose Harissa… Mulanya Satu Cinta… di Tasik Taiping… Jangan lupa dapatkan di Toko Buku Nora (http://www.roseharissa.blogspot.com/) untuk penanda buku eksklusif… Perak yang tengah panas dengan isu politik kini, jadi cuba sejukkan dengan bacaan novel dengan cover berlokasi di Perak ini…. Pasti santai…

Juga untuk adik-adik, peminat aizam aiman... Sayalah Puteri Raja! siri terbaru oleh penulis yang top dengan siri My Angel.. My Hero... My Secret... lawatlah kak aiman (tapi dia bukan hero Dunia Sains Aiman tau, kak aiman adalah seorang perempuan, dan dia pandai buat sambal) di http://www.aizam-aiman.blogspot.com/. Cubalah gembirakan hati dia, mungkin dia akan memberi adik-adik buku percuma.. cuba-cubalah 'jet' kak aiman tu!
.jpg)
*************
Menjenguk blog Rose Harissa dan Lily Haslina tadi membuatkan saya terdiam sejenak.. nampaknya bukan saya saja yang tengah marah kerana berdepan dengan manusia berwatak kelabu…
*************
Layan Umar lagi bagus...
Umar: Abi, kenapa Ibu tak ambik Umar?
Abi: Ibu tengah masak mi kari tu...
Umar: Umar tengah senyum ni, Ibu tak tengok pun?
Abi: Ibu tengah sibuk kacau mi kari tu... siapkan untuk makan malam...
Umar: Ibuuuuuuuuuu..........Umar pun nak makan.... nak susu!
Ibu: Ok!Ok! (tutup api dapur dan bergegas dapatkan Umar yang sedang testing pitching suara)
*************
p/s: terima kasih kepada Fadilah Diyana kerana memberi sokongan mantap kepada karya umi azrini dan novel alaf21... luv u dik!
juga pada kak lily suriani... terima kasih sebab sudi gak baca HC.. terasa rendah diri pula.. :)
dan untuk Nur Kasih... dah jadi hajjah yer? hehe... ada gak kontek Tg Sofia last year...

juga kepada semua yg meninggalkan jejak di shout box.. terima kasih banyak yer!!! :) semoga ceria selalu...
Labels:
kembara di bumi bahrain
Wednesday, February 4, 2009
Umar dan nenek di sempadan Saudi Arabia
Mula-mula tulis Horizon Cinta, hati saya berdebar...
"tak teknikal sangat ke cerita ni?"
"tak nampak macam baca ensiklopedia ke?"
"Huh! nak tulis cerita cinta ke nak buat laporan bertulis?"
saya mengambil masa yang sangat lama untuk menukar sebuah manuskrip berupa ensiklopedia kembali kepada sebuah manuskrip cinta... saya saspen... sampailah sekarang...
eh, kejap... nak tempek gambar nenek dengan Umar, semasa nenek berada di Bahrain tahun lepas... padahal baru sebulan lepas jer... :)

Alhamdulillah, sya menerima banyak komen dari pembaca Horizon Cinta.. salah satu yang saya ingin kongsikan.... (sebab dia komen dwinovel sekaligus)
p/s" terima kasih kepada semua yang meninggalkan jejak di shout box dan comments... luv u all! juga pada line internet yang begitu sporting sekarang ni.. :)
"tak teknikal sangat ke cerita ni?"
"tak nampak macam baca ensiklopedia ke?"
"Huh! nak tulis cerita cinta ke nak buat laporan bertulis?"
saya mengambil masa yang sangat lama untuk menukar sebuah manuskrip berupa ensiklopedia kembali kepada sebuah manuskrip cinta... saya saspen... sampailah sekarang...
eh, kejap... nak tempek gambar nenek dengan Umar, semasa nenek berada di Bahrain tahun lepas... padahal baru sebulan lepas jer... :)
*****************
Saudari Umi Azrini,
Saya Junaida (Jun) dari Penang. jun baru je selesai baca novel terbaru Umi Azrini. "Horizon Cinta"
... SUKA.. SUKA... SUKA...
hehehe..kisah zara & kapten zariz best sangat...cerita yang buat jun tersengih2 masa baca..nakal sungguh watak kapten zariz tu..hehehehe....novel pertama Umi Azrini, 'SEJUJUR HATIMU' pun jun dah baca...jun beli masa cetakan pertama 2006..
memang romantik cerita tu…paling bagus sebab pentingkan restu keluarga dalam memilih pasangan..perkara yang sangat penting…tapi masa tu tak terpikir untuk komen lagi..jun mula baca novel alaf sejak tahun 1998-1999.
masa tu tak banyak sangat penulis..tapi sekarang ni terlampau banyak penulis dan kebanyakkan cerita hampir nak sama..sebab itu sekarang ni jun memang kena tengok betul-betul sebelum beli...tapi novel saudari memang betul-betul menarik perhatin jun..
first time baca SEJUJUR HATIMU tu jun suka sangat..kalau nak kira sampai sekarang ni novel tu jun dah baca lebih dari 10 kali..tapi tak boring hehehe...HORIZON CINTA setakat ni dah masuk kali ke 3..
lepas baca 'HORIZON CINTA' lagi la jun suka..sebab jalan cerita yang gila-gila, lagi watak kapten zariz tu..nakal, romantik, serius pun ada jugak..tapi yang paling penting jalan cerita tu...rasa fresh idea..
first time baca kisah percintaan yang bermula dalam kapal..bezanya sebab kapal kargo lain le kalau kapal persiaran..
paling adventure time keluar curi-curi kat jepun tu..secara keseluruhan suke cerita ni heheehhe...lagi sebab banyak penerangan berkenaan pelayaran..
boleh dapat maklumat tu secara tak langsung masa baca buku ni..bagus sangat.. teruskan usaha macam ni untuk next novel...
sekarang umi azrini dah berada dalam list favorite jun...sama macam ramlee awang murshid, damya hanna, fauziah ashari, aisya sofea, anis ayuni, bikash nur idris...ni antara penulis yang jun terus beli novel terbaru tanpa baca sinopsis terlebih dulu..
selepas baca novel 'HORIZON CINTA' jun memang tak sabar nak tunggu karya terbaru umi azrini..walaupun beza masa novel 1 - 2 lebih kurang 2 tahun tapi puas hati..yag penting berkualiti dan bukan setakat tangkap muat...
akhir kata, teruskan menghasilkan novel..
Sampai bertemu,
JUN, penang
****************
Untuk itu... saya rasa nak kongsikan kebahagian hati ini perihal kesemua komen2 yang masuk dalam inbox umi azrini dengan Belaian Jiwa Ibu dan Kasih Hati Dinda...
Tuesday, February 3, 2009
carta
Setiap kali mengunjungi www.universitipts.com, kadang2 sifu Puan Ainon meletakkan carta buku2 pts... buku2 Dunia Sains Aiman sering juga masuk ke carta 20 terlaris.. kadang2 3-4 buku DSA dalam satu masa... syok juga tengok..
Biasalah.. dah nama penulis, tengok bukunya dibeli dan dibaca orang adalah satu kepuasan dalam diri.. dan selebihnya.. hehe.. syok sendirilah!
Kadang2 copy and paste juga, nak tempek kat blog ni, tapi most of the time, masalah internet..jadi masa ia tersimpan dalam pc sampai usang.. jadi, bila dah boleh berinternet, rasa macam dah tak releven pulak nak tempek...
Tapi hari ini, hati saya benar-benar teruja... Horizon Cinta memanjat tangga carta top 10 untuk pesta buku alaf21 minggu lepas.. Wow! Alhamdulillah! (terima kasih Alaf21, kerana masih sudi memberi peluang kepada Umi Azrini berpayung di bawah jenama Alaf21)
Hey, dalam kelas pun Umi Azrini tak pernah dapat nombor satu, tau... hehe...
TOP 10 Kategori novel
1. Horizon Cinta - Oleh Umi Azrini
2. Mulanya Satu Cinta - Oleh Rose Harissa
3. Setulus Hati - Oleh Rozita Abd Wahab
4. Menanti Khalidah - Oleh Ana Balqis
5. Seteguh Cinta - Oleh Durrah Fatiha
6. Kenangan Terindah - Oleh Hezzy Azra
7. Akhir Yang Indah - Oleh Azah Khalida
8. Laman Rindu - Oleh Hasreeyati Ramli
9. Mantera Hitam - Oleh Serunai Faqir
10. Di Langit Cinta - Oleh Lily Haslina Nasir
p/s: Rose, saya rasa beza jualan novel kita maybe satu novel jer... hehe...
Inbox Umi Azrini juga kian penuh dengan komen oleh pembaca Horizon Cinta... siapa2 lagi nak emel tentang Horizon Cinta, Yahoo menyediakan emel kepada penggunanya dengan unlimited space... jadi, sila-silakanlah... terima kasih Yahoo!

Monday, February 2, 2009
Bolehkah perahu menjadi Star Cruise?
Kepala berpinar-pinar… ish! Banyak sangat ke perkara yang berpusar dalam benak saya sekarang ni? Hmm.. taklah banyak sangat.. tetapi mungkin kerana saya sendiri yang memberi tekanan pada kepala, sengaja buat risau… untuk itu, Saya jadi pelupa dan tidak focus pada banyak perkara…
Saya teringat seorang kawan yang sangat suka berangan… katanya… sya mahu susun balik hidup saya… hmm.. susun macam mana Tanya saya? Susun… atur balik..
Kini saya rasakan yang sama.. rasa ingin mengatur kembali urusan hidup saya seharian… tetapi kadang2 saya fikir kenapalah saya ni bukan jenis yang berdisplin? Susah sangatkah hendak komited dengan jadual dan objektif yang ingin dicapai?
Hmm.. rasanya memang susah, bagi yang sudah terbiasa selama 27 tahun hidupnya sering membuat kerja 'last-minute'… kelam kabut membuat sesuatu… selekeh… tak kisah janji siap… ya! Itulah saya rasanya…
Untuk menjadi lebih displin dalam jadual harian, saya hanya mampu berkata, esok, harapnya saya akan buat.. tapi harapan langsung berkecai.. sebab tiap hari bangun, saya masih macam itu juga… kelam kabut… selekeh… siap.. tapi ala kadar saja… lantas hati saya kesal sebab sehari sudah berlalu, tanpa perubahan positif…
Azam? Tak de yang besar untuk saya capai tahun ini… cukuplah satu saja yang saya betul-betul ingin buat, solat sunat subuh dua rakaat setiap hari… itu sebagai permulaan objektif yang ingin saya capai tahun ini… yang lain-lain, dengan 'hadiah misteri' yang ditawarkan suami, saya rasa nak.. tapi tak berani fikir, sama ada saya akan benar-benar capai atau tidak… ada masa 11 bulan lagi sebelum 2009 berakhir… kalau tercapai, oklah… kalau tak dapatpun tak mengapalah… (jenis orang tak kisah macam saya ni, memang begitulah. Entah bilalah akan ada nur perubahan yang positif dalam diri?)
Tapi azam yang satu itu tadi, benar-benar saya ingin laksanakan… tak mengapalah umi.. perlahan lahan…
Dah berdaki 27 tahun dengan sikap sambil lewa, bukan mudah hendak menyentalnya! Doa saya, semoga Allah melembutkan hati dan anggota badan saya untuk menyempurnakan azam kecil saya tahun ini…
Meminjam kata kawan yang mula bangkit dari kebun mimpi… yang penting, "Hidup baik-baik!"
p/s: terima kasih kepada semua yang meninggalkan pesan di comments/shout box! Saya baca semua komen tersebut. Seperti biasa, sukar untuk saya reply balik due to the technical reasons. So much sorry!
Saya sudah mula menerima feed-back yang positif tentang Horizon Cinta. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan memberi komen. Kebanyakan mereka adalah isteri dan kekasih kepada pegawai laut seperti Zariz…. Hehe… "kerja kapal memang macam tu, kak!"

Buku,
kembara di bumi bahrain
Subscribe to:
Posts (Atom)