Saya gerun!
Dada saya berombak kencang membaca catatan akhbar.
Sebak dada.
Saya yakin, ketakutan ibu yang melahirkan mereka membuatkan perasaan sayang itu jauh dari hati mereka. Mereka jadi berani untuk membuang bayi itu merata-rata. Tangisan bayi dari rahim sendiri tidak mampu menagih kasih dan simpati si ibu.
Bayi merah dan putih yang polos tanpa dosa itu tidak mampu merasionalkan si Ibu. Ya penting, bayi suci yang digelar haram itu harus nyah dari depan mata. Allah! Allah!
Bayi itu bukan haram. Langsung tiada dosa. Apa yang mereka ketahui? Perhubungan tanpa nikah itu yang haram di sisi Islam. Ibu bapa yang berzina itu yang berdosa! Bukan bayi terbuang!
***************************
Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah. Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.
“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.
“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.
“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.
Petikan: http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20091018105241/Article
TAKUT!
Ya! Biar anak muda yang berani membuat dosa itu berasa TAKUT!
Sesungguhnya rasa TAKUT itu mampu mencegah!
.
Saya yakin pelaksanaan Hukum Hudud dari Allah, pasti menimbulkan rasa takut yang dicari itu, kerana rasa takut itu dicampakkan dari Allah ke lubuk hati manusia. Hukum hudud pula datangnya dari Allah. Allah yang mencipta kita, pasti tahu kelemahan ciptaanNya. Dengan perasaan takut itulah akan membendung manusia yang diciptanya melakukan perbuatan begini. Allah! Allah!
.
Melihat gambar bayi-bayi tersebut, hati saya sayat. Memikirkan anak sendiri, lagi hati ini sendu. Serius! Tidak takutkah mereka andai bayi ini menuntut hak mereka di Akhirat kelak?
Oh! Mungkin perkara Akhirat terlalu besar hingga mereka tidak nampak. Hendak berleter tentang Akhirat dengan mereka, pasti tidak kena jika perkataan dosa langsung tidak bermakna di hati mereka.
.
Ya Allah... lindungilah hati-hati kami.. tetapkanlah kami di atas jalanMu yang lurus...
.
Namun, saya benar-benar kasihankan bayi-bayi ini. Saya takut jika mereka juga mengikut kiblat ibu bapanya apabila dewasa nanti. Nauzubillah. Nauzubillah. Sungguh!
.
Semoga Allah memelihara bayi-bayi yang lahir tidak berdosa ini sebaik-baiknya. Semoga tiada palitan dosa ibu bapa yang tempias pada masa depan mereka. Lindungilah mereka, Ya Allah! Peliharakanlah akhlak mereka sebaik-baiknya... Ameen...


1 comments:
Umi..salam...dah dapat kiriman kek tu?
Post a Comment