Wednesday, September 23, 2009

Larian kemenangan

Saya teringat selepas saya grad dahulu, Arwah ayahanda meninggal dunia. Saya berada di sisinya ketika itu. Anak yang degil-keras-kepala-dan-panas-baran ini berada di sisi Ayahandanya ketika Izrail menjemput di bilik ICU Hospital Terengganu.

Adik berada di United States-New York. Seorang Abang berada di Serawak tidak dapat pulang dan mengirimkan kawannya seorang Ustaz untuk mengendalikan jenazah. Abang-abang yang lain memandikan jenazah. Bonda menutup semua cermin dengan kain. Selepas solat jenazah, Abang yang sulung mengumumkan, 'barangsiapa yang ada berhutang dengan si-mati, maka datanglah tuntut selepas ini,'

Ya! Begitulah...

Dan setiap pagi selepas itu, saya menemani Bonda di Terengganu. Yang lain sudah kembali ke Kuala Lumpur. Saya masih mencari kerja. Fikiran saya cuma ingin bekerja di Terengganu kerana Bonda bersendiri. Namun sungguhlah sukar mendapat pekerjaan di bidang saya di Terengganu. Apabila ada satu panggilan temuduga di Megasteel, saya berat hati untuk pergi.

Sudah lama ia berlalu.. Kini walaupun saya berada di sini, Abang yang dahulunya berada di Serawak tinggal bersama bonda dan Adik yang dahulunya berada di New York juga bersama Bonda. Rasanya sudah melangkau hampir dua tahun, Bonda tidak sunyi sendiri.

Tapi hari ini... Adik akan ke States semula. Dengan anak dan suami yang dinikahinya 2 tahun lalu. Saya pasti Bonda bersedih.

Saya teringat sebelum berkahwin, sering saya menemai Bonda berjalan... Ke Pulau Pangkor.. Ke Johor... Ke Perth Australia...

AidilFitri Di Bahrain
Hari pertama- kelam kabutnya masyaAllah!
Haha.... padan muka saya! Sudahlah bangun lambat- Solat Aidilfitri pukul 5.45 pagi terlepas! Teruk betul! Hehe... lepas itu kelam kabut menjahit seluar baju melayu Umar yang labuhnya seperti chipmunks! Saya tidak mencubanya dahulu. Pagi raya terus pakaikan pada Umar... Panik, tengok seluar raya yang terlabuh benar!

Sarapan di pagi raya: cococrunch dengan susu segar!
Berziarah rumah terbuka- konvoi dua buah kereta- ke 6 buah rumah... 3 pagi dan 3 petang.. sampai penat sangat2... Memang beraya sakan si Umar. Dia nampak penat, tapi gagah bermain dan melihat orang ramai.

Umar pertama kali nampak tangga rumah orang, terus saja dipanjatnya smapai ke atas.. Memang cucu Nenda betul! Sebab cucu Nenda selalu akan memanjat tangga di rumah agam bonda.

Dan berziarah beginilah, saya melihat, kayanya Malaysian lain... Rumah saya cuma flat satu bilik.. Rumah orang lain, ada yang villa dengan private pool, ada yang apartment macam hotel, villa dengan private compound.. SubhanaAllah.. memang best-lah kiranya! (Entah berapa gaji mereka-agaknya! Sempat pula saya bermonolog sendiri.)

Hari kedua- pagi santai- memang tidak larat sudah... Tengahari baru keluar beraya 3 buah rumah sampai malam... penatnya...

Hari ketiga- tengahari pergi satu rumah. Kemudian buat 'rumah terbuka tumpangan' dengan keluarga Encik Basit-yang-baik-hati dengan Kak Aziah dan Kak Jasmela. Saya cuma buat kuah kacang... Kak Mela buat lodeh dan kuih raya dahlia/semperit paling sedap di Bahrain manakala Encik Basit/Kak Aziah buat soto dan rendang. Rumah kecil yang penuh dengan kasih sayang di segenap penjuru dinding. Sampai malam berkampung di rumah Kak Aziah/Encik Basit.

Hari keempat-kerja!

Kesimpulan: Raya di sini sangat2 meriah dan seronok dengan cara tersendiri! Alhamdulillah!

Jumaat: Raya di Rumah Malaysia- Duta.

Lap Of Honour
Jika pelumba F1 yang menang dalam perlawanan akan memandu lagi satu pusingan untuk meraikan kemenangannya. Ia dipanggil lap of honour. Dan Ramadhan yang berlalu diraikan dengan Syawal sebagai tanda kemenangan, sebab itu dipanggil "minal Aidil wal faizin". Larian kemenangan Ramdhan adalah dengan 6 hari berpuasa di bulan Syawal.

Saya sangat-sangat jarang berpuasa sunat 6 hari Syawal, apatah lagi puasa tahun ini penuh satu Ramadhan-Alhamdulillah. Tahun ini, Suami mengajak, "Jom puasa 6 Syawal." Terus saja saya, ok! Sebab suami ajak berbuat baik- puasa sama-sama untuk mendapat redha Allah, isteri mana hendak menolak, bukan?

Hidup Hati-Hati
Menjalani kehidupan lebih berbeza dengan matlamat syurga Firdaus, bertemu Rasulullah dan melihat wajah Allah di Akhirat. Menjalani tugas seharian dengan hati-hati dan berjaga-jaga bagaikan mengangkat kain sedikit dan melangkah penuh teliti agar tidak terkena kemuncut di padang dan terpijak duri jalanan.

Jika dahulu, diri memang jahil dan tidak pandai mengawal diri. Jika orang marah, saya marah balik. Jika orang ketuk kepala, saya ketuk balik. Jika orang herdik, saya herdik balik. Saya kira itu survival tips. Itu dahulu... Diri masih jahil!

Tapi dengan matlamat berbeza, orang marah, kita sabar- dapat pahala.
Orang kutuk- kita sabar-dapat pahala.
Tidak puas hati- terasa hendak mengata- tetapi sebaliknya diam dan berdoa- dapat pahala.

Ya! Segalanya lebih berbeza. Pahala itu bukanlah perhitungan kita, tetapi Redha dan kasih Allah lah yang menjadi kunci Syurga. Kadang-kadang saya akan berasa cukup bersalah untuk berdoa meminta material, contohnya BMW 5 series- sebab kadang-kadang perkara itu terselit juga dalam doa, kerana teringin benar merasa pakai kereta besar. Hehe...

Umar 10 Bulan
Umar sudah 10 bulan dan tumbuh 5 batang gigi. Sukanya saya! Dan semalam saya melihat dia cuba turun dari sofa ke lantai dengan kaedah yang diajar oleh Abi-nya. Terperanjat saya! Subhanallah!

Umar mengesotkan pungungnya dahulu ke tepi sofa dan menghulurkan kakinya ke bawah seperti yang diajar. Walaupun tidak sampai, tetapi cara dia yang menyebabkan saya terpana. Oh! Umar~ cahaya purnama Ibu dan Abi!

Apabila saya tekan mainan dengan nyanyian ABC, terus dia akan menari cha-cha... ke kiri dan ke kanan, menggoyangkan badannya... SubhanaAllah... Bukan kerana dia pandai menari, tetapi kerana dia sudah pandai memberi respon yang sepatutnya, itulah yang mengembirakan saya.

Sewaktu menonton tv siaran solat terawih di Mekah, spontan saya berkata, "Saya harap satu hari nanti, Umar juga menjadi Imam di Masjid Mekah," Ameen... (Besar benar cita-cita Ibunya ini)

p/s: Panjang beno entry kali ini... Dan kepada semua yang jerit dalam kotak sebelah, Terima kasih untuk semua komen dan ucapan tersebut. Salam Aidilfitri juga dari saya-Pengurus Blog Dunia Penulisan Umi.

0 comments: