Entry untuk saya kongsikan bersama taulan yang singgah di sini. Terima kasih untuk teman di New Zealand kerana sudi berkongsi link ini. Sungguh tersentuh melihat gambar-gambar ini. Bagaimana umat manusia menyambut Ramadhaan di seluruh dunia pada tahun ini, sedangkan kita bagaimana?
http://www.boston.com/bigpicture/2009/08/ramadan_2009.html




.
DEBIT PAHALA, KREDIT DOSA
Jangan mengumpat!
Nanti kena debit pahala dari buku sendiri. Tidak cukup pahala sendiri, kena kredit dosa dari yang diumpat pula, jangan bercakap perkara sia-sia… ia ciri calon syurga Firdaus.
Dan ikutlah cara Rasulullah, jika tidak suka dan tidak pula mahu melukakan hati sesiapa - berdiam diri dan berdoa mengadu pada Allah.
P/S: Berkata perihal orang lain yang tidak disukainya- Bekata benar itu mengumpat, berkata bohong itu fitnah. Sudahnya- Diam saja!
.
POTLUCK
Setiap hujung minggu, kami berbuka di Embassy Malaysia. Setiap hari pula ada potluck di rumah terpilih. Alhamdulillah, cara begini saya rasakan lebih akrab. Walaupun makan tidaklah sampai senak perut, saya tetap gembira. Berkumpul ramai-ramai. Sungguh seronok.
POTLUCK
Setiap hujung minggu, kami berbuka di Embassy Malaysia. Setiap hari pula ada potluck di rumah terpilih. Alhamdulillah, cara begini saya rasakan lebih akrab. Walaupun makan tidaklah sampai senak perut, saya tetap gembira. Berkumpul ramai-ramai. Sungguh seronok.
Dan kini, sudah tiga hari melapor diri di klinik untuk teratment nabulizer- pagi sebelum pergi kerja dan selepas Abi balik terawih. Umar ada alergik kata doktor ini. Mungkin alergik debu/ penghawa dingin. Tidak pasti. Alhamdulillah, sudah nampak baik.
.
BERSAMA ORANG YANG DISAYANGI
Selepas berbuka/berterawih di embassy Jumaat lalu, kami melangkah keluar untuk pulang.
"Abang sayang sayakah?"
"Mestilah," jawabnya.
Tiba-tiba dia berhenti melangkah dan berpaling, "Kenapa tanya begitu?" soalnya.
"Tadi ceramah cakap, di akhirat kita akan dihimpun bersama orang yang kita sayang. Saya hendak bersama Rasulullah, Abang, Umar, bonda dan keluarga yang saya sayang. Saya tidak mahu duduk bersama dengan artis atau penyanyi apa-apa..."
"Haha... tapi Sayang ini suka sangat baca berita penyanyi itulah, penyanyi inilah... semua tahu..."
"Ala... itu suka-suka saja...." (insyaAllah, sudah insaf ini)
.
KENAPA HARUS BEKERJA?
Seorang kawan mengadu. Bekerja bagaikan mengheret kaki ke pejabat. Dia rasa mual dan letih dengan semua itu.
.
Percayalah, memang ramai yang merasakan demikian. Kadang-kadang saya juga begitu. Tetapi diri ini harus juga bekerja, sementara kudrat masih bersisa. Tenaga umur 20 tidak sama dengan umur 30 dan tidak juga sama dengan umur 40 nanti. Jadi, kenalah rajin bekerja pada umur sekarang.
.
Pendapatan yang diperolehi moga-moga adalah simpanan untuk hari depan Umar dan masa tua nanti. Pendidikan anak-anak... Sebab itu saya ambil nasihat suami: Hargai kerja sekarang!
Bagaimana harus menyekolahkan Umar nanti jika tiada dana pendidikannya? Bagaimana harus membeli rumah jika tiada duit simpanan?
.
Cek royalti yang saya perolehi sangat saya hargai. Selepas tolak zakat, harusnya kesemua saya simpan untuk pendidikan Umar nanti. Apatah lagi biaya masa depan pastinya besar. Itu tidak termasuk dengan kesihatan dan insuran lagi.
.
Duit bukan senang diperolehi. Bukan jatuh dari langit. Setiap saat di pejabat dibayar dengan dinar. Jika ada kesusahan dan kecemasan, pastinya tabungan makin berkurang. Ya! Kami juga melalui masa-masa susah yang hanya kami bertiga rasai. Jika terlebih belanja di sana, maka sekatlah belanja di sini.
.
Kita berkerja dengan cara masing-masing. Yang pasti, Nabi pesan harus diingat- Jangan membazir! Malah kerak nasi yang elok saya akan basuh dan rendam dan masak kembali kerana sayang. Apabila memasak dan ada lebihan makanan, akan saya cuba habiskan. Jika ada yang terpaksa buang kerana rosak, saya akan berasa cukup bersalah. Jika Umar makan juga tidak habis, saya akan rasa sangat bersalah. Semuanya rezeki dari Allah, mana mungkin saya bazirkannya?
.
Dan berdoalah, segala rezeki yang diperolehi adalah halalal toyyiban!
.
CATATAN RAMADHAN 2009
Banyak yang boleh dikongsi..
Tetapi ada baiknya saya simpan sendiri...
.
Tata...


1 comments:
Salam persaudaraan. Singgah sebentar. Apakhabar Tuan rumah ?
Post a Comment