Entah apa silapnya, saat ini saya merasakan jiwa sedang kosong... Saat Ramadhan menghampiri ke 10 terakhir... saya masih berharap ada Nur Kasih Ilahi menyusup ke jiwa saya. 20 Ramadhan hampir berlalu dan saya melaluinya bagaikan menjawab soalan Fizik dahulu... Minat-tapi-serba-tidak-tahu-dan-akhirnya-termenung-melihat-orang-lain.
Entah bagaimana saya akan grad di Syawal nanti? Saya berkira-kira, mungkin hanya 'cukup-cukup makan' sahaja keputusannya. Sebab saya sendiri tidak merasakan ianya cemerlang.
Pelbagai alasan yang saya boleh kemukakan untuk diri sendiri, tapi saya masih percaya, jika saya nekad, pasti ia tiada halangan. Terawih... khatam Quran...
Adakah saya terlalu banyak cakap? Ada orang cakap saya bercakap 'nyekit'.... ada juga yang cakap saya suka provok orang. Jika mungkin benar, saya akan cuba perbaiki. Saya tidak mahu amal yang sedikit menjadi debu berterbangan di Akhirat, hanya kerana mulut yang tidak terjaga, hati yang suka mengeji? Tidak! Tidak! Saya tidak mahu rugi di Akhirat.
Mampukan kita merebut Piala Takwa di hujung Syawal?
p/s: Umar sudah tumbuh 4 batang gigi. Comelnya biji permata tersebut! Sekarang saya memanggilnya dengan panggilan 'Nur Kasih'. Ohh, anakanda Ibu dan Abi.
Pekerjaan Part-time saya dahulu
Ya! Sebelum mejadi QS, saya pernah bekerja di pusat ekspo 10 hari. Masa menunggu SPM. Menjual bra dan penti... Haha... Kalau pembeli orang yang saya tidak kenali, tidaklah saya malu sangat, tapi ketika ada pembeli orang yang saya kenal, aduh mak ai! Malunya hendak sorok muka- segan punya pasal. Punyalah bekerja keras dari 10 pagi hingga 10 malam semata-mata hendak mendapat RM2 sejam... Haha... Sehari baru RM24. Anak Tauke Cina, selalu puji saya kerja rajin, macam Superman, katanya. Sebab kerja saya cepat dan efisyen.. Sepuluh hari dapatlah RM240. Alhamdulillah...
Semasa kecil pula, saya pernah menjual tembikai merah hasil kutipan kebun arwah Ayah bersama adik. Haha... dalam 10 biji saja... Punyalah hendak mendapat RM2-3... Lepas itu mengutip daun pucuk paku di pinggir baruh dan menjaja ke rumah-rumah. Oh! Mujurlah sehari sahaja kami begitu!
Dan ada lagi beberapa peristiwa yang saya dan adik saya lakukan bersama-sama... Rasanya ia bukan dalam kategori 'naughty' tapi lebih dalam kategori 'innocent'. sebab kami tidak nakal, cuma memikirkan itu yang saya mampu lakukan untuk mendapat duit untuk membeli gula-gula atau makan aiskrim sedap.
Dan kini, kami berdua sudah menjadi Ibu kepada seorang anak lelaki... Masa... jauh sudah meninggalkan kita semua... Tentunya saya akan cuba memastikan yang Umar tidaklah sesusah saya dahulu untuk mendapat duit nanti. Alhamdulillah! At least kena baca buku siri Usahawan Cilik Terbitan PTS untuk idea berniaga ya!
p/s: Sampai sekarang, bila teringat-ingat peristiwa dahulu, saya akan menjadi sungguh nostalgik dan melankolik... Syahdu sungguh!
Royal Thai
Semalam berbuka di Gulf Hotel... Nama restoren Royal Thai. Punyalah saya teruja. Ingatkan adalah tomyam yang sedap atau apa-apa saja hidangan Thai... Rupanya buffet makanan arab.. Briyani dan sebagainya... Frust saja! Tapi view dia amatlah cantik. Macam Malaysia rasa... Harus minum kopi juga satu hari nanti bersama suami dan Umar di sini untuk merasai view yang seindah Malaysia ini!
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment