Dalam keadaan ekonomi gawat, kedudukan seorang QS seperti saya memang tidaklah stabil. Projek swasta sangat terpengaruh dengan keadaan ekonomi semasa. Jika terlibat dengan projek kerajaan pula sangat bergantung kepada politik semasa.
Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?
1- Semak balik resume atau CV sendiri. Update biodata dan polish pengalaman kerja sampai bersinar dan terang mata orang yang membaca.
2-Mula tanya-tanya orang, kerja kosong di mana-mana syarikat. Memandangkan saya masih seorang profesional QS, maka saya akan mencari kerja dalam bidang berkaitan pembinaan.
3- Mula berlawak dengan Bonda, kalau tiada kerja, bolehkah saya menumpang teduh dan makan free di rumah agam di Terengganu.
4- Jika buat bisnes sendiri? Hah? Bisnes? Oh tidak! Mana hendak cekau modal. Duduk dua tahun di rantau orang secara santai, tidaklah mampu mengumpul emas berbungkal-bungkal lagi. Dan pengalaman bisnes? Mana ada! Harian Metro selalu memberitakan tentang pelbagai penipuan itu dan ini. Sungguh saya seriau!
Yang paling bagus, buat bisnes dari rumah. Tapi saya memang tiada bakat kecuali menulis mungkin. Oh.. Mungkin akan menjadi penulis buku cerita kanak-kanak sepenuh masa.
Err.. Suami mencadangkan, mungkin kita boleh berjual di Pasar Malam... Pasar Malam? Aduh, hendak jual apa? Nasi dagang?
5- Tanya tempat kerja lama... Uh.. Kalau boleh tidak mahu balik Malaysia lagi sebab saya sukakan Bahrain di atas sebab rasa security yang sungguh saya bagus berbanding Malaysia. Di sini ada juga kecurian atau apapun.. tapi tidak seserius di Malaysia. Sini tiada kejadian ragut.
Tapi memikirkan jika anak ramai, rasanya saya tidak mampu menyara di Bahrain ini, kerana kos hidupnya amatlah tinggi. Kalau gaji naik 10% oklah.. sebab kos rumah sewa naik 10% setiap tahun, tapi dengarnya, gaji mungkin kena potong 10%... Harus bagaimana hendak survive?
Dan saya akan merindui ketam, udang dan sotong yang besar dan segar dari laut yang dijual fresh di sini... Walaupun saya sangat merindui ketupat segitiga goreng, asam laksa, nasi dagang, pulut kelapa.. dan segala makanan di Terengganu yang sangat-sangat best!
Kenapalah saya goreng sotong celup tepung tidak sama masa kedai punya? Alangkah ruginya! Jika tidak, mungkin saya boleh membuka gerai seafood celup tepung di sini!
6-Ya! Mungkin juga saya harus memikirkan untuk menjadi penulis sepenuh masa. Satu buku satu bulan! Setahun sudah ada 12 buku! Haha... Banyak bukan? Dan Royalti hanya dibayar selepas setahun dan dibayar secara beransur-ansur... :) Sementara itu?
7- Mungkin saya boleh homeschooling Umar... atau menjadi guru mengajar mengaji Quran! Hmm... pahala sampai ke liang lahad itu!
8- ???
Oh ya!
Point saya hanya berdasarkan persepsi saya yang bukan Nujum Pak Belalang... Kita fikir begitu dan begini. Tetapi rahsia Allah hanya Dia yang mengetahuinya... Luar bidang pengetahuan kita yang cuma hamba berkelana...
Bateri Mati
Semalam bateri kereta Renault Clio saya kong!
Start enjin tidak hidup... Suami harus berkejar ke meeting di site. Dia nampak sungguh gundah. Sudah lama risau sebenanrya dengan keadaan bateri kereta... Alhamdulillah ianya terjadi awal pagi. Sekurang-kurangnya dengan suami. Kalau di site dan saya sendiri harus mengendali? Err... Pening juga rasa!
Suami cakap, masuk rumahlah dahulu sebab di laur panas. Biar dia yang uruskan. Ya! Saya yang patuh inipun (hehehe...) masuk rumah dengan Umar. Ambil Yasin dan baca. Semoga Allah permudahkan urusan suami dan kami sekeluarga.
Selalunya begitulah. Jika ada apa-apa berlaku atau suami sedang lakukan sesuatu yang merisaukan saya. Doa pada Allah saja yang mampu saya titipkan sesungguh hati.
Saya sangat percaya akan kesan BERDOA DENGAN HATI Walaupun ianya hanya Bismillah yang diucap dengan keadaan hati yang sedar, nyata kesannya amat berbeza. (Tapi biasanya doa-doa hanya menjadi ritual harian tanpa kesan di hati. Mungkinkah sebab itu ianya tidak mustajab?)
Baju bersulam Sayang Kuih ber-tart Kasih
Banyak sungguh baju raya saya tahun ini!
Tiba-tiba sahaja saya mendapat begitu banyak baju raya!
-Dua helai baju kurung yang saya boleh kesan sayang yang melekat pada benang jahitan itu.
-Sepasang baju melayu untuk Umar,
-Sepasang baju melayu untuk suami- terus disarungnya sampai lena di sofa... teruja sungguh dia!
-Jubah cantik dari B. Hehe... terima kasih untuk jubah free ya B.
-T-shirt osh-kosh dari Haiy untuk Umar.
-Selendang Roma dari Bonda.
Kuih raya?
Ya! Kuih raya juga tiba-tiba bertimbun saya dapat.
Saya menerima 2 bungkusan poslaju.
Terima kasih untuk KAKAK-KAKAK IPAR DUAI!
Tergelak membaca ayat:
"...Dan makanlah kuih raya yang Amsyar beli dan dikirim dengan Poslaju ini..."
"...Dan makan dan minumlah dari rezeki Allah..."
Ha... ada persamaan bukan? Memang macam perawi hadis...
"...Dan dengan itu bersyukurlah kamu di atas rezeki Allah..."
Ya!
...Dan terima kasihlah Amsyar kerana mengirimkan kuih raya itu untuk Acik Umi.
...Dan terima kasih untuk Poslaju kerana ianya sampai tanpa cela.
Dan tiba-tiba, suami membawa pulang kek lapis serawak untuk saya sewaktu berbuka. Macam mimpi jadi nyata. Rupanya ada QS yang pandai buat kek lapis Serawak di sini ya? Uh... sudah lama saya kempunan hendak merasa kek lapis yang nampak best benar dalam web Tiffinbiru.
Nanti update lagi.
Tata!
Wednesday, September 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment