Imam Komuniti
Semalam malam ke-23 Ramadhan... Lailatulqadarkah?
Hehe...
Saya seperti sekolah dahulu juga, suka spot soalan keluar. Saya masih ingat yang matapelajaran Bahasa Arab dahulu, selalu saya hafal karangan untuk tajuk-tajuk tertentu. Tetapi apabila tidak keluar tajuk tersebut, semasa menjawab peperiksaan, mulalah saya 'mengayat' untuk melibatkan semua yang saya sudah hafal itu.
Haha....
PMR percubaan saya dapat D untuk Bahasa Arab, tetapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Besar, PMR sebenar, dapat pula A. Saya sendiri sudah lupa, bagaimana saya boleh mendapat A untuk bahasa Arab. (Mungkinkah Berkat musolla TJ dan Rahmat doa bonda dan ayahanda.)
Ok, berbalik kepada tajuk.
Selalu pesan saya pada Umar, agar dia menjadi 'Imam of the comunity' apabila sudah dewasa dan akhil baligh nanti.
Ya!
Biarlah apapun cita-cita dunianya. Menjadi QS, atau penulis atau doktor pakar bedah atau ahli sukan atau ahli hafiz Quran, namun harus seiring dengan cita-cita (Ibu dan Abi untuk melihat anaknya) sebagai seorang Imam dalam sebuah komuniti. Saya ingin Umar mengetahui perkara Fardhu Kifayah. Bukan setakat Fadhu Ain yang wajib ke atas diri sendiri. Umar yang mewarisi legasi pewaris sahabat Rasulullah.
Itulah doa seorang Ibu untuk anaknya. Yang lahir dari benih cinta yang diakadkan hampir 2 tahun lalu.
AJAIBNYA RAMADHAN
Ya! 10 malam terakhir ini, saya sudah hampir give-up. Saya melihat ke dalam diri sendiri bertapa susahnya hendak beribadah dan mengutip pahala terawih di masjid sedang anak menangis di tapak kaki- berpaut untuk memanjat ke dakapan kita yang sedang qiyam.
Antara rasa mengganggu jemaah yang lain dan rasa ingin merebut pahala jemaah, saya memilih untuk mendiamkan anak supaya jemaah tidak terganggu. Saya sebak melihat jemaah lain mula rukuk dan sujud dengan bacaan imam yang sungguh indah di perdu telinga. Saya sebak kerana saya tidak menjadi yang terpilih, sedangkan saya berada di situ- cuma memerhati.
Sungguh berbeza menjalani Ramadhan kali pertama dengan anak kecil yang mula melasak. Oh ya! Jika difikirkan, harus saya bangun dan melakukan takala anak tidur. Ya! Untuk mereka yang berjiwa kental, saya harus hormat mereka. Kerana saya bukan dalam kalangan itu. Apabila menyusu anak untuk tidur, 97% kebarangkalian untuk saya tertidur sekali.
Inilah jiwa yang lemah.
Namun ajaibnya Ramadhan.... Saya yang mengadu sakit pinggang ini, entah bila ianya hilang. Takala keluar dari terawih jemaah yang saya cuma memerhati, pinggang saya yang sudah kebas dan krem sejak 2 minggu lepas hilang tiba-tiba. Walaupun saya sudah berkira-kira hendak x-ray kerana apabila diurut katanya tiada angin. Ya Allah! Ajaibnya Ramadhan kali ini. Terima kasih Allah untuk nikmatMu ini.
BD6,000
Setiap pemain bola sepak Bahrain mendapat BD 6,000 = RM 60,000 kerana seri dalam perlawanan dengan Saudi Arabia minggu lepas. Sungguh King Hamad terlalu sukacita dengan persembahan di saat akhir hingga menghadiahkan mereka dengan 6k setiap seorang.
Saya yang mendengar cerita daripada rakan sekerja juga terharu dengan corak permainan yang berjaya menyamakan kedudukan di saat akhir. Apatah lagi mereka berpuasa di siang hari. (Teringat Perang Badar) Jika mereka menang melawan New Zealand, Bahrain akan ke Piala Dunia nanti.
Sayonara
Makin ramai Malaysian yang pulang- for good ke Malaysia. Sedih sebenarnya... Yang rapat semakin hilang... Semoga keluarga Kak Zura, Nor dan Zek sekeluarga terus dilimpahi rezeki yang halal dari Allah di bumi manapun mereka berpijak. Itu yang agak rapat, yang tidak berapa rapat pun sudah ramai yang pulang.
Nasib sendiri tidaklah tahu bagaimana.
Saturday, September 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Umi..pahala seorang isteri menjaga anak...lebih besar nilainya..itu juga ibadatkan??????????....ibadat seorang ibu...isteri....InsyaAllah haruman syurgawi...menantimu...besarnya ganjaran utk ibu membesarkan anaknya hanya dia yang maha mengetahui...berbanding dengan saya...umi lebih besar peluang mencuri pahala berganda2!!!!menjadi isteri yang taat....menjadi ibu yang sentiasa menjaga kebajikan kesejahteraan...anak dan keluarga...wah, besarnya pahala!
Post a Comment