Wednesday, September 16, 2009

Aidilfitri 2009

Persiapan Aidulfitri 2009,

Shopping raya? Tiada!
Kasut raya? Tiada!
Langsir raya? Tiada

Baju raya? Recycle.
Biskut raya? Tiada.
Masakan pagi raya? Belum fikir.

Duit raya kanak-kanak? Suami sudah simpan not BD1/2 dan BD1 untuk kanak-kanak untuk berziarah nanti.
Sampul duit raya? Tidak perlu. Hulur macam itu sahaja.
Bersih rumah untuk raya? Rumah memang selalu bersih. Hehe..

Baju melayu Umar? Sudah beli sepasang awal tahun di Mydin, Malaysia.
Kena shopping raya? Tidak perlu. Hanya perlu beli nappy Umar, susu S-26 Umar dan cerelec Umar mungkin di Lulu Hypermarket esok atau lusa.

Cuti raya? Mungkin dua hari sahaja. Lepas itu bekerja seperti biasa.
Bonus raya? Tiada!
Balik kampung? Huhuhu...

Takbir raya? akan di adakan di rumah terpilih nanti. Saya suka berkumpul ramai-ramai begini. lebih erat terasa komuniti di sini.

Berbuka secara potluck? Masih. Tetapi tetamu makin berkurang sebab ramai sudah balik Malaysia.

Terawih? :)

Untuk Ramadhan yang tinggal 3 hari lagi, saya masih di juzuk 16! Hehe... Susah sangat rupanya hendak khatam Quran. Tidak semudah tahun-tahun sebelum ini. Halangan-halangan 'manja' sahaja.

Anak Jiran lelaki
"Mama, masaklah nasi macam Auntie Umi masak," cerita jiran saya tentang anaknya, Zain (yang hensem comel - parents adalah orang Mumbai India- merantau beberapa negara Arab) yang sangat sukakan nasi tomato masakan saya semasa jemputan makan-makan dahulu.

Anaknya yang tidak begitu makan, tetapi hari itu bertambah dan nampak sungguh berselera.
"Auntie Umi don't have daughter. If not you can marry her daughter. Maybe she can cook for you nasi tomato," balas Papa Zain.

Mama Zain datang ke rumah. "Umi, next time give me daughter, ok" kata mama Zain.
"Because Zain like so much your nasi tomato,"

Anak jiran perempuan
"Ish, Trisya makan banyak betul. Biasa tidak lalu sangat makan. Bertambah dia tadi," cerita si bapa pula kepada suami saya.

Ish kuat betul penangan nasi tomato saya ya. Haha.... Mungkin citarasa kanak-kanak.

Dan oh ya: Nampaknya saya memang kemaruk menulis entry blog.

Azam akhir tahun
InsyaAllah saya akan cuba LEBIH berjimat cermat mulai sekarang dan LEBIH berhati-hati berbelanja. 'Hujan' boleh datang bila-bila masa. Jadi payung harus disediakan sebagai waspada. Dalam kepala sudah mula merangka Pelan A dan Pelan B.

Ya! ianya masih tentang ekonomi krisis.
Setiap kali berhimpun ada sahaja polisi baru syarikat tentang itu dan ini. Potong gaji. Potong staf. Kami juga tentu tidak terkecuali. Jika di Pakistan dahulu kami merantau berdua dan di Bahrain kini kami bertiga.

Barang juga sudah beranak pinak. Banyak sangat. Beberapa Malaysia yang pulang menyedekahkan barang yang elok-elok lagi. Mainan budak, pakaian mak bapak. Kini, saya sudah membuat senarai:

1- Tidak lagi membeli sebarang mainan Umar.
2- Tidak lagi ber-shopping setiap hujung minggu barang dapur yang cepat rosak. Beli hanya apabila hendak masak. Sebab biasanya saya membeli seminggu barang dapur dan kadang-kadang saya tidak masak kerana ada hal lain, lalu banyak yang rosak atau melebihi tarikh luput dan terpaksa dibuang.

3- No more clutters! Jika ada Sale- hanya boleh cuci mata sahaja!
4- Suami cakap, jika ada barang yang sudah tidak mahu diguna, jika balik nanti sudah boleh mula hantar sedikit- demi sedikit. Haha... kontrak dua tahun sudah hampir habis... Projek juga sudah hampir habis... Kalau tidak muat flight- sedekah sajalah...

5- Kalau balik Malaysia... Err... mungkinkah kami juga akan bekerja di Johor? Hehe...
6- Boleh tambah anak!

...tata...

0 comments: