Ianya salah satu tiang Islam yang lima. 2.5% harta yang cukup nasab, bukanlah milik kita. Ianya milik si miskin.
Mengucap SYAHADAH,
mendirikan SOLAT,
berPUASA di bulan Ramadhan,
mengeluarkan ZAKAT dan
menunaikan HAJI jika mampu.
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)
Untuk cara mengira zakat boleh ke sini: http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp
Ada 2 jenis zakat iaitu:
1-Zakat Fitrah
(Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.) SUAMI BAYARKAN. TQ!
Di Bahrain, zakat fitrah adalah BD1 =RM10. Tahun lepas BD2. Mungkin kerena ekonomi krisis, terus turun nisbahnya menjadi separuh sahaja.
2- Zakat Harta
(Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:)
Zakat Pendapatan-->>SAYA!
Sebab saya bekerja dan juga mendapat pendapatan daripada menulis buku. Pendapatan menulis terus boleh ditolak 2.5% untuk zakat barulah saya masukkan ke dalam tabung haji. Kemudian Tabung Haji pula akan menolaknya setiap tahun apabila cukup haul sebagai zakat wang simpanan.
Awal tahun 2009 ini saya telah menutup semua akaun BSN, ASB dan ASW saya saya miliki. (Haha.. tidaklah banyakpun) Sebab dengan Tabung Haji, rasa lebih 'terurus' simpanan dan mereka terus menolak duit zakat. Terus saya bukakan untuk Umar sekali sebab kecil-kecil lagi Umar sudah ada wang yang diberi oleh kawan-kawan saya di sini untuk hadiah kelahirannya. Saya goda-goda suami juga dan akhirnya saya berjaya meng-influence dia. Hehe... Buku Tabung Haji nya yang sudah bersawang dengan angka cuma RM200 di-update semula. Bye-bye ASB.
Barangkali saya juga terpengaruh dengan Abang dan Adik saya. Kebanyakan mereka sudah menutup ASB dan hanya mempunyai Tabung Haji. Bercakap pasal berkat dan mencari yang halal, merekalah yang saya rujuk. Biarlah sedikit asal berkat.
Zakat Wang Simpanan--> SAYA!
Sebab sudah masuk Tabung Haji, tidaklah perlu pening kepala lagi.
Zakat Emas dan Perak -kalau pakai sendiri tidak perlu dibayar zakat. Jadi jika ada yang mengelak zakat emas ini, bolehlah mengalung segala rantai dan gelang dari hujung jari ke hujung bahu--> tapi harus hati-hati dengan si-mata-liar ya.
Zakat Perniagaan- tiada!
Zakat Binatang Ternakan-tiada!
Zakat Pertanian -tiada!
Zakat Saham -tiada!
Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz * Tiada! (harta karun dan galian. Kalau ada best juga!)
***************
Saya berbual-bual dengan seorang teman.
"Banyaknya sedekah..." saya memuji.
"Biasalah Ramadhan.. rebut pahala,"
"Alhamdulillah. Sudah keluar zakat?" soal saya.
"Sudah tadi. Cuma BD1"
"Oh zakat fitrah ya..."
"Ya!" jawabnya yakin.
"Bagaimana dengan Zakat wang simpanan dan zakat pendapatan?"
"Err... "
"Sedekah itu sunat. Zakat itu wajib."
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)
p/s: Saya dan suami masih berhutang fardhu haji dengan Allah. Semoga kami juga dapat menjadi tetamu Allah nanti.
Wednesday, September 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment