Saturday, August 8, 2009

Waktu yang comel

12.34.56.07.08.09
Cantikkan masa tersebut?

Haha... Dan yang paling cantik adalah, UMAR SUDAH TUMBUH SEBATANG GIGI pada waktu tersebut. Gigi bawah depan. Saya ingin beritahu satu dunia. UMAR SUDAH TUMBUH GIGI!
Alhamdulillah!

Dia sudah merangkak laju, sampai ke tandas dan dapur dia merangkak, habis rumah di jelajah. Bila saya mengemas baju, dia juga hendak tolong. Dia merangkak masuk ke dalam almari dan tarik-tarik baju. Ini mesti rajin macam Abi dia ini. Bagus-bagus! Abi dia pegang raket badminton juga, dia pegang raket lagi satu. Genggaman yang kemas dan erat. Aduh! Persis juara!

Dia sudah berpaut pada kabinet dan kaki, mungkin hendak mula berjalan nanti. Haha... Seronok tengok. Dan dua hari lepas, Umar terbalik aksi Ultraman dari dalam baby cot ke luar baby cot, terjatuh dan terlanggar rak piala di rumah yaya lalu terjelepuk di atas lantai... Meraung dan menangis dan luka di atas bibirnya. Saya tiba di rumah yaya dan buku pintu, yaya terus cakap dengan matanya yang sembab, "Umar fall down!"

Saya tidak sempat hendak bersedih, kerana YAYA SUDAH MENANGIS DAHULU! Saya pula yang pujuk dia supaya jangan rasa bersalah. Saya mengambil peristiwa itu sebagai, growing-up process. Namun dalam hati si ibu, aduh, berkilo-kilo doa saya titipkan agar Allah tetap memelihara Umar sebaik-baiknya. Ibu mana tidak takut perkara begitu berlaku pada intan payungnya bukan?

Oh ya, sejak minum vitamin, pengambilan susu Umar di rumah yaya bertambah dari satu botol kepada dua botol setengah. Alhamdulillah. Pencapaian yang sudah baik bagi saya! Terima kasih Allah!


**Saya merasakan yang wajah Umar saling tidak tumpah dengan Nazurah, sepupunya ini. Ada iras-iras, bukan?

Dipetik dengan izin dari http://haiyskidsstuff.blogspot.com/

0 comments: