Tuesday, August 18, 2009

Sebelum Ramadhan 2009

Esok Khamis... Minggu depan sudah bermula Ramadhan 2009...

Oh ya! Saya di site, waktu bekerja hanya dari pukul 8 pagi hingga 2 petang. Best bukan? Itulah sebabnya saya sungguh gembira bekerja di Bahrain... Bulan puasa balik awal separuh hari! Baik betul King Hamad Sheikh Khalifa! Terima kasih banyak King!
Hasil tangkapan lautnya segar-segar... udang ketam.. ikan pula manis-manis rasanya... Memang segar dari Laut Arab! Sayur juga manis-manis di sini... Sebab itulah saya seronok tinggal di sini walaupun cuacanya agak panas. Alhamdulillah di atas segalanya...

Oh, ya... lagi satu...
InsyaAllah, sepanjang Ramadhan saya tidak akan update entry baru dalam Dunia Penulisan Umi ini...
...kecualilah saya kemaruk sangat hendak menulis entry... Jadi sesiapa yang rindukan bacaan saya, belasah sajalah entry lama2 itu ya... (Adakah yang rindukan saya? Hahaha...)

Sempena Ramadhan bolehlah lawat blog http://www.saifulislam.com/ untuk muhasabah diri...
ATAU
ke blog http://tiffinbiru.blogspot.com/ untuk resipi berbuka puasa. Blog yang penuh dengan resipi dan gambar yang sungguh menarik daripada Mat Gebu (Sayapun baru tahu tentang blog ini minggu lepas semasa men-google mencari idea makan malam)
Sebelum terlupa.. terima kasih kepada semua yang menyinggah di sini, terutamanya yang jerit di kotak jeritan itu dan tinggalkan komen. Saya sangat hargainya. Sungguh!

Cerita Berfoto...

Haziq- sebaya Umar, anak sepupu di Terengganu, yang lahir dengan jantung berlubang... Saya menatapnya dengan airmata. Sungguh! Hati Ibu mana yang tahan melihat bayi suci menanggung sakit begini... saya menceduknya dari blog: http://jahtelipot.blogspot.com/
Singah ke blog teman...http://nueazzahra.blogspot.com/
Oh, ada foto pantai kampung saya... (semua pantai di Terengganu saya rasakan sama seperti kampung saya) Cantik bukan?
Bicara sepi pohon rhu... penuh zikir rindu kepada Pencipta.
Saya suka foto ini... Mesra sang kakak dan si adik... Oh Haziqah, Acik Umi rindu celoteh mulutmu yang manis itu! http://mimimarina.blogspot.com/ Dunia sains Aiman-Siri 6
.
Hadiah cuti puasa dan raya untuk adik-adik yang menantikan lebih fakta sains yang diolah santai dalam penceritaan Dunia Sains Aiman...
Kali ini lebih istimewa kerana Aiman menggali harta karun! (Oh, ya! Cover-nya rasa-rasa warna gold-keemasan... Wah! tidak sabar saya hendak melihatnya... ) Boleh semak di pentas sesawang PTS: http://www.pts.com.my/ untuk update terkini.
.
Doa Untuk Mereka Yang Saya Sayang
.
Abang saya menyambut harijadinya lagi. Sudah angka 4 di depan. Dahulu semasa dia di luar negara untuk belajar, sering dia mengirimkan saya kad supaya belajar rajin-rajin... Saya sungguh bermotvasi mendapat kad sebegitu. Apatah lagi apabila setem di kiriman adalah dari luar negara.
.
Dan sebelum berkahwin, beliaulah yang banyak membawa saya, adik saya dan bonda saya berjalan... melawat itu ini... snorkeling... Pertama kali merasa McDonald adalah dengan dia... Fish fillet... makan aiskrim sambil menikmati persekitaran...
.
Pertama kali masuk pawagam, dialah yang membawa kami- Cerita Free Williy! Sangat teruja! Dan sempena itulah emel pertama saya bernama Blue Whale!
Dan yang paling best lagi tentang dia... Saya boleh tanya apa saja, dan dia akan ada jawapannya!
Sungguh! Kalau tidak percaya, tanyalah dia tentang bagaimana taufan mendapat namanya.
Haha... jawapan yang saya terima, macam National Geographic! Atau cuba tanya tentang kontrak sosial di Malaysia... Jawapan di hujung jari! Atau bagaiman posmen mengepos surat! Tentu dia tahu.
.
Oh, ya! Dia memang bijak! Bukan setakat bidang dia, general knowledge dia cukup bagus. Kalau dia bekerja di Bahrain, saya akan syorkan dia tinggal di Miami Park- tempat paling best di Bahrain!
Saya sering lupa untuk wish siapa-siapa di dalam keluarga kecuali bonda sahaja... Apatah lagi sudah berkahwin, hanya suami dan anakanda sahaja dalam kepala. Namun biarpun begitu, nama-nama aArwah ayahanda, bang, kakak, adik... sering masuk dalam senarai doa saya yang baik-baik...
.
Dan doa saya kian panjang dengan senarai nama... Kalau sebut nama abang, kenalah sebut nama isterinya sekali. Jika sebut nama kakak, kenalah sebut nama suaminya sekali... dan anak-anak mereka juga... Sebab kebahagian mereka tentunya dengan keluarga mereka juga.
Juga yang mempunyai masalah, mengadu dengan saya... Nama mereka juga saya titipkan dalam doa saya. Saya di antara mereka yang sangat percaya kepada KUASA DOA KEPADA ALLAH.
.
Oklah...
.
Sekian sahaja untuk kali ini... Bertemu lagi, insyaAllah di Syawal nanti... Semoga kita semua keluar dari Ramadhan sesuci bayi. Teruslah berdoa untuk MASUK PENUH BERGAYA ke dalam SYURGA FIRDAUS dan bertemu Rasulullah dan menatap wajah Allah di akhirat.
.
p/s: Saya akan pasti sangat rindukan suara buluh perindu Ustaz Asri Rabbani... lirik nasyidnya setiap kali menusuk kalbu bila dihayati...
.
Sekian, Terima kasih semua...

1 comments:

Anonymous said...

kak nya,bila nak keluar buku sambungan siri armand ni...