Monday, August 17, 2009

Mood sedih

Emosi terganggu. Ada perkara yang membuatkan saya sedih. Sebelum berkahwin, kakak ada bercerita tentang perkara 'c' yang diketahui berlaku di sekitarnya. Mendalami kehidupan selepas 'c' yang diceritakan, memang boleh dibayangkan kesukarannya, fizikal dan emosi.

Nasihatnya pada saya, "Terima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya. Tiada siapapun yang lebih bagus di antara pasangan suami isteri. Selebihnya, banyakkanlah berdoa yang baik-baik pada Allah," ujarnya.

Saat ada yang menangis gembira di atas ijab kabul, di sudut peta dunia lain, arasy Allah bergegar mendengar lafaz 't'. Bolehkah cerucuk bahagia didirikan di atas pasak airmata insan yang lain?

Semua kuasa Allah. Memang ya. Tetapi tegar sangatkah hati untuk bersama yang 'dicintai sepenuh jiwa dan raga' hingga ke hujung nyawa, walau terpaksa berjuang dengan 'meruntuhkan' istana cinta pasangan yang sudah bertahun menyemai cinta? (Oh, saya sangat tidak gemar menggunakan perkataan 'meruntuhkan'- kurang positif rasanya). Bukan setahun dua, tetapi hasilnya sudah beranak enam dan lima... Pohon cinta yang sangat rendang tiba-tiba diracun rumpai dan lalang... Saya tertelan air liur melihat senyuman 'saat bahagia mereka'.

Saya masih sedih...

Ya! Saya sedih jika istana cinta yang halal lagi diberkati Allah tiba-tiba hilang. Ya, memang 'c' halal. Memang 't' sah! Siapa bisa melawan noktah cinta yang ditetapkan di Luh Mahfuz. Tiada siapapun. Cuma hati ini masih sedih...

Saya mendoakan yang baik-baik untuk yang baru hilang mahligai bahagia dan juga yang baik-baik untuk yang baru memasuki gerbang bahagia.

-Semoga Britney Spears terus positif dengan kehidupannya bersama anak-anaknya!-

0 comments: