************************

“Bagaimana Prof. membahagikan masa antara kerja, dakwah dan anak-anak?,” tanya Muhaimin. Saya termenung memikirkan bagaimana mahu menjawab setepat mungkin. Seperti biasa, saya tidak mahu orang salah sangka dengan rutin kehidupan saya.
“Kurangkan tidur!”. Itulah kesimpulan kepada sedikit penerangan kepada beliau. “Ikhlas, bersihkan hati dalam setiap tindakan. Mohon pada Allah. InsyaAllah susunan kehidupan kita akan terbahagi dengan teratur”.
Dipetik dari: http://muhdkamil.net/kehidupan/page/3/
Masalah saya ialah saya harus cukup tidur. Jika tidak kepala saya pening dan badan saya tidak larat. Terasa sengal-sengal. Dan definasi cukup bagi saya adalah tidur banyak jam. Sekurang-kurangnya 8 jam dan selebih-lebihnya- ikut suka badan. Badan sudah terlalu penat melunasi tugas di pejabat dan hujung minggu jika tidak ke mana-mana saya akan berehat semahunya di syurga dunia saya- Rumahku Syurgaku. Saya penat untuk menulis, dan saya penat untuk membaca al-Quran. Beginikah ciri-ciri calon penghuni Syurga Firdaus?
Ada sesuatu di situ yang saya sering fikirkan. Banyak tidur mengurangkan perkara yang saya lakukan. Perkara yang saya lakukan hanya 'cukup-cukup makan'. Tiada yang sunat, hanya yang wajib sahaja. Jarang-jarang khusyuk hadir- tidak hanya di dalam solat, malah kerja pejabat atau perkara lain, ianya lebih kepada melakukannya kerana tugas yang tergalas. Adakah ia dikira ikhlas kerana Allah? Beginikah ciri-ciri calon penghuni Syurga Firdaus?
Tidur memang nikmat. Di saat jiwa kita dipegang Allah dan roh melawat kebun mimpi, jasad sedang tidur. Namun tidur yang banyak tanpa pekerjaan lain yang bermanafaat, bagaimana harus mengumpul skor catatan amalan sebelah kanan yang tertinggi? Beginikah ciri-ciri calon penghuni Syurga Firdaus?
Bukan! Bukan! Bukan!
Calon Syurga Firdaus dicatatkan dalam surah Al-Mukminun yang digariskan Tuan-Punya Dunia, Pemilik Bumi dan Langit serta seisinya adalah:
Orang yang;
1-khusyuk solatnya,
2-menjauhkan dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,
3-membersihkan hartanya,
4-menjaga kehormatannya,
5-berpegang pada amanah dan janji,
6-memelihara solatnya.
Merekalah yang akan mewarisi Syurga Firdaus dan kekal di dalamnya... dengan rahmat Allah jua...
Selebihnya,
Kurangkanlah Tidur! Tambahkanlah aktiviti yang bermanafaat untuk akhirat, seikhlasnya kerana Allah semata-mata.

Sekian, terima kasih.
***********************************
"Abi, mari kita ke masjid!"
***************************
Astaghfirullahalaziim.... Astaghfirullahalaziim.... Astaghfirullahalaziim... Saya kembali pada-Nya. Semoga Allah ampunkan dosa saya sekiranya ada kesalahan pada catatan saya sepanjang saya menulis entry di 'Dunia Penulisan Umi' ini. Bukankah segala anggota yang dipinjamkan ini akan disoal-Nya nanti?
0 comments:
Post a Comment