Saya sudah berhijah ke rumah baru. Lebih kecil, satu langkah masuk ke bilik tidur, dua langkah menuju ke dapur dan kurang setengah langkah masuk ke tandas. Flat ini lebih dekat dengan pejabat suami. Buka tingkap sudah boleh menjenguk ke bangunan ibu pejabat. Tapi saya seperti biasa, harus memandu jauh ke tapak projek.
Umar nampak kehairanan, semalam. Lama dia memandang ke sekeliling- dinding dan siling rumah malah berkali-kali dia merenung wajah saya, menoleh ke sekeliling dan memandang saya kembali, seolah-olah bertanya, "Ibu, ini rumah kitakah? Nampak lain!"
Ya! Inilah syurga baru kami. Ringkas dan kecil. Satu unit flat yang hanya sebesar ruang tamu rumah agam Bonda di Terengganu. Namun doa saya rumahtangga kami tetap melimpah-ruah dengan rahmat dan berkat dari Yang-Maha-Pemberi-Segala-Rahmat-Dan-Berkat. Rumah kecil berbilik satu ini akan terus dipayungi kasih sayang dari Yang-Maha-Pemberi-Segala-Kasih-Sayang.
Allah, terima kasih kerana memberi kami ruang berteduh di atas mukabumi milik-Mu ini. Hati kami semua milik-Mu, maka Engkau dekatkanlah hati kami pada-Mu. Semoga hijrah baru ini akan lebih mendekatkan kami pada-Mu. Ameen....
p/s: Namun, jika ada rakan-rakan yang datang ke Bahrain, jangan segan hendak bermalam di rumah saya. Ringkas tapi signifikan, insyaAllah!
Sunday, August 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment