Tuesday, August 4, 2009

Hari yang ringkas

Pagi tadi, selepas yaya mengambil Umar ke dakapannya, saya melambai dengan ucapan 'bye-bye'. Yang ketara membuatkan saya agak terkesima, Umar mengangkat tangganya separuh bahu dan menggoyangkan tangan ke atas dan ke bawah pada kami. Ya! Umar sudah pandai melambai. Allahuakbar! Melihat perkembangan Umar setiap hari, nikmat yang bagaimana lagikah yang saya inginkan dari Allah?

Setiap pagi apabila bangkit jaga, Umar biasa akan turut terjaga. Saya tersenyum padanya, dan dia membalas senyuman saya dengan gusi tanpa giginya. Matanya penuh cahaya seperti mentari memancar waktu dinihari. Alhamdulillah! Alangkah comelnya bagi saya! Nikmat yang bagaimana lagikah yang saya inginkan dari Allah?

Apabila mengagahnya, dia akan membalas dengan perbualan yang panjang.. tata.. mama...baba... Oh! Banyak sungguh vocab-nya sekarang. Subhanallah, Nikmat yang bagaimana lagikah yang saya inginkan dari Allah?

Selepas memakaikan pakaian dan Umar diletakkan di atas lantai, dia menegakkan badannya bersedia untuk merangkak. Pertamanya dia akan menggoyangkan punggungnya ke depan dan belakang beberapa kali, sebelum mula melangkah ke hadapan. MasyaAllah, Nikmat yang bagaimana lagikah yang saya inginkan dari Allah?

Bendanya simple sahaja... cuma melalui hari-hari yang ringkas dalam hidup. Tapi Alhamdulillah, segala-galanya, nikmat anugerah Allah. Ianya berlaku spontan, saya tersedar dan memerhati seketika, menarik nafas dan melepaskannya kembali seraya bersyukur dengan apa yang saya lalui.

Umar masih lagi tidak sihat walaupun jauh lebih baik daripada beberapa bulan yang lalu. Semalam ke pakar Paedtriatric yang ketiga. Berhabis juga dengan kos perundingan dan ubat serta membeli satu alat nebulizer. Sekurang-kurangnya kami masih berusaha. Berhabis di sana, saya akan cuba berjimat di sini. Saya cuba mengawal cash flow dompet suami.

Terlalu banyak perkara yang saya fikirkan berkenaan soalan-soalan Allah di dalam kitabNya kini. Memikirkannya membuatkan saya akan pause seketika apabila sedang giat melalui masa dengan persoalan, "adakah ini dikira amalan ahli syurga Firdaus?"

Saya menelan air liur!

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

p/s: Ya Allah! Mantapkanlah dada Umar dengan Al-Quran. Jadikanlah dia di antara hambaMu yang mewarisi mukjizat Rasul Mu itu, ameen...

0 comments: