“Mereka ingkar dengannya sedangkan diri mereka mempercayainya dengan penuh yakin” (An-Naml : 14)
Ya! Selalunya hidup (bagi yang lemah iman) begitulah... Termasuk juga saya. Percaya tapi masih engkar. Tidakkah kurang cerdik begitu? Ya! Memangpun! Kerana mengikut telunjuk hati yang kurang bersih barangkali. Kita tidak nampak, tapi rasanya begitulah.
Seorang rakan pernah bertanya, macam mana hendak tahu perkara yang kita pilih itu dari Allah atau syaitan? Rules of tumb dia senang saja: jika ianya membawa kebaikan, tentunya dari Allah, jika ianya membawa keburukan atau maksiat, tentunya ia dari dorongan syaitan. Sebab Allah hanya memberikan petunjuk ke arah kebaikan. Belum pernah rasanya ada ustaz yang beritahu dalam ceramah mereka yang ada hidayah kepada kejahatan.
“Dan apabila datang kepada mereka perkara yang mereka ketahui, mereka (sengaja) mengkufurinya” (Al-Baqarah 89)
Yang ini juga saya takut. Syurga dan neraka jelas sudah. Dosa maksiat jelas sudah. Dosa lambat subuh dan isyak jelas sudah. Tapi hakikatnya, sehari-hari, begitu juga!
“Dan tidaklah sekali-kali Allah menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah itu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya (kepada orang-orang yang beriman).” (Al-Baqarah: 143)
Alhamdulillah, dan akhirnya ada sebaris ayat yang menyenangkan hati saya. Seorang yang mengucap dua kalimah syahadah memang tetap berbeza bagaikan warna putih dan hitam. Namun, jauh benar bezanya akhlak kita dengan akhlak Rasulullah yang langsung tidak mengenepikan perintah Allah dalam apa jua perkara. Bukannya main pilih mana kita hendak lakukan, mana yang memberi faedah kepada sendiri. Muslim yang patuh adalah "Saya dengar dan saya turut".
Oh! Susahnya menjadi Supermuslim! Yang paling saya risau adalah soal solat sendiri. Sebab sudah jelasnya perkara solat adalah paling utama untuk diri sendiri. Perkara antara Allah dan diri sendiri. Ianya bukan melibatkan jiwa orang lain, ianya antara kita dan Allah. Dan itulah piawaian yang akan diukur Allah di mahkamahNya nanti.
Oh ya! Entry yang saya tulis adalah untuk pesanan kepada sendiri. Jika ada yang merasakan ianya bermanafaat untuk mereka, baguslah. Jika terasa kurang selesa, banyak lagi pilihan blogspot lain di ruang maya ini.
Sebenarnya saya tension dengan diri sendiri!!!! (Calon syurga Firdauskah begini?)
************************
SERIUS
Sudah tidak sabar hendak menatap cover DSA siri 6. Terbayang warna emas berkelip-kelipan. Haha... Saya memang sangat sukakan Aiman Zainal!
"Kenapakah langit dan laut berwarna biru? kenapa bukan hijau atau kuning?"
"Stokin putih yang direndam dalam Laut Merah akan menghasilkan warna apa?"
"Kenapakah matahari kelihatan lebih besar di Horizon Cinta?"
Manuskrip lain? Semuanya 70%... Terbengkalai kerana penulisnya sedang mengalami masalah jiwa yang tidak keruan sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana saya TERLALU SERIUS BERFIKIR tetapi TIDAK SERIUS MELAKUKANNYA! Jadinya, ia sungguh menyesakkan serebrum kiri dan kanan serta abolongata saya malah arteri dan bronkiol saya jadi serba tidak kena. Serve me right! Alhamdulillah.
*****************
JATUH CINTA BERKALI-KALI
Saya angkat telefon, "Hello, Abang. Buat apa?"
"Sedang review drawing semalam. Nanti ada discussion dengan engineer."
"Ohh... " Saya mengangguk. Mesti sedang makan kek coklat bekal sarapan tadi sebab kedengaran mulutnya mengunyah.
"Kenapa?"soalnya.
"Rindu!"
Entah apa-apa saya ini, setiap hari selepas bersalaman dan cakap, 'ampunkan dosa-dosa saya' dan suami kucup dahi saya, saya menekan pedal minyak kereta. Semerta hati saya terus digamit rindu. Benar agaknya jauh menjadikan kita rindu. Padahal karang bertemu lagi.
Rasanya setiap hari, saya jatuh cinta berkali-kali pada suami saya. Menatap wajahnya yang bersih dan tenang membuatkan sayang saya bercambah...
Merenung wajahnya dengan peluh merenik apabila dia mengangkat tong air besar yang berat atau menukar tayar pancit, cinta saya kian merendang...
Apabila saya bangun tidur, dia sudah bersiap-siap menggsosok bajunya dan bertanya, "Sayang hendak pakai baju mana?" Haha... Terus jatuh cinta lagi, tidak sempat baca doa bangun tidur. Perasaan cinta dahulu berputik.
Apabila saya sedang memasak, dia sibuk mesin baju dalam mesin basuh semi-auto, saya spontan termenung di tepi sink, Cinta datang lagi!
Subhanallah!
Ish! Tak sesuai hendak berjiwang di pejabat dan menitik air mata syahdu masa begini. Terima kasih Allah kerana melimpahkan rahmat dan kasih sayangMu ke dalam rumahtangga kami. Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami hingga ke Syurga Firdaus-Mu Ya Allah.
Wednesday, August 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehehe....bila hidup berjauhan dari keluarga n teman..kita hanya ada dia...dan kita akan semakin sayang padanya...
BIJAK LA KOMEN 1ST tu... mgkin umi tak da sesapa...kat sana..hanya bergantung/ berkawan dgn suami...maka nikmat tuhan yang manakah yg kamu dustakan?...tau tak apa yg liza nampak?..dari tiada rasa semasa berkahwin...huhuhu lepas kawen terus angau yek?...saja allah hantar korang bertapak di bahrin sana nun... (^_^) hikmah allah kan umi pd umi........ tapi jelesnya... bila lz nk jupa nih..
Post a Comment