Thursday, August 13, 2009

Bulan Membeli Pahala

Membeli Property Di Syurga

Jualan Murah Pahala di Bulan Ramadhan... Beli satu berganda 10 atau lebih!
Anjuran dari Tuan Punya Dunia. Jom Rebut Jualan Murah ini!

Ya! Saya juga tidak sabar. Terasa penantian Ramadhan kali ini agak berbeza. Entah kenapa, terasa di hati saya ianya insyaAllah lebih berbeza... Saya harap troli saya lebih besar untuk mengangkut pahala yang dilelong murah oleh Allah pada setiap Ramadhan. Pahala berjenama yang dijual pada harga yang jauh lebih rendah.

Bulan untuk membersihkan buku amalan. Moga-moga kitab lebih bersih dan cantik untuk ditunjukkan di Al-Mizan nanti. Bulan untuk mengejar bonus cabutan bertuah Lailatulqadar untuk memenangi 1000 bulan beribadah (83 tahun). Siapa tidak mahu?

Oh.. dan paling menarik. Tawaran istimewa untuk pengampunan dari Tuan Punya jiwa dan dijauhkan dari azab neraka yang maha berat dan azab. Oh, jauhkan.. jauhkan... Semoga kita keluar dari Ramadhan penuh dengan redha Allah...

Saya ingin membeli property di Syurga Firdaus... Kalau dapat beberapa puluh rumah agam dan berpuluh-puluh buah istana persinggahan.. 100 ribu ladang buah-buahan dan 200 ribu kebun bunga yang wangi seluruh syurga. Tilam emas, cangkir perak, tilam baldu, budak-budak suruhan bermata jeli... meneguk air telaga Kauthar atau dari sungai Sallsabil... Bersapa dengan jiran yang saya kenali dari Dunia... "Salam, salam..."

Juga tiket untuk makan malam, tengahari dan sarapan semeja dengan Rasulullah SAW dan keluarga Baginda setiap minggu. Untuk saya, suami dan Umar serta ibu bapa dan ahli keluarga saya. Dan tiket paling mahal- eksklusif kelas satu (gold class) bertemu Allah dan menikmati wajah Pencipta Semesta.

Jom berjual-beli dengan Allah!

******************
Operasi Mata

Semalam suami buat minor operasi di Hospital Nafees. Saya cakap pada dia, "Abang, kawan saya cakap, doktor pernah bagitahu dia. Orang bulu mata panjang begini memang senang dapat penyakit mata, kerana bulu mata yang panjang memerangkap habuk dan sebarang organisma di udara."
"Iyakah?"
"Iyalah. Sebab dia juga selalu sakit mata kerana bulu mata dia juga lebat dan panjang," tambah saya.

Pagi tadi, saya letakkan Umar di Baby seat belakang. Menangis dia tidak mahu. Akhirnya terpaksalah saya memangkunya di depan sambil memandu perlahan ke rumah yaya. Risau juga kalau bertembung polis trafik, sebab di sini polis selalu membuat tinjauan menjaga keamanan!

Suami terlantar di rumah selepas operasi mata semalam. Semoga dia cepat-cepat baik, ameen...

*******************
Hari Jadi Saya!

Hari ini saya dapat kek keju yang lazat dari kedai kek paling ngetop di Bahrain- Le Chocolate. Surprise Party untuk saya, dari teman sekerja sempena Hari Jadi Saya!

Celebrating a birthday in the workplace is HIGHLY UNPROFESSIONAL, VERY UNPRODUCTIVE and generally FROWNED UPON by the management..

........that's why we love it!

********************
Zara dan Zariz

....dan akhirnya saya ketemu Zara dan Zariz di alam realiti... Semoga jodoh mereka hingga ke hujung nyawa...

Saya hendak meletak wajah mereka di sini, tetapi risau pula tuan punya diri tidak bersetuju. Jadi biarlah saya menatapnya sendiri. Memang sebijik macam Zara (model/pelakon iklan)-Zariz (kerja Petronas) dalam Horizon Cinta! Bernikah cepat-cepat ya!

1 comments:

zurina said...

umi..happy belated birthday..
saya dah baca Horizon Cinta....errmm...bestnya...esp part zara ngan zariz mula-mula berkenalan di dalam kapal tu...terhibur sangat. Terasa seolah-olah saya pun ada kat atas kapal tu perhatikan diorang...seronok sangat baca...
tahniah yer...