Saturday, July 25, 2009

Umar pada Umur 8 bulan.

Hari ini 23 July 2009, genap Umar 8 bulan. Pagi tadi menghantarnya ke rumah yaya, PERTAMA KALI Umar menangis... terkejut saya! Ya! Umar sudah mengerti, siapa Ibu dan Abinya. Dia kini mengerti yang kami tinggalkan dia dengan orang lain, bukan darah dagingnya.

Dari umurnya sebulan hingga ke bulan ke enam bulan, mukanya ceria, melompat-lompat di dalam dakapan di depan pintu rumah yaya. Menginjak ke umur tujuh bulan, saya dapati mukanya keruh didakap yaya semasa kami menghantarnya. Saya perasan perubahan perilaku Umar. Dan pagi ini, usianya lapan bulan, dia manangis dan menjerit "ma... mam.. maa...." saya tidak sampai hati melihatnya, bergegas saya turun tangga dengan abinya.

Umur 1 bulan, sering menangis dan meraung semahunya pabila waktu menjengah maghrib hingga ke isyak... dia boleh merenung lampu rumah dan pintu rumah yang berwarna merah kemudian terlelap keletihan. saya trauma apabila waktu itu tiba. Mula ajar flash card.

Umur 2 bulan- hanya mahu susu ibu. boikot susu botol. Alhamdulillah, ke rumah yaya, dia boleh minum hingga 5 botol kecil.

Umur 3 bulan- minum susu botol dalam 3 kecil (4 oz). sikit benar berbanding sepupunya yang lain. Mula batuk, sejak balik Malaysia.

Umur 4 bulan, dia meniarap buat pertama kalinya. dan mula diberikan sedikit makanan cerelec. boleh minum susu hingga 4 botol kecil.

Umur 5 bulan dia duduk dengan sokongan. Suka menendang-nendang kakinya di dalam air. daya fokus juga tinggi ketika diberi bahan bacaan.

Umur 6 bulan duduk tanpa sokongan dan mula meniarap dan berpusing. menjelir lidahnya dan sangat suka makan pisang lecek. mula belajar genggam tangan dan buka semula- menurut Filipino, saat ini bermakna mereka mula memahami. Abi belikan Piano mainan yang Ibunya suka lagu twinkle-twinkle little star...

Umur 7 bulan dia berpusing dan mengelak memakai lampin. berpusing 360 darjah dan mengesot dari ruang tamu ke hujung dapur. sekali sekali punggungnya diangkat untuk cuba merangkak. Selebihnya dia selesa berenang di atas lantai dan kadang-kadang menjilat lantai untuk merasa tekstur lantai rumah. Namum kini dia minum susu kini hanya 1 BOTOL KECIL sehari di rumah yaya! Selera makannya kini benar-benar merosot seiring dengan tahap kesihatan yang tidak memberansangkan. masih batuk dan berhingus! Minggu depan jumpa paed for 3rd oppnion, insyaAllah.

Sering saya bersolat, saya cuma letakkan Umar di atas lantai tepi saya. Saya mahu dia faham ritual ibadah pada Allah yang kami lakukan. "Ibu solat sekejap, Umar jangan menangis ya!" Biasanya dia diam dan memerhati. Jarang dia menangis sewaktu diletak begitu, kecuali jika saya bersolat terlalu lama dan dia tidak tahan tanpa perhatian.

Bayi dididik dan diasuh ibu dan abinya, hakikatnya Allah lah yang menjadikan dia bijaksana penuh hikmah dan tetap istiqomah...

"Umar, Ibu dan Abi sayang Umar."

0 comments: