Saturday, July 4, 2009

Tip

Hari ini saya sungguh down... iman down... diri down... motivasi down.. masak karipap inti masin.. buat sambal terpedas giler (suami tidak tahan pedas)... punat dan sambungan wayar periuk nasi rosak dan sekarang saya mengeluarkan periuk nasi itu dan dimasak di atas api dapur... manuskrip kena rejek dan yang kedua dihantar ada unsur2 kena rejek... Manuskrip lain yang hendak disiapkan terasa berat bagaikan mendaki langit... Tergagap-gagap mengaji kini-tidak selaju biasa kerana sudah lama tidak mengaji... geram jadinya! Ramadhan kian menghampiri...

Umar masih batuk. Saya rasa menyalahkan diri sendiri kerana dia masih batuk. Pasti kerana dosa saya ibunya yang kadang-kadang lewat solat, pasti dosa saya ibunya yang kadang-kadang mengeluh geram di dalam hati. Pasti dosa saya kerana kadang-kadang engkar kata suami. Ya! Umar masih batuk, pasti kerana dosa saya Ibunya. Dia bayi yang suci. Jika ada yang berlaku padanya, pasti salah Ibunya. Kasihan betul tengok dia. Segala-galanya tentang diri sendiri terasa sungguh DOWN and DOWN.... aduh!

(Alhamdulillah a'la kullihal... May Allah grant Umar Shifaa'.. ameen...)

************
Kawan saya emelkan sesuatu yang saya ingin letakkan di sini sebagai rekod. Untuk tip2 lanjut bolehlah lah ke blog dia:http://leeya-myra.blogspot.com/ untuk penulisan yang baik. Saya juga membacanya untuk rujukan. Malah untuk membalas emel orang yang tanyakan tip juga, saya copy&paste dari blog dia.

Tip Menjadi Penulis Bestseller
(dipetik daripada buku Tip Menjadi Bestseller oleh Zamri Muhamad terbitan PTS Profesional)
Penulis akan gagal jika menulis kerana duit semata-mata.
- lihat wang sebagai alat bukan matlamat.
Menulis dan merancang kejayaan buku adalah dua perkara berbeza.
-tulis buku dengan menilai banyak aspek – permintaan dan potensi jualan.
Penulis bestseller memberi kemudahan kepada orang lain melalui bakatnya.
- penulis boleh membantu orang melalui karya yang dihasilkan; memberi ilmu, semangat, harapan.
Menulislah dan kesempurnaan akan datang secara berperingkat.
- proses pembelajaran berlaku sepanjang masa.

Fokus semasa menulis.
- fokus kepada pembaca sasaran membantu penulis menulis khusus untuk keperluan mereka.
Raikan kejayaan kecil, kejayaan besar akan menyusul.
- jangan tamak.
Pendorong menjadikan penulis bersemangat untuk berkarya.
- pendorong mungkin terdiri daripada ahli keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.
Komited dan disiplin.
- tepati deadline. Kesungguhan dan disiplin penulis memberi imej baik di mata penerbit.
-kegagalan menepati deadline menyebabkan penulis terpaksa menyusun semula jadual.
Bina pasaran melalui media dan internet.
- promosi penulis berperanan besar.
Sentiasa bergantung harap dan positif kepada Tuhan.
- motivasi penulis ada turun naiknya. Masalah akan muncul, tetapi sentiasa beruasaha dan tawakal. Doa adalah senjata orang Mukmin.

************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 2

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuan sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbun tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku.
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu.

Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja da kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

0 comments: