Tuesday, July 14, 2009

Berperang Syahid di Kamar Hospital

Seorang teman baik semasa di TJ, mengumumkan yang dia sedang pening & loya sekarang. membacanya membuatkan saya terus mencapai beg untuk mendapatkan henset bagi menghubunginya, kerana TERLALU GEMBIRA! Ini bakal anak ketiga baginya. Sungguh saya teruja... Malangnya... henset tertinggal di rumah!

Tiba-tiba, semacam ada hormon estrogen kembali merembes di dalam biologi diri... perasaan teruja untuk mengandung lagi.... terasa rindukan waktu 9 bulan membawa Umar di dalam rahim tahun lepas... Perasaan rindu itu terasa menyelinap ke setiap saraf dan sendi... begitu indah rasanya itu, tidak tergambar oleh kata-kata... sungguh!

Walaupun semasa meneran beranak, sudah berkata pada diri sendiri, takut hendak beranak lagi... sebab SAKITNYA TERAMATLAH.... namun kuasa Allah itu sungguh luas... perasaan sakit teramat itu terubat demi melihat kelahiran dari rahim sendiri... Alhamdulillah...

Lepas beranak dahulu, saya ada tulis satu entry pasal pengalaman beranak.. tapi rasa terlalu 'seram' untuk saya publish di blog, jadi saya batalkan niat untuk letak di sini. Cukuplah yang indah2 sahaja...

Memang berat membawa kandungan... tidak tahan dengan alahan seawal 4 bulan pertama... kemudian tidak lena apabila menjengah ke 8 bulan seterusnya... berdebar apabila menghitung hari... ke hospital... berdebar membayangkan kesakitan itu... dan...MERASAI SAKIT ITU SENDIRI... kontraksi setiap minit... Aduh!

Memang berperang syahid di atas kamar hospital... Yang pastinya sebelum masuk ke bilik beranak (labour room) maaf dan halal segala dengan suami, itu yang pasti... harapan dengan redhanya sahaja yang dapat memudahkan urusan saya di medan jihad... semasa kontraksi, setiap minit meminta pada Allah Yang Maha Mencipta, dengan titisan air mata agar diringankan sakit... (Lepas itu kena tegur dengan jururawat: "Jangan menangis, nanti lagi kurang tenaga... kawal pernafasan sahaja, ingat Allah," katanya)

Berbual dengan beberapa para ibu, semuanya memberi pengalaman berbeza. Ada yang mudah amat, ada yang sukar sedikit, ada yang azab betul!

Ya Allah... rindunya rasa hendak mengandung lagi!

***********************
DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR 8

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapatdisembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya?

Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudianmenyusul namanama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA
Oh...Oh ...seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terusmenekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI"
Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan laguyang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.

1 comments:

ummubalqis said...

emm betul tu umi. saya pun rasa cam tu gak setiap kali tgk org pregnant. Tapi kena tggu balqis besar dulu la. anak istimewa perlukan perhatian yang lebih. takut dah ada adik nnti, terabai plak perhatian untuk dia