Thursday, July 30, 2009

Apabila gembira dan galau berbaur.

Pagi tadi henset saya berbunyi dengan lagu 'Words' kegemaran saya.
"Siapa pula telefon ini?"
Ya! Henset saya sangat jarang berdering di sini. Suami hanya menghubungi saya ke talian terus di pejabat jika ada apa-apa, sebab saya tidak gemar bergayut di henset, kerana radiasi gelombangnya buat saya pening.
"Saya dari... bla.. bla..."
"Hah? Err..."
Hati saya tergamam! Terkedu, tapi cepat-cepat memberi respon yang perlu. Setelah selesai, hati saya terus terpercik perasaan gembira. Ya! Gembira! Tadi adalah khabar gembira yang saya terima...

Namun tiba-tiba saya dipagut rasa takut. Semerta rasa risau dan galau... Muka yang tadi melebar senyum, kini kening saya hampir bertaut. Saya jadi takut untuk menerima khabar gembira, kerana risau di hujungnya di noktah dengan sebaliknya. Saya ingin melompat setinggi awan, namun kerisauan yang entah-apa-apa-entah memaku kaki saya di rumput bumi. Lantas gagang telefon dicapai menghubungi bonda di kampung.

"Hello... tadi ada orang dari.... telefon.. bla.. bla..."
"Oh! Baguslah! Alhamdulillah!"
"Tapi takut.... bla.. bla.. bla.."
"Tidak mengapalah.. itu semua kerja Allah..."
"Bonda tolong doakan ya!"
"Ya! InsyaAllah..."

Kini, hati lebih lega. Biar apapun keputusannya, segalanya sudah diatur Tuan-Punya-Dunia. Alhamdulillah, di atas segala-galanya...

1 comments:

NuE said...

0199393272..nanti balik Trg call tau ..nak jumpa Umar...cute...comel..