Bau itu datang lagi...
Ya! Saya digamit bau itu lagi.
Bau yang sungguh sinonim dengan kehidupan saya 10 tahun yang lampau...
di asrama TJ.
Bau pada daun pelam hijau takala basah selepas hujan.
Bau pada putik bunga pelam muda yang sering dipetik pelajar walaupun belum cukup umur.
Rindu itu menjengah minda separa sedar saya...
Mereka yang saya nampak, semuanya kawan-kawan saya yang bersatu bawah satu ukhuwah berpayung di bawah bumbung asrama dan sekolah.
Kehidupan yang sendiri dan berdikari... kehidupan yang kadang-kadang terasa sunyi sepi...
berlari menuju ke dewan makan, menerpa pada hidangan dalam dulang besi... keletang! keletung! Masakan yang tidak selazat bufet hotel, tetapi dengan nasi kawah itulah yang membesar dan membajainya tubuh, untuk kami terus melangkah, belajar di sekolah.
"Lari! Lari!"
Kadang-kadang ada siren berbunyi dari kakak2 lain apabila ada lelaki bukan muhrim memanjat pagar zink ringkas yang memisahkan blok asrama dengan kampung luar...
"Baca ayat kursi, baca surah Yasin!"
Arahan yang kadang-kadang berbunyi apabila ada yang tersampuk hesteria...
"Hah? Cuci tandas blok kilat? Aduh!"
Rungutan yang kadang kala terdengar di hari Jumaat apabila gotong royong terkena pada tempat yang paling dielakkan.
"Oklah, dari kena cuci tandas Blok A!" sampuk seorang lagi.
Di situlah rutin membesar 10 tahun yang lampau... 5 tahun di TJ penuh perisa...
Bau haruman rindu itu akan datang dan pergi... mimpi semalam akan sekala sekala hadir memberi peringatan pada diri...
Ya! Kita sudah melangkah jauh ke hadapan...
Monday, June 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Umi...adakala terkenang zaman lampau yang mengundang sejuta macam rasa yangpelbagai..kenangan digamit...terus menjelma...rindu menjengah..pada setiap ketika berada di bumi tj..mengajar sejuta erti kehidupan dunia dan akhirat..di situ mula mengenali kalam Allah denganlebhi rapat..mula bersujud tasbih setiap Jumaat..alunan surah Yaasin tak pernah sunyi, hidup sentiasa dalam musyawarah...berjemaah menjadi rutin, solat subuh di awal waktu..aduhai 5 tahun mendidik diri mendekatiNya..sentiasa awla solat itu..sekarang?ntah la...saya pun rindu untuk kembali berteduh di bawah bumbung itu Umi...Saya?semestinya hidup penuh protes di sana...tapi protes itu mengajar jutaan pengalaman...
Nasib baik aku tak terpisah lagi dengan dunia TJ. Dulu tahu dunia asrama putera je, skrg leh gak la tahu apa yg ada sebelah pagar zink asrama puteri tu. ;)
Apapun, dunia TJ antara paling indah dan paling aku nak kembali. Kembali pada suasana, bukan pada bangunan yang ada sekarang. Dengar-dengar, jauh gak la beza dulu ngan skrg.. Apapun, bangga gak laa duk dunia tu.
Jom Umi tulis buku pasal TJ. Dari Zink Aspuri ke Dewan Makan Putera. Hehehhe. Leh minta kawan-kawan sumbang penulisan. Atau... nanti la difikirkan.
Umi...ada masa..ada kesempatan garapkanlah satu catatan terindah kehidupan di bawah bumbung aspuri TJ....hihihhih.
Post a Comment