Tuesday, October 28, 2008

Novel Alaf21 & NBKara Terbaru

Untuk Peminat novel cinta Melayu... Terimalah karya terbaru mereka....

http://roseharissa.blogspot.com/

http://lilysuriani76.blogspot.com/

http://lailakamilia.blogspot.com/



Khas untuk penulis di atas... Tahniah! ini hadiah vidoe klip hippo dari Bahrain...
Juga buat teman-teman yang sedang melayan hati yang rawan... Every cloud has a silver lining!
(saya selalu duet dengan husband saya bila nyanyi lagu ni... cuba teka siapa jadi Hippo?)


video

Dua Kerja Kosong di Bahrain

Ok! Ok! Saya seorang QS… sekarang sedang bekerja di Manama, Kingdom Of Bahrain. Pengalaman kerja hampir 6 tahun… lepas graduate 2003, terus kerja hingga sekarang 2008. sudah 5 kompeni saya bekerja… rasanya setahun satu kompeni saya kerja dulu.. harap yang Bahrain ni tahan lama sikitlah….

Saya terasa nak tulis entry ini bila baca shout box- dari Banie… baru teringat yang Bos hari itu minta saya tanyakan sesiapa… (also thanks Sarah for dropping by here- sorry tak reply kat shout box)

Pengumuman:
Kepada adik-adik yang berada di dalam bidang QS yang terbaca blog ini, atau sesiapa yang ada kawan yang berminat untuk bekerja di Bahrain sebagai QS, boleh emel resume kepada umi_azrini@yahoo.com...
Nanti saya forward. Bos department dari HQ minta tanyakan. Ada tak Malaysian yang berminat menjadi qs. Fresh graduate pun tak pe… janji kena pandai autocad! Di sini kebanyakan Filipino yang pandai buat measurement guna autocad. Tapi bos department tu prefer Malaysian. Katanya projek Royal! Itu saja yang dia nak, pandai autocad measurement… skill qs lain tu biasalah… buat measurement dari drawing, kena buat BQ… itu memang dah asas QS kan? Gaji? Hehe… I tak tahu… kena submit resume, pastu bincang sendiri!

Komen saya:
Kerja kat Bahrain ni lebih seronok bagi saya sebab boleh balik on-time. Tak perlu stayback sampai malam.. tak perlu datang hujung minggu…. Saya dengar kalau kerja kat Dubai, teruk juga sebab diorang memang kejar dateline… tapi compare kat Bahrain, ramai orang cakap lebih ok sebab tak se-stress di Dubai…(of course gaji kat sana, saya dengar lebih lumayana) tapi harus diingat.. kerja di mana2 pun sama… semua ada masalah sendiri, ok? Orang dah bayar gaji, mesti kerja, mah…

Oh ya…
Hari ini hati saya senang.. cash- kan cek gaji semalam… saya tak boleh buka akaun bank lagi… sebab itu dapat cek setiap bulan… setiap kali dapat gaji… seronok! Kerja sebulan tak best-pun jadi hilang marah bila dapat gaji…. Hehe… mata duitan betul!

Dan masa dalam kereta…
Husband saya nasihat, kerja elok-elok… jangan selalu cari pasal dengan bos… sekarang tengah reccession… ekonomi tak elok sangat… yang paling cepat kesannya mesti bidang pembinaan… jadi harus jaga periuk nasi elok-elok… saya senyum dan angguk! Ya! Saya akan cuba untuk tidak melawan cakap bos saya… (lawan di sini bukan lawan tak nak buat kerja.. kadang-kadang saya dan bos ada pandangan berbeza dalam menyelesaikan masalah kerja, itu sahaja)

Hmm….
Dan ada tak sesiapa yang nak kerja sebagai baby-sitter a.k.a. maid saya di Bahrain ni? Gaji RM500… susahnya nak hantar baby kat nursery sini… semua half-day! Leceh betul!

Sunday, October 26, 2008

Jam pasir...

Setahun berlalu...

"Macam tak caya saya dah setahun kahwin..." saya berkata sambil mengusap perut yang memboyot. sesekali baby mempratiskan side kick-nya... aduh!
"Yerlah... saya ingat lagi muka umi masa nak kahwin dulu... kelat!" saya ketawa mendengar komen seorang kawan.
"Terima kasih sebab bawa saya ke Pakistan dan Bahrain!" ucap saya pada suami saya.

Dah setahun kami melayari rumah tangga atas akad yang dilafazkan pada raya ketiga tahun 2007. Hmm… dia bagi saya sesuatu yang cantik sebagai hadiah ulang tahun… hmm… saya suka! Tak habis saya memuji bertapa cantiknya gelang yang dibelinya. Memang saya yang pilih! Design tu saya memang suka. Nampak unik! (sebenarnya nampak 'keling'!)

Sekarang sedang sibuk menyediakan diri untuk melangkah ke bulan ke 9… menghabiskan minggu-minggu terakhir perjalanan 40 minggu yang indah… Alhamdulillah, kompeni cakap saya layak mendapat meternity leave 45 hari... (walaupun saya ada dengar perkara ini seakan menjadi isu beberapa ketika dahulu... yerlah.. sayakan kontrak di sini!)

Bulan pertama, saya tak selera makan… badan lemah dan asyik hendak baring sahaja. Tiga bulan kedua.. selera kembali.. dan saya benar-benar bertenaga dan mampu buat pelbagai perkara.. dan masuk 3 bulan terkahir… saya masih bertenaga.. tapi tak larat. Jalan pun sangatlah perlahan… dan pelbagai penyakit timbul..

Alhamdulillah, puasa Ramadhan saya penuh… syukur sangat! Lepas raya saya batuk (mc dua hari). lepas tu banyak stretch mark yang timbul.. saya langsung tak perasan kehadiran stretch mark di bawah perut sebab perut yang membesar menghalang pandangan saya ke kaki. Hinggalah mark itu menyerupai gunung berapi yang menyala2 dan menakutkan! Terperanjat tengok! Letak cream cocoa butter… masalah lain timbul… tak tahu elergik atau apa… kulit saya timbul biji-biji dan mula gatal-gatal bermula dari sekitar perut hingga kini habis satu badan (mc satu hari)….

Sekarang malampun tak boleh tidur lena… perut sudah menjadi sungguh berat… tapi hingga kini berat saya cuma bertambah 7kg sahaja dari bulan pertama… orang cakap sikit sangat! Saya memang tak boleh makan banyak sangat… macam tak muat perut… kalah waktu berdiet dahulu… namun doa saya, agar baby sihat sejahtera di dalam kantung rahim.

Visa saya masih belum terima… tetapi hal tersebut saya sudah tidak mampu fikir lagi.. saya tidak mahu tertekan dengan keadaan itu.. minggu lepas, setelah didesak oleh rakan ofis, mereka minta saya sekurang-kuranganya mendapatkan 'authorized letter' dari syarikat… saya tak mahu jadi PATI di sini… sangat risau macam mana pendaftaran anak saya nanti di sini… sebab saya belum ada visa/CPR lagi… entah kenapalah kompeni ni ambik masa lebih setengah tahun untuk dapatkan CPR saya.. nasib baik suami saya dah dapat dahulu… saya punya sahaja yang masih sangkut! Ya Allah permudahkanlah…

Semalam mula packing barang masukkan dalam beg… dokumen penting sudah siap siaga dalam beg selalu. Harap-harap tiadalah perkara buruk yang berlaku…

Baby juga semakin aktif… pantang digosok… terus mengeras di dalam perut.. kadang-kadang dia menolak paru-paru saya ke atas hingga saya terdiam tidak mampu bernafas tenang.. kadang-kadang dia mengeras dan menolak badannya ke bawah hingga saya terasa hendak ke tandas… aduhai anakku!

Badan saya sudah banyak lebam sebab tekanan perut barangkali sewaktu tidur. Sungguh payah berkalih sewaktu tidur.. kadang-kadang terjaga dan terpaksa fikir hendak kalih atau tidak… sebab lenguh tetapi sangat tidak larat untuk mengalih perut yang kian berat ketika berbaring.

Merasai sendiri pengalaman selama 40 minggu ini benar-benar menginsafkan… macam manalah ibu sendiri mampu melahirkan 8 zuriat dari rahim yang sama, sedang saya masih lagi struggle dengan yang satu ini….

Buku- Dunia Penulisan Umi

Dipetik dari laman web: www.alaf21.com.my & www.pts.com.my

----------Buku Remaja/Dewasa @ Alaf21----------

1- Sejujur Hatimu
(RM18, m/s 496)
-Reen dan Fahrin - hubungan mereka sedingin salju. Walaupun bersaudara, mereka tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin bijak dan berkarisma menjadi kebanggan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan hubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa.
Maya dan Fahrin - Kematangan usia membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.
Bagaimana kisah seterusnya? Siapa gadis yang sebenarnya bertakhta di hati Fahrin? Apakah hubungan antara Reen dan Maya?


-----------Buku Kanak-Kanak @ PTS-One--------------

1- Remaja @ PTS-One
(RM15.90, m/s 296)
-Ceriakan aidilfitri anda dengan 19 kompilasi cerpen terbaik daripada para penulis PTS ONE kesayangan anda. 21 himpunan cerpen menarik daripada para peminat PTS ONE dan koleksi komik yang menghiburkan. Penuh warna-warni dalam Remaja@ptsone 2008 khas buat remaja!

2- DSA- Edisi Khas Puasa Raya
(RM13.50, m/s 256)
-Aiman kelihatan bersemangat menyambut bulan Ramadan. Mana tidaknya? Aiman sanggup memecah tradisi hidupnya dengan membuat diari khas sempena bulan Ramadan. Inilah pertama kali dalam hidupnya Aiman buat begitu. Entah apa yang ditulisnya dalam diari itu, ya. Mari kita curi baca, apa yang Aiman tulis dalam diarinya sempena edisi khas Dunia Sains Aiman.
moral: Membaca diari orang lain adalah salah. Err… kecuali diari yang ini.

3- ADSA- Langkah Pertama Ke Dunia Baru
(RM17.00, m/s 272)
-Armand tidak pernah tahu yang dia adalah manusia berketurunan duyung. Hinggalah suatu hari, seorang lelaki berkepala sotong datang ke rumah membawa surat yang mengesahkan dia berasal dari duni Siber Atlantis.

4- DSA- Dunia Semut
(RM13.50, m/s 256)
-Aiman masih lagi keliru dengan suara halus yang menegurnya. Dia memandang sekeliling namun memang tiada siapa berdekatan pokok ketapang itu. Tiba-tiba ada sehelai daun yang jatuh ke atas bahu Aiman.
“Opocot!”
Aiman terkejut. Sangkanya, dia disapa penunggu itu lagi. Aiman mulai cemas. Baru sahaja dia hendak memulakan langkah seribu, suara itu memanggil lagi. Mulut Aiman sudah mulai terkumat-kamit membaca ayat kursi bagi mengelakkan sebarang gangguan. “Aiman!” tegur suara itu lagi.
Jantung Aiman mula berdegup lebih kencang. Hatinya sudah kecut, namun akal logiknya masih waras.
“Mana ada penunggu siang-siang hari begini...”otak Aiman mula berfikir.
Siapakah yang memanggil Aiman? Benarkah dia diganggu penunggu?

5- DSA- Dari Rusia Ke Malaysia
(RM13.00, m/s 224)
-Aiman, pelajar yang bijak dalam bidang sains dan matematik. Namun, mampukah kebijaksanaannya itu memulihkan hubungannya dengan jiran barunya?
Selain itu, cerita kali ini turut memuatkan banyak info sains. Pastinya tidak membosankan.

6- DSA- Kereta Solar
(RM13.50, m/s 256)
- Aiman, seorang pelajar sekolah rendah yang pintar dan suka membuat eksperimen sains. Hampir keseluruhan kehidupan sehariannya dikaitkan dengan sains. Dalam buku ini, Aiman mencipta kereta berasaskan tenaga solar dalam usahanya menyertai minggu sains di sekolahnya. Malangnya, ada pelajar yang mahu menggugat usahanya itu. Aiman bersama pengetahuan sainsnya terus berusaha bagi memastikan usahanya terus berjaya

Ini cerita lama 13

ShoutBox List...

Terima kasih banyak2 sesiapa yang meninggalkan pesan di shout box kecil blog saya. Bukan tak mahu reply/respon.. tapi masalah teknikal di blogspot yang menghalang saya membalas. Sebab sekarang adalah masa "once in a blue moon" saya kena senaraikan pengunjung yang telah meninggalkan jejak... jadi anda tahu, tuan rumah masih ada di sini.. Dunia penulisan umi masih lagi berfungsi dengan pelbagai catatan.. walaupun sering out-dated!

- laila
- ungu violet
- meor shariman
- sue
- anneze
- lolipop manish
- fadilah diyana
- anis ayuni
- bikash
- hezzy azra
- eka fahara
- ramlee awang murshid
- nasrul
- lily haslina
- brohandzalah
- attokz
- atikah
- intan
- jannatul adnin
- mimi
- ida
- jhazkitaro
- abang long
- Amdang

Terima kasih untuk ziarah anda semua... Selamat hari raya, maaf zahir & batin... :)

Ini cerita lama 12

Buat kanak2 rebina!

Pesanan buat adik-adik yang membaca blog ini. Blog ini mempunyai catatan yang ditulis direct tanpa editor yang mengedit tatabahasa, gaya bahasa, olahan dan sebagainya. Jadi memang terdapat banyak kesalahan ejaan dan singkatan perkataan dalam entri sya.

Blog ini tidak sesuai menjadi rujukan adik-adik menulis esei atau karangan bahasa melayu, kerana ia tidak menggunakan bahasa melayu tinggi. Malah bahasanya juga bercampur/rojak kerana ianya direct dari kotak fikian terus ke urat2 jari. Kat sini, akak tak sempat nak semak lah dik... sempat tulis jer apa yang terlintas di hati dan fikiran jer... adik jangan rujuk untuk guna dalam peperiksaan ya! Nak baca suka2 bolehlah..

orang cakap, ramai orang moden gunakan bahasa kaca.. ringkas, rojak... bukan lagi bahasa intan yang kemas dan ejaan betul. saya harus akui yang saya juga menggunakan bahasa kaca... sebagai penulis buku bahasa melayu, saya sebenarnya malu juga menulis blog begini menggunakan bahasa caca merba... jika penulis buku sendiri tidak serius memperjuangkan bahasa Melayu tinggi, siapa lagi? insyaAllah, sya akan cuba berusaha untuk menggunakan bahasa melayu tinggi dalam penulisan blog saya lain kali..

tetapi memandangkan "Ini cerita lama..." kali ini, adalah copy paste dari catatan berbulan dahulu, ianya masih lagi menghidangkan gaya bahasa kaca...

Ini cerita lama 11

Hatiku jatuh kasihan...

Malam tadi, lepas dinner, suami bercerita semasa dia mengganti tayar pancit, peluh meluncur laju, sampai spek mata diapun turut tergelongsor ke bawah hidung... masa tenghari semalam, saya sudah agak, waktu tu memang panas. Sebab masa malam kelmarin, mengisi angin tayar kereta pada waktu malampun, dia berpeluh sakan. Itu waktu malam. Inikan pula siang, tengahari berhempas pulas dengan tayar kereta tu. Saya kasihan dengar cerita dia, walaupuan dia dalam keadaan ketawa... saya tetap berdoa, yang pilihan saya pada Renault tu betul.
Janganlah dia menyusahkan suami saya. Saya kasihan pada dia...

Petang tu pula, tiada ribut tiada angin... semasa menjemput sya dari ofis, dia bg saya bunga ros sekuntum. Katanya dah lama nak belikan... hehe... kembang hati saya... dalam keadaan dia keletihan, masih ada hati nak gembirakan saya.

Semasa saya masak, dia pula sibuk laundary baju.. alhamdulillah.. dia banyak tolong kerja rumah... kebetulan pulak mesin basuh rosak, tak blh bekerja seperti biasa.. jenuh dia basuh baju, jemur baju dan lipat baju kering...

Saya nampak dia makan malam, berselera betul... sayapun makan lebih banyak sekarang berbanding dahulu, rasanya selera kian terbuka, tetapi tekak tetap memilih makanan malaysia.

Selesai basuh pinggan saya bersandar di atas sofa kekenyangan, sedang tv terpasang... tak tahu berapa lama, sya rasa belakang saya sakit, terus je saya jatuhkan kepala saya atas riba suami saya, sebab nak baring dan betulkan kedudukan tulang belakang. Lenguh bersandar begitu! Dia juga kepenatan bersandar di sofa.

Pukul 1.30 pagi, barulah dia kejutkan.. dah lama rupanya saya tertidur macam tu... kesian dia, mesti penat tidur tersandar begitu dengan kepala saya di ribanya. Eh! Patutlah sya dengar macam2 bunyi perut tadi... telinga saya memang di dinding perutnya!

Ini cerita lama 10

Renault

Pagi tadi, suami cakap dia punya bekal tak payah bawak. Saya tanya kenapa. Dia cakap dia nak balik tenghari nanti. saya tanya kenapa? Dia cakap nak tukar tayar kereta pancit. Hah? Saya terperanjat.

Tayar kereta pancit? Mana tahu? Tu ha.... dia tunjuk dari tingkap. Saya jenguk dan memang nampak tayar kereta tu dah flat... aduh! Saya risau kalau-kalau Renault tu menyusahkan suami saya... sebab boleh kiranya Renault tu jadi pilihan sayalah... dan saya taknaklah pilihan saya menyusahkan dia... sebab dia dah berapa kali duk cakap pda saya, harap2 kereta tu tak bawak masalah... saya mendoakan yang serupa... renault.. janganlah buat hal...

Suami cakap, sementara kereta sewa ada lagi, mungkin nak hantar kedai buat servis kereta dulu...

Ini cerita lama 9

Renault Vs Herbie Vs Transformer

Entah kenapa... saya jatuh sayang pada kereta Renault yang baru kami beli itu... tapi muka suami macam lain... pagi tadi baru dia ngaku, dia sedih sebab beli kereta buruk tu! Mungkin sebab saya yang beria-ia nak kereta tu, dan tak nak beli kereta mahal, jadi dia ikut saya jer, walaupaun saya rasa deep inside, dia rasa nak beli kereta lain... tapi masa nak pilih tu, dia tak suarakan direct pada saya lah...

Masa dia cakap kereta buruk tu... cepat2 saya larang dia.. jangan cakap kereta tu buruk.. ok apa? Lepas tu saya gosok2 kereta tu, cakapa, "jangan kecik hati dengar dia cakap macam tu, tau!"

Entahlah... terasa bagai ada roh pulak ekreta tu... memanglah kereta tu design dia taklah lawa... dalam dia lagilah.... serba kurang jer, sebab compare dengan totyota yaris sewa tu.. jauh beza....
Nak masuk kereta, biasa tekan punat jer.. ini nak kena masukkan kunci dalam kereta, lepas tu suami plak nak kena buka kunci pintu sebelah... even nak isi minyak, kena bagi kunci.. lepas tu... tempat minyak hitam, tak de 'lidi' panjnag nak check minyak... kaset instead of cd player... hehe.... lepas tu macam rendah sikit... lourved dia... memang agak outdated lah kiranya...

Suami cakap, kesianlah saya, sebab dia beli kereta buruk je, dah lah datang jauh2... saya larang lagi, jgn cakpa kereta tu buruk.. kereta tu comel bagi saya dengan serba kurang dia tu... nanti mungkin ada yang bertanya, kenapa beli kereta ni... saya suruh suami saya cakap, bagitahu orang yang saya berkenan kereta tu... tapi memang saya berkenan pun...

Banyak kali juga dia mention, takut kereta tu buat hal sebab mileage dia tinggi, saya cakap, insyaAllah, tak!

Suami cakap, dia boleh jer beli kereta yang lebih ok, bajet dalam BD2k ke atas sikit... saya cakap tak apalah... Renault dengan BD1.4k tu... i luv it! Saya pun tak boleh describe kenapa saya sukakan kereta yang taklah semenggah mana tu... walaupuan ada banyak lagi option kereta lain yang nampak lebih ok... it just from the heart...

Ini cerita lama 8

Menu Merah

Minggu ini saya buat ais krim kacang merah. Tak sangka, jadi! Best.. macam yang jual ais krim batang kat malaysia pulak rasanya... sedap! Tapi sebab duduk dalam bekas tupperware.. kalau ada mould ais krim tentu lebih best makan, tak perlu korek dalam2 everytime nak makan.

Lepas tu saya buat daging unta masak merah. 1st time masak daging unta.. 1st time makan juga! Masa pergi pasaraya, suami tunjuk daging unta... dia tanya nak try tak? Sya dengan muka yang macam 'tak biasa' teragak2... nak makan ke? Dia cakap dah alang2 kat sini, malaysia susah nak dapat daging unta ni... lepas itu belilah setngah kilo..

Jenuh gak fikir daging unta ni nak masak apa... dagingnya nampak sama jer.. tapi sebab namanya unta.. jadi psikologinya tu lain sikit...

Malam tadi masaklah ia, daging unta masak merah... makan dengan nasi putih dan kuah labu masak lemak (labu ni pun 1st time try masak...) hasilnya... sedap... daging unta tu empuk elok... banyak jugak saya makan... yang penting kalau suami cakap sedap, senanglah hati saya... hehe.... ingatkan banyak saya masak, boleh carried forward the next morning, tapi habis licin.

Pagi tadi, masak hanya goreng ayam dua ketul dan buat kuah sayur telur untuk lunch nanti...
Nanti nak kena cari mould aiskrim supaya senang nak buat ais krim kacang merah lagi... sebab ais krim saya buat, mewah dengan kacang merah... i luv it!

Ini cerita lama 7

Kerja

Rasanya saya lebih suka kerja di sini... kerja sekarang tidak se-stress dulu di malaysia.. kalau dulu, sorang qs, kena handle banyak2 projek.. macam kat penang.. semua parcel nak kena attend meeting.. buat itu buat ini... penat... berkejar ke sana ke mari... macam tak cukup kaki.. masuk kol 8.30 pagi.. tka sedar dah kena balik pukul 5.30 petang.. lunch pun dalam ofis jer... sebab kejar amsa nak siapkan task.

Dulu amsa mula2 masuk sini, kena jaga projek hotel.. tapi hotel tu pending dulu sebab nak revise design... jadi separuh team hotel dan kena hantar projek lain... hari tu bos cakap nak hatar saya gi site lain... yang buat hosuing kut... saya check2 map.. punyalah jauh! Saya keluarkan stateement transport susah, alhamdulillah... diaorang remain saya kat sini.. sebab daripada hatar sya jauh2, baik hantar saya balik ke HQ jer... dekat sikit dengan laki saya...

Lagipun, ada sorang qs nak assitant,. Dah siap request nama saya hantar kat bos sebab nak ambil saya keje kat HQ-bawah projek dia.. tapi entahalah... tak tahu kenapa tak lepas, mungkin sebab nak remain saya duk site gak kut... suka sangat letak saya kat site (anyway, saya pun suka duk site.... tak protokol snagat!)

Kini saya masih di site ini, incharge untuk pakej infrastruktur? Aduh! Infra... dalam banyak2 item BQ, rasanya infralah yang paling 'best' sebab tak pening snagat item dia... straight forward jer..

Sebab kalau buat building, yang leceh tu bila masuk part architectural.. yang design fancy2 tu yang letihh.. lebih meeletihkan kalau masuk bab interior design... memang tak larat!
Tapi sekarang... stress free.. skop qs masih sama.. tapi beban kerja.. makin ringan.. dikongsi bersama dengan 4 qs lagi... tak ke ok macam tu?

Dulu sorang qs jaga at least 4 projek.. sekarang 1 projek, dijaga oleh at least 4 qs.. hehe... tapi kadang2 saya mengambil 'kesempatan' sebab beban kerja yg kurang, saya buat kerja slow and steady pace... which is i think it's no good for the mind activity... jadi bila saya berfikir something, slow jer... tak take serius sangat, sebab konon ada masa lagi... kan buat satu projek jer, walaupun pakej dia banyak? Kalau dulu, fikiran ni selalu 'kreatif sebab kena tackle semau benda dalam satu masa./.. hmm.. inilah pro dan kontranya...

Saya dapat rasa saya buat kerja slow sangat... kata dalam satu minggu ni, nak baut satu atau dua atau tiga payment jer untuk satu projek yang banyak kontraktor... tak ke mudah jer tu? Kaalau dulu, tiap2 minggu ada payment masuk.. dua tiga kontraktor bagi satu projek... projek pulak bagai2... buat rumah, renovation... hotel.. kondo.. kedai... lepas tu, buat measurement untuk variation order lagi... finalise benda tu lagi.. tak kira lagi dgn isu2 meeting yang berlambak tu.... penat tapi otak tu cerdas!

Lagipun kat sini diaorang guna software primavera.. canggih jer... mula2 nak belajar tu, memang malas jer... sebab saya tak suka sangat program2 komputer ni.. tapi, sekarang memang sangat mudah guna progrma ni... kurang lagi beban kerja... Cuma nak kena faham benda tu jer...
Anyway, boleh kata beban kerja di bahrain ni lebih ringan daripada kerja di malaysia yang bos akan menekan setiap ringgit yang dibayar kepada pekerja...

Doa saya, saya enttitle for the maternity leave.... jadi tak perlulah saya tak kerja, bila nak bersalin nanti... sebba bila dah tak kerja.. ada kemungkinan terus malas kerja.. tapi saya rasa, saya suka bekerja di sini... orang2 berbilang bangsa, dengan pelbagai slang inggeris yang kadang2 memang berkerut kening saya nak faham... just think about work, i think i should be grateful for this!

Ini cerita lama 6

Perut?

Saya rasa semua orang kat site office ni tak tahu saya ngandung... walaupun dah... bulan. Sayapun memang tak nak cakap, sebab kontrak saya tak tahu macam mana rules & regulation dia lagi... mungkin saya nampak macam orang gemuk yang berpakaian besar.... padahal yang besar tu sebab perut saya.. kalau pakai baju ketat sikit mungkin obvious kut perut tu... lagipun saya jalan laju juga kat sini.. mula2 jer kontrol, sebab risau, lepas ni, dah boleh jalan aktif sikit, macam orang biasa...

Cuma bila jumpa Malaysian people jer, diorang perasan yang perut saya dah lain. Mesti diorang tanya, ngandung ke? Hehe... saya tahu, Malaysian ni mempunyai daya pemerhatian yang tinggi...

Saya pun risau gak, nanti last2 minute baru cakap kat bos nak minta maternity leave, mesti dia bising lagi sebab tak inform awal2... tapi saya nak tgk kontrak cakap apa dulu... pasal kes yang 'tak best' berlaku hari itu, saya lebih berhati-hati dengan clause contract and conditions! Don't jump into your own conclusion! Eh, saya boleh dapat maternity leave ke? Risau juga ni...

Ini cerita lama 5

Belanja bulanan

Rasanya di sini, everyweek kami keluar beli barang dapur... dalam BD20 lah habis... sebulana adalah BD100 utk belanja dapur sahaja. peti sentiasa penuh... sekali sekla jer, bila angin dari perbukitan merasuk, maka baru nak rasa makanan yang beli... ayam-ikan, sayur.. itupaun tak banyak.. bekalan untuk seminggu jer... jus (kat sini jus buahan dia memang tip top! Sedap betul)

Seawal bulan, sewa rumah kena bayar... hutang2 di malaysia... (ie, kereta, isnuran, ptptn...) tolak itu ini, kalau dulu, sewa keereta...kena bayar juga... sekarang dah tak payah bayar kat tokey kedai sewa tu lagi, sebab dah beli kereta sendiri... alhamudlillah... kalau berjimat cermat pun agak banyak juga yang belanja... rasnaya memang dah cuba kawal belanja ni... kalau ada yang tak perlu sangat.. memang tak belipun...

Rumah kecil kami, simple jer... bunga pun tak de sebagai hiasan... satu of course jimatlah.. yang kedua, bunga tu akan memrangkap habuk sahaja nanti.. sebab rumah kami memang senang dimasuki habuk/debu.. hatta atas meja/tv pun senang naik habukk.... carpet yang sedia ada dalam rumah pun kami gulung, sandar kat dinding sebab nak elak habuk... lantai seramik tu, lebih mudah disapu/mop!

Tapi saya membayangkan, jika dah ada budak kecil nanti.. nak buat rumah tu macam tadika... tempek kat dinding macam2... nampak colourful! Lepas tu, beli satu pool plastik yang warna warni, letak kat ruang tamu yang sempit tu.... mungkin beli satu tilam kecil untuk lepak di ruag tamu.... macam yer2 jerlah!

Ini cerita lama 4

Menanti…

Dari minggu lepas saya menanti cek gaji… sampai sekarang tak dapat2 lagi… stress-nya jiwa.. bukan orang tahu…

Selalu saya menanti… menanti pukul 5.3o petang… waktu pulang, untuk menatap wajahnya... namun lamanya... ditambah lagi masa menanti dia datang, hingga jam menginjak ke pukul 6 petang… lamanya... ofis sudah lama lengang!

Sampai rumah.. masak, makan malam… lepas itu santai.. saya tidak menanti hari esok untuk ke ofis, sebab sya memang liat nak ke ofis!

Saya juga menanti, bilakah kami akan beli kereta sendiri di sini... atau memiliki rumah sendiri di sana...

Dari beberapa bulan lepas, saya masih terus menanti khabar berita dari sana.. setiap hari cuba menyemak emel… kalau-kalau ada berita.. sungguh saya seram sampai tidak lena malam...

Saya terus menanti… adakah tiba peluang saya… tertunaikah impian saya? Termakbulkah doa saya?

Saya juga menanti, bilakah saya akan menjadi seorang yang berdisiplin.. asal cuba mengubah jadual, tetapi saya langgar juga.. sampai hati saya!

Saya menanti pangkal Jumaat tiba.. sungguh gembira kerana boleh berliat-liatan menarik gebar di dalam bilik sejuk… saat suhu di luar sana mencecah hampir 50 darjah!

Saya menanti Ramadhan, saat langit terbuka… bersediakah saya mengisi Ramadhan tahun ini?

Saya juga menanti Ramadhan untuk shopping sakan.. kerana semua orang cakap, kalau Ramadhan, meriah jualan di sini! Hehe…

Saya masih menanti banyak perkara yang bakal berlaku… biru kah atau merah jambu kah? Sakit sangatkah saat itu nanti?

Saya menanti.. sedang kubur juga menanti saya kembali… saya bimbang dengan segala peringatan dan janji Allah dalam Al-Quran, risau jika saya cuai dan menyesali diri nanti... cukupkah hasil ladang dunia ini, menghindar diri dari siksa kubur dan api neraka... mampukah hasil ladang dunia yang sedikit ini memberi haruman syurga dan diam di dalamnya...

Ini cerita lama 3

Toyota Yaris Vs Renault Clio

Kami sudah ke show room kereta dan akhirnya membayar harga sebuah kereta Renualt. Sudah 4 bulan menyewa Toyota Yaris dan lewat minggu lepas, kereta sewa tersebut dilanggar dari belakang. Berbekas cat kereta yang melangagr dan cat kereta sewa ada tertanggal sedikit warna asalnya. Di sini agak strict juga kalau menyewa kereta, bimbang juga kami. Selepas dibersihkan, cat yang tertanggal masih ada kesan, yang hilang cumalah kesan cat kereta yang melanggar kami.

Masa dekat roundbourt hari itu, "bup!" bunyi kereta.. Saya tanya, "Abang langgar apa?" Suami jawab,"orang tu yang langgar!" terus dia keluar kereta dan selesaikan masalah tu.

Saya ingat nak keluar juga, sebaliknya saya duk diam jer dalam kereta sebab 'takut' lagipun kereta berenti tengah-tengah roundabaout... suspen tu ada lah juga... lagipun saya memang risau, kalau terlanggar atau tersepak apa2 kat tepi jalan tu dan macam2 bayangan gurauan menjelma... sebab malam dulu, saya pernah pergi tengok suami lawan futsal dan duduk tempat penonton tepi padang, tapi dua tiga kali, bola yang disepak, asyik mengarah pada saya jer... risau juga, sebab apa2 jer boleh berlaku... jadi saya perlu lebih berhati-hati dalam segala situasi.
Tapi sebab pagi tu, memang rush hour, mana sempat nak bising2 dan 'bincang panjang2 dgn orang yang langgar kami...' last2.. sampai sekarang org yang melanggar kami, buat dono.. dan kamipun malas nak fikir lagi... Sebab tu, minggu ni juga gi cari sebiji kereta, nak beli, sebab risau guna kereta sewa mahal2... takut kalau ada apa2 lagi, susahlah kami nanti...

Berbekal dengan sedikit wang simpanan gaji, kami nekad harus punya satu kereta sendiri, biarpun murah. Kalau nak kereta 2nd hand yang ok, bujet dalam BD2k-3k rasanya dah dapat brand toyota, yang sememangnya bagus dan ada long term value nanti... tapi sebab bajet kami bawah BD2k... so, kenalah cari yang dalam kategori tu sahaja...

Merayau dalam cuaca panas Bahrain, akhirnya ketemulah kami Renault Clio 2004... harga BD1.6k. dia bagi diskaun BD1.5k... masa test drive tu, saya duk negotiate lagi... minta BD1.3k... dia langsung tak bagi... saya desak2 lagi, suami yang tengah test drive, diam tidak menyampuk, membiarkan saya nego dengan Pak Arab tu... barulah dia bg BD1.4k, alhamdulillah.... memang nampak kereta tu design dia taklah cntik.. mula2 suami nampak mcm tak nak je, sebab mileage tinggi... tahun 2004.. tp dah 120k kilometer.. takke banyak tu? Katanya lady owner... entah betul ke tidak... susah nak check kena tipu ke tak ni... jadi kenalah percaya, dan selebihnya tawakkal jer.. harap keputusan ini adalah tepat... nak buat pertukaran nama kena tambah lagi BD30.. jadi kosnya dalam BD1.43k lah... aduh! Beli kereta kat sini, maacm beli laptop je kat malaysia... cash & carry!

Tapi sementara dua mingu ni, boleh pakai lagi toyota sewa tu, sebab masih dalam tempoh lagi... tengah bulan ni baru pulangkan.. harapnya owner tu tak particular sangat lah... kalau tak, entah berapalah dia nak charge kami, sebab kereta dia sedikit tanggal catnya.

Tapi kereta Renault ni, design ni, macam outdated juga... takda cd palyer... ada tmpt kaset jer... pastu, window controler dia, manual.. plak tu, bahagian tempat duduk driver, patah sikit yang hujung tu tempat buka tingkap tu.. memang kira tak automatik langsung lah.. walauapun kereta Renault ni auto... ruang dalam dia tu, memang nampak kolot...

Lepas tu, nak isi minyak, nampak gaya mungkin kena bagi kunci, sebab macam ada tmpt kunci pd runag isi minyak tu (apa punya design lah macam tu.. tak praktikal langsung)... aduh! Berpeluhlah tunggu nanti. Leceh betul... tp cc dia cuma 1.4... ada empat pintu.. rasanya oklah kut... senang nak letak baby seat nanti...

Masa merayau semalam, ada juga kereta yang nampak ok, tapi leather seat! Awal2 saya reject sebab, mana tahan. Cuaca kat sini nak pakai kereta leather? Yang seat kain biasapun , panas macam masuk oven!

Kalau ikutkan suami, naklah cari kereta yang lebih ok, tp memikirkan nanti kos sara hidup kami akan bertambah, saya rasa lebih baik berjimat... nak masuk labour room jer nanti dah berapa... barang2 keperluan lain, banyak lagi tak beli... tapi saya sering mengingatkan diri sendiri, kami datang merantau sebab nak kumpul duit, kalau tak, aci beli jer mini cooper sport yang cantik cute tu, 2004 baru BD4k... nak penuhkan gianlah katakan! BMW tahun 2003 pun baru BD 3.2k... cantik dan sporty plak tu... tp... kami ni pendatang dengan izin je... dagang pak malau.. jadi, kenalah buat macam orang merantau... nak mewah2, mana boleh... sederhana dan setakat yang mampu jer.... rumah pun satu bilik jer... kecil, tapi alhamdulillah selesa dan udara ruang rumah kecil itu terasa penuh dengan dengan 'kasih sayang'.. hehe....

Manalah tahu nak cuba pakai kete sport kat sini, tapi nanti, berpeluh cari duit nak beli lampin anak... lagipun sekarang, nak kumpul duit downpayment untuk cari sebuah rumah sederhana di malaysia, harap nanti, taklah perlu menumpang rumah sedara mara jer bila balik malaysia... doa kami, kereta Renault ni tak perlukan belanja maintenance yang tinggi.. takut gak, asal nak jimat satu bab, bab lain plak yang keluar...

Ini cerita lama 2

Street Smart Vs Book Smart

Pada masa ini saya rsa benar2 kurang selesa bekerja di bawah bos baru ini... lecehnya.. kalau nak kena ngadap muka dia, aduh! Malasnya rasa... entahlah.. rasa mcm tak suka sgt lah kerja dgn dia... work hard to win sub-ordinate's heart... relex lah... dahlah saya mengganti tugas senior qs (tugas sahaja, bukan pangkat!) yg dah resign tu... jadi apa2 kena direct dgn bos baru ini.. saya rasa aura dgn dia mcm tak ngam sangat lah! Ada org rasa mcm selesa bekerja... tp bg saya.. dgn dia ni saya jadi tidak selesa bekerja...
Dia ni suka cakap meleret2... tp pointnya, sikit jer sbnrnya...

Lepas tu, kalau pergi site, naik jip dia... perlahankanlah radio tu... radio dalam kereta dipasanag mcm disko, kalau dia duk sorang2 tak pe lah... atau kalau kitorang menumpang jer.. tp masalahnya, tak mahu dia kurangkan kadar volume tu, walauapun semasa di site tu, dia duk byk cakap/terangkan apa2 pasal site tu pd kami... dah tu... gelombang radio mana satu nak dengar... dah tak tahan... duk angguk 'ya, ya..' tapi bukan dengar pon apa dia kata... lepas tu, baru saya cakap, "can u switch off the radio" itupun tak mahu... Cuma perlahankan sikit jer... dah nak berbincang pasal, kerja, even dlm kereta, kenalah environment tu konjusif ya tak? Takkan nak cakap pasal kerja dlm environment mcm disko?

Lepas tu, kalau bercakap.. bahasa inggerisnya... aduh... macam taknak buka mulut langsung.. Jadi, mcm tak clear sangat... tp nak cakap banyak.... buka lah mulut luas sikit, sbb tak berbutir bicara lah kata2 dia tu... rimas bila saya nak kena "Ha? Ha?"

Yg masih terkesan di hati, masa assignment mula2 dia bg ari tu... pasal kena buat valuation costing yg dihantar oleh kontraktor... mula2, dia bg saya suruh check harga yg kontraktor tu bagi... dia cakap guna BQ ni dan juga guna cost data yg saya ada...
Dlm BQ mmg ada semua harga tu.. tp tentulah tak sama sebab BQ, adalah harga kontrak... dalam costing tu pula, hanya breakdown harga yga dihantar... supply material..

Lepas tu, esoknya, dia tanya, macam mana... sya cakap, rate diorng ni ok... rendah dari harga kontrakpun.. lepas tu dia bising.. mana boleh compare harga dlm kontrak! Hah? Hello! Kata pengalaman kerja dah 20 tahun.. Tp cara pemikiran dia, mcm baru kerja 3-4 tahun jer... kalau buat evaluation rate, mana2 sumber pon boleh guna, asalkan relevan, mah...

Dia cakap, itukan harga supply saja, kenalah compare dgn harga supply juga... loh? Itu dalam buku peribahasa dan pantun melayu adalah cakap mcm tu.. compare apple to apple.. tapi praktikal seorang QS, menggunakan mana2 sumber harga yg ada secara ralatif dan membandingkannya! Nak saya ajar ke? Aduh! Kan nak kena jadi lacturer plak lepas ni! Saya memang argue dgn dia... tp of course lah.. bos always right... tapi kalau dia fikir dia betul, dlm hal ni, saya malas nak buang masa saya.. saya dah bg oppinion... saya... ee.. geram betula saya dgn bos mcm ni... tak praktikal langsung cara dia fikir!

Saya tgk bos2 saya dulu, relak je manangani segala masalah dgn bijaknya... Banyak yang saya belajar dengan Mr Chong, Mr Tay, En Asri dulu2... tak gabra semacam macam dia ni... lepas tu nak suruh sub-oridinate kongsi kebimbangan dia... boskan patut pandai tai-ci benda2 mcm tu... ataupun think smart...

Bagi saya tugas yang dia beri tu basic jer... bukan tak pernah buat evaluation cost from contractor... cuma nak kena convince people that the cost is ok or not ok... ini QS practise, bukan pusat data bank negara Bahrain! Maklumat di site ni limited dan orang dekat HQ pun minta data kos dari sini sebab katanya diorang tiada kos data... so what?

Saturday, October 25, 2008

Ini cerita lama 1

Laksa penang, char kue tiaw, colek buah… aduh… semua rasa nak makan… cendol…sedapnya… Hari itu teringin makan pasembur punya hal, terpaksalah korek resipi dari internet… untuk menyedapkan tekak dengan pasembur.. sekarang terasa nak makan stimbot johnny plak.. aduh, nak kena cari bahan buat stimbot pulak ni… selera memang tak de selera sgt.. tapi bila terlintas di minda tu, rasa kena makan juga.. biasanya sikit je yg saya sentuh.. sekadar nak lalu kat tekak je… pastu asyik nak ke toilet…nasib baik toilet dekat dan tak lalu bilik bos.. kalau tak mesti bos perasan nape budak ni selalu gi toilet je…

hari tu rasa mcm tak best je duk Bahrain ni.. sbb rumah tak blh bukak tingkap.. byk debu kat luar tu.. rasa mcm terkurung je.. stress juga masa tu… dah lah tak de taman botani mcm kat penang.. ataupun at least taman TTDI macam kat damansara tu… ada pokok hijau dan air mengalir… udara segar.. sya rindukan suasana tu semua… sya nak alam yg indah tu… tp sini gersang… pasir dan debu… pokok pun tak byk.. kenalah terima hakikat…kawasan mcm ni… rasa mcm homesick plak…

Hari tu sempat singgah di pesta buku 2008. meriahnya.. seronok nengok penulis2 dan buku2 baru alaf yg banyak… mmg segar betul mcm ikan kat pasar… jeles plak tgk penulis yg sgt giat menulis.. sya? Sudah lama tak menulis… sangat lama… dgn hormon yg tak stabil… dgn homesick-nya… mmg rasa tak de daya nak nulis sekarang… semalam terjaga kul 1.30 pagi… tiba2 entah kenapa teringat manuskirp ke2. apa khabar lah agaknya manuskrip tu?

Masa gi booth pts ari tu, seronok sya tgk, rupanya ramai juga adik2 yg minat kat DSA ni... ada yg dah buat koleksi dan tya bila nak kuar yg keempat… ada sorang tu, wanita berpurdah… dia beli untuk anak2 dia siri DSA… masyaAllah… suka saya tgk…entahlah… rasa terharu sebab ada kanak2 lain yg rupa2nya meminati buku kanak2 sya.. masa mula2 tulis siri DSA tu sya cuma memikirkan perkongsian ilmu yg ingin saya sampaikan pada kanak2. Biar mereka faham dan enjoy sains dari segi yg berbeza… fakta sains boleh dicari. Tapi jalan cerita nak sambung2 tu… aduh, letih juga nak reka itu dan ini… tp setakat ni, sya senang membuat karya DSA. Harap karya sains sya untuk kanak2 lepas ni, makin diterima kanak2.

Paling sya suka bila belek buku DSA, adalah kartunnya… illustrator ni mmg sgt2 sya suka… Nampak taklah skema sgt… pastu bila tgk nama sebenar kat buku tu, rasa mcm… "ish! tak sangka aku pun blh buat buku kanaka2"! Impian sya, buku DSA nanti memenuhi perpustakaan sekolah untuk pelajar sekolah… saya sgt2 nantikan saat itu.. insyaAllah…

Dulu masa sekolah, sya jadi pustakawan… saya mmg seronok duk tgk buku kat perputakaan.. sya gila membaca buku… nak beli tak mampu.. kadang2 pinjam kad org sbb nak pinjam buku byk2… pastu suka cari buku tebal2 sebab nak bagi berbaloi pinjam…

Sya ingat nak teruskan dengan DSA seterusnya yg dah lama terbengkalai… byk siri dah buat sebenarnya, tp semua tak saya sudahkan… itulah dia masalahnya… dgn mood yg pelbagai ni plak… lagi susah sya…

kat sini tak rasa sgt nak nonton tv… entahlah… rasa mcm tak minat sgt tgk tv skrg… so sya pun tak tahu mcm mana nak jana idea… rasanya ilham dari Allah je yg blh bantu saya… nak kata baca buku… lagilah… sejak ke Pakistan, tabiat membaca sudah lama sya tak pupuk, sbb bekalan buku yg susah nak dapat… alasan cliche kan? Defensive statement… tp kalau barang lain pos pun tak sampai inikan pula nak suruh org pos buku…. Itu Pakistan… pastu fikirkan kalau pos buku byk2.. nanti tak tahu pula berapa lama sya kat sini… nanti ada yg kena tinggal barang pula… so, koleksi buku sya semua sya dah selamat susun dalam almari kat Terengganu… suka saya tgk masa balik kejap ari tu… byk juga buku saya… walaupun taklah byk mana…

Rasa bersalah juga pada diri sendiri bila tak komited begini pada bidang yg saya sendiri gemari… tp entahlah… harap2 hormon ni stabillah lepas ni… eh, buah kodondong apa org panggil dalam basha inggeris ye? Daun kesom? Hmm… kamus sya tak bawaklah… tp rasanya perkataan tu mcm tak ada je dlm kamus. nak buat asam pedas… gi kedai siam kat sini tp tak jumpa… nak tya tak tau plak apa dia panggil dalam bahasa omputih tu…

Hello!

salam semua,
hmm... dah dua bulan saya miss to update this blog. bukan tiada entry baru... saya ada buat bebrapa catatan tetapi malangnya blogspot sukar sekali di-access dari pejabat. rumah kami pula tiada internet... tak install pun... ramai malaysian memang install internet line kat sini... tapi kami masih bertahan... sebab setakat email masih boleh check di pejabat. (sebenarnya nak berjimat... tapi tak tahulah nanti, kemaruk nak internet juga di rumah).
sekarang adalah waktu-waktu yang "once in a blue moon" yang dapat hack masuk blogspot dan sign-in... selalunya memang tak boleh... jadi, saya cepat2 tulis something, to tell the world, "hey guys! i'm well and alive here...
jap test entry dulu.. kut2 tak boleh masuk publish... :)